Sunday, June 29, 2008

Ingat nih..

BATAS PERGAULAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988 (NO. 9 1998) MEMPERUNTUKKAN KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN , ANTARANYA SEPERTI BERIKUT:

SEKSYEN 5 : Kesalahan melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam.Contoh: * Berdua-duaan dan ada sentuhan spt belai – membelai dsb di taman bunga/ pantai dll. * Duduk bersentuhan di bangku * Berpegangan tangan sambil berpelukan ketika berjalan.

Hukuman: Denda RM 1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 9 : Khalwat : Bersekediaman, bersekedudukan , berkurung , bersembunyi atau bersama dengan wanita bukan isteri atau mahram di mana-mana tempat , tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai samada di waktu siang atau malam. Bilangan tidak disyaratkan , mungkin seorang dengan seorang atau secara ramai.Contoh: * Bersama-sama di hotel , rumah , mana-mana bilik. * Berduaan di dalam kereta di tempat sunyi waktu malam atau siang. * Di taman rekreasi yang tersorok atau jauh dari pandangan ramai.

Hukuman: Denda RM 2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama 3 tahun.

SEKSYEN 11: Zina atau persetubuhan haram walaupun suka sama suka.
Hukuman: Denda RM 5,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 12 & 13: Muqaddimah zina: Iaitu perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa kepada melakukan perzinaan seperti berpelukan , berciuman , tidur sekali sama ada dengan berpakaian atau tidak berpakaian.

Hukuman: Denda Rm 3,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 16 : Hamil atau melahirkan anak luar nikah.
Hukuman: Denda RM 3,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 20 : Melari atau memujuk perempuan lari daripada ibubapa atau penjaganya. Termasuk memujuk untuk meninggalkan wali untuk berkahwin. Hukuman: Denda RM 2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. PONDAN: Mana-mana lelaki yang berlagak dengan pakaian dan fesyen , tingkah-laku , gerak-geri , solekan dan suara seperti wanita.Hukuman: Denda RM 1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

PERINGATAN: MANA-MANA PELAJAR UUM YANG DISABITKAN DENGAN MANA-MANA ENAKMEN TERSEBUT, BOLEH DISINGKIRKAN DARIPADA UNIVERSITI (mengikut Akta 30, AUKU pindaan 1974).

Sekian, diwartakan...

Malaskah aku...!??

Setelah hampir 2 bulan, tak update2 pong blog aku ni. huwahaha...

2-3 hari ni baru tergerak hati nak tengok blog kawan2, Seronok baca perkembangan orang nih. Tapi kata aku nak updated blog ke, nak hantar email kat kawan2 pun masaalah. Memang ini masalah problem aku semenjak zaman parameswara lagi. huhuhu.. Mungkin jugak itu semua kelebihan yang takde dalam diri aku. Aku tak reti nak lapor apa yang berlaku pada aku, apatah lagi nak xpres perasaan aku. hehehe... malu la kunun..


29 Jun 2008 / 26 Jamadilakhir 1429H

Hari ni pelajar baru register di kampus sintok. Sekejap jer rasanya masa berlalu. Tau-tau cuti student 2 bulan pun berakhir. Ku sangkakan 2 bulan tu aku buleh ler relaks lepaks giler-giler daripada apa-apa program, rupanya tak tercapai jugak impian. Program terakhir minggu lepas untuk Hakim Nasyid dan Tilawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM Kedah) Peringkat negeri Kedah. Hehe.. percaya lagi depa pada aku yang merapu nih. Anyway, bila orang bagi kepercayaan, aku kenalah buat yang terbaik...

Esok 30 jun 2008

Subuh Syafie aku kena bertugas di Kolej Bank Muamalat yang penghuninya semua perempuan. Kuliah subuh selama seminggu nih. Aku kesian jugak pikir budak2 freshie ni larat ke nak dengor orang bebel pagi2 buta. Tapi fikir kewajipan dan amanah untuk menasihati jiwa2 muda ni, aku rasa bertanggungjawab lah pulak. Tengok jer lah lani, bagi jer depa serasi dengan dunia baru, mesti aku jugak yang naik darah tengok maksiat berleluasa.. Sakit dado den! Aku memang jadi terlalu sensitif kalau aku jumpa couple2 di kalangan mahasiswa. Tak layak depa nak buat maksiat. Kena2 melayang jugak penampor aku ni.. Mujur belum buat jer lagi.

For Next buletin HEP, aku publish jugak BATAS PERGAULAN mengikut enakmen Negeri Kedah Darul Aman. Harap2 depa siarlah jugak. Sajer aku sertakan kat sini, moga2 jadi rujukan kawan2 lain... Aku turut memanjatkan doa, semoga anak2 yang bakal bergelar graduat2 ini akan lebih berakhlak dan faham tentang Islam. Aku kesian kat mak bapa, masyarakat. Kalaulah yang dah nama ada akal, cerdik sikit pada orang lain, akhlak pun takdak... apa nak jadi!?? Layannn...:


Sekian adanya...

Monday, June 9, 2008

Pengalaman lagi

Nampak rostrum lebih tinggi jugak daripada tuan... Bateri kamera tak berapa sihat, gelap jer lah gambo..



28 Mei 2008M / 23 Jamadilawal 1429H

Present paper "Model Pembangunan Modal Insan IPT: Pengurusan dan Pembangunan Organisasi" di persidangan Peringkat Kebangsaan Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam IPTA/IPTS 2008 anjuran Pusat Islam USM.


Kisah agak tragik bilamana aku terpaksa menggantikan Pengarah aku membentangkan kertas kerjanya. Pada masa yang sama rombongan P.Islam UUM menunaikan lambaian Haramain mengerjakan ibadah umrah dan ziarah ke Mesir. Bukan rezeki aku untuk bersama Program Umrah ni (walaupun penglibatan daripada awal lagi... huhuhu) . Apapun redha itu lebih baik... Moga-moga aku dan suami diluaskan rezeki untuk mengerjakan haji pulak.. Amin.

Pembentangan petang tu bersama Dr. Ajmain Safar (Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial UTM) dan sebaris jugak bersama Prof. Madya Dr. Omar Osman, TNC (Hal Ehwal Pelajar) USM.. Moderator En. Zuridan Mohd Daud (Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang).

Si Kerdil ini terus berceloteh, bentang tahap kemampuan dan kefahaman. Aku pun tak sangka, dari mana keberanian datang, walaupun awalnya aku rasa macam nak rebah atas stage tuh.

Ada gak orang terhibur bila sesekali aku tukar mood pembentangan yang agak serius dengan jenaka nakalku.. hehehe.. Dan Alhamdulillah aku boleh jugak bagi ulasan pada soalan2 yang dikemukakan pada panel.. Semuanya base on pengalaman time ngaji kat UM dulu dan serba sedikit pengalaman kerja ku sekarang. Kalau pikir2, mana aku tak gabra, sebaris dengan aku semua ada Prof. Madya, depan aku Dr.2.. paling tidak pun pegawai2 HEP Universiti Malaya yang dah bertugas masa aku dok ngaji lagih.. huhu..

Kawan2 dari UUM datang memberi sokongan (ntah nak gelakkan aku kot...). Aku rasa macam buat show pun ada. Alhamdulillah, berjaya juga aku melepasi cabaran ni...

;)

Then, saat yang aku nantikan... Pulang bertemu ayahbonda sementelah cuti sekolah bermula! Rinndu banget sama orang kampung... hehehe... Sebelum pulang sempat menyoping di Kedai Buku di Kompleks Mara depan Masjid Tanjung Keling, Penang. Fuyyooo.. aku dah naik gila tengok buku bagai..