Wednesday, March 5, 2008

INLAH DUNIAKU...

sESekAli mAnusiA DiUji..
Namun seringkali alpa, nikmat kesyukuran yang masih tidak terhitung banyaknya...
Apa lagi yang dimahukan dalam kehidupan dunia
Kalau tidak mengejar kehidupan akhirat yang abadi..

Abang...

Dalam gembira kita masih dalam tapisan
Iman setipis kulit bawang sering dicarik-carik
Namun aku tetap memanjatkan kesyukuran
kehadiran mu sentiasa menenangkan
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku
dalam susah, dalam senang
semoga bahagia akan terus memancar

Aku ingin menjadi isteri terbaik buatmu
Doakan aku menjadi isterimu yang solehah..
Ayin sayang abang...

Hari-hari penuh makna

5 Mac 2008 :


Hati girang seolah baru mengenal dunia. Melihat kelebihan orang tidak boleh tidak, hati agak terusik. Segala kelebihan mahu dalam genggaman. Biar diri sedar, kudrat dan upaya hanya secebis. Tuhan, campakkan dalam hatiku kecintaan yang tidak berbelah bagi padaMu.

"....Tuhan...

Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku..
Kerana disitu tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cinta Mu ku harap tumbuh
Membajai bangkai dunia yang ku bunuh...."




Suamiku...

Maafkan aku sekiranya kiranya kau terasa kekosongan dalam kehidupan
Justeru kerana kita masih berdua
Adakala hati diulit juga perasaan
Namun
Atas iman dan ilmu yang kau didik dalam diri ini
Aku relakan..
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku

Semoga bahagia membawa kita ke Syurga di Akhirat nanti






BELAJAR dan Belajar

Aku mula memahami... Tuntutan belajar tanpa jemu.
Apa lagi tuntutan dalam hidup ini, semua telah dipenuhi.
Sesekali merenung, terasa malu pada Tuhan, aku hanya menadah, mengutip
tanpa ku sedar hari ku semakin hampir
hampir bertemu Rabbul Jalal...

PENGALAMAN BARU

Assalamualaikum wrh...

Setelah sekian lama hidup, baru hari ini aku berpeluang mencipta blog ku sendiri. Setiap hari adalah pengalaman baru. Aku kena kuatkan semangatku sendiri dalam meniti hari-hari ku yang semakin berkurang...

Tuhan..
Syukurku hanya untukMu, yang sentiasa mengurniakan rahmat dan kebahagiaan buat diri ini...

Salam..