Tuesday, July 29, 2008

Harapanku padaMu subur kembali


Diambil daripada kiriman seorang teman... Zaman-zaman Nada Murni Arqam dedolu...

Monday, July 28, 2008

Cerita tentang Hidup Part 1

Lokasi : Hentian R&R Tapah arah Selatan
29 Mei 2008
**************************************

Perjalanan pulang ke IbuKota memang meletihkan. Berhenti rehat sekadar melepas lelah. Alang2 berhenti, pekena secawan teh tarik dikongsi bersama suami.

Datang seorang perempuan tua duduk betul berdepan dengan suami. Terus mengeluarkan minyak panas pelbagai jenis. Hatiku gusar, sekarang ini manusia bermacam ragam. Sukar diduga rupa insan sebenarnya. Suami lantas saja mengeluarkan duitnya membeli barang yang aku pasti tidak akan digunakan.

Hatiku curiga. Namun belas juga melihat makcik itu seperti keletihan. Dalam usia setua itu aku memikir bermacam perkara.. Bukankah lebih enak makcik ini bersantai bersama anak cucu di rumah daripada menempuh ribuan manusia sementelah minggu ini adalah minggu cuti persekolahan..

Laju sajer mulutku melontar persoalan bila ku offer minum pun dia menolak..
(aiyyokk... cerita lagi!!.. kalau boring terus sajer ke kesimpulan... geh..geh..)

Aku : Ejen ke hantar makcik ni?
Makcik : a'a

Aku : Ramai kot makcik?
Makcik : Ada 6 orang semua sekampung. Kami dok rumah ejen sedia kat Ipoh ni.

Ku belek alamat ubat..

Aku : Ni produk Kg. Lat Seribu kat Perlis ni makcik. Dekat dgn tempat kerja saya. Jual2 ni dapat komisen ke makcik..?
Makcik : a'a... orang kampung makcik buat. Kalau dapat jual RM100, makcik dapatlah RM30.

Diringkaskan perbualan edisi siasatku...

Makcik : Makcik turun rumah hari tu, makcik niat nak kumpul baki kurang lagi RM 2,000 nak cukupkan duit haji. Cuti sekolah hari tu makcik dapat komisen RM800 terus makcik simpan dalam tabung haji. Ni memang niat makcik dapat duit ni nak terus simpan dalam tabung haji.. Pakcik 8 tahun dah meninggal.. Dok kat hentian ni boleh lah gagah. Dulu makcik jual dari rumah ke rumah depa takmau bukak pintu...

Hatiku diruntun sayu.. insaf seketika. Betapa susah si tua ini mengumpul duit yang bagi sesetengah orang ibarat celah taik gigi jer...

Syukur lah wahai diri... Tuhan, ampuni aku...



Saturday, July 26, 2008

PERCAYALAH..



2004
KPM, Pusat Bandar Damansara. KL.
*****************************************
Awal pagi
menjenguk ke pantry ofis
Terlihat makanan bermacam bagai..
Berbual bersama tuan masak
*******************************************

Aku : Kak Teh masak semua ni ker?
Kak Teh : Ha'ah..
Aku : Rajin nyer kak Teh, sempat lak tuh.
Kak Teh : Alah dik... Orang lain ada suami. masak sikit untuk suami. Pahala dapat beribu kali ganda. Akak masak untuk diri sendiri.. kena ibadah lebih sikit, kena cari pahala jamu kawan2..

Aku :Isk.. nape cakap camtu kak Teh? Sedih saya dengar..
Kak Teh : Lorr.. apa nak sedihnya. Awak percaya pada taqdir tak?
Aku :Percaya..

Kak Teh : Tuu... Kalau Allah taqdirkan kak Teh jumpa pasangan kak Teh hari ni, esok jugak kak Teh kahwin. Kalau taqdir tuhan kata esok kak Teh mati, kak Teh tak kawin juga.. semua tu kan kerja tuhan. Kita hamba ni kena sentiasa beringat...

Secebis memoir bersama seorang yang terdengar2 butir bicaranya di telinga...

Kak Teh seorang senior di tempat kerjaku waktu itu. Umurnya ku kira lewat 40-an. Beliau seorang yang tabah, ceria, berani dan rajin. Kesihatannya seringkali terganggu kerana athma.

Inilah juga nasihat yang sering diperdengarkan dalam bual bicaraku bersama adik2 junior yang baru mengenal erti kehidupan. Sekelumit pengajaran sebagai iktibar dan panduan.

Aku sendiri tidak kekok dan malu untuk berkongsi pengalaman.
Bersendirian pada usia yang menghampiri lebih suku abad amat mencemaskan bagi sesetengah wanita. Apatah lagi di akhir zaman ini nisbah wanita itu lebih tinggi berbanding si pria.. Perasaan rendah diri, gundah gulana, kurang keyakinan, sedih, pedih, pastinya mencuit emosi di pojokan diri. Lebih-lebih lagilah saat dihimpit soalan2 cepumas yang tiada jawapan yang sesuai untuk dilontarkan. Saat teman lain berpacaran, saat teman lain melangkah ke gerbang perkahwinan, lanjutnya saat teman lain mula membilang2 anak dengan angka2, saat itu diri masih keseorangan...

Bagi diriku, kesabaran dan keimanan adalah aset yang paling penting saat ini. Alhamdulillah, dengan petunjuk daripada Allah, dengan kasih dan rahmatNya, aku mampu menempuh ujian itu sebaiknya.. Aku jarang membenarkan hati dan fikiran terfokus ke arah itu. Dengan segala kekurangan diri, ku tempuh hari2 sebijaknya..

Kata2 kak Teh antara yang terngiang2 di telinga.. Aku merasakan amat penting aku menghargai masa kehidupanku sebaiknya. Aku takut kalau2 saat aku mengeluh, saat aku mencabar keadilan nikmat Tuhan, saat itu ditarik nyawa dan segala nikmat kehidupan, tidakkah aku termasuk orang yang rugi di dunia, rugi di akhirat?? wa'ilyau min zalik.

Pernah juga terlintas di fikiranku, mungkin juga aku akan terus sendiri hingga ke penghujung nanti.. Mana lagi ada Putera yang akan mencariku di lembah ini, tempat yang terasing, jauh dari saudara mara dan rakan taulan, pastinya aku akan lagi sukar di temui..

Namun taqdir tertulis. Sang Putera bertemu Puterinya hanya melalui perantara saudara.. jeng..jeng..jeng... Kasut cinderella telah ditemui!


Manusia secara adatnya pasti sukar memikir dan menerima:
Dua insan : Lelaki dan Wanita, sendirian,
Berada di bawah bumbung yang sama ,
Satu Universiti,
Satu Akademi,
Satu Fakulti,
Satu Jabatan,
Sama para Pensyarahya
Sama kebanyakkan temannya
Tapi saling tidak mengenali..
Terus sendirian..
terpisah membawa haluan sendiri lebih 5 tahun lamanya
Seorang di Utara, seorang di Ibu Kota
Sekali-kali tidak mustahil untuk ALLAH mengatur jodoh
KALAU SUDAH JODOH, TAK KEMANA...
Tertulis jodohku seusai 28 tahun.
Tanpa bercinta dan tanpa menunggu tempoh yang lama, akhirnya ijab dan qabul termetri jua.
Tanggal 22 Rabiulawal diabadikan dalam satu hubungan sebagai bukti kebesaran Yang Maha Esa. sempena bulan berkat kelahiran Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan bersempena bulan kelahiranku.

Abadilah cinta buat Raja hatiku..

Bukti Tuhan sudah nyata. Hari2 baru menyemai cinta selepas perkahwinan lebih bererti..


Duhai teman... apa lagi mahu dicurigai. Buat teman2, adik2 dan sesiapa saja yang sedang menempuh ujian ini, sabar itu indah. Allah itu adil, maka berlaku adillah pada diri sendiri. Pandanglah sesuatu dengan pandangan mata hati.. Yang paling penting perlu diingat, kita tak punya siapa hanya Tuhan yang Esa.. namun kita dibekal dengan usaha tiada tolok bandingnya... DOA .. percayalah... Doa penuh yakin dan tawadhu' beserta dengan iman dan ilmu.

Buat Raja..
Terima kasih kerana sudi hadir dalam kamus hidupku. Terima kasih kerana terus-terus membimbingku.. Terima kasih kerana menyayangiku.. Terima kasih kerana selalu meredhakan ku.. terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buatku... Semoga kasih kita berkekalan hingga ke akhirat nanti.. Aminn...


Monday, July 21, 2008

Rezeki dari ALLAH jua..

Syukur Alhamdulillah...



Kalam suci Allah s.w.t mmengungkap penuh makna..

Ertinya: "... Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih...
- Surah Ibrahim : Ayat 7 -




Seorang salaf pernah berkata kepada salah seorang yang kaya : Aku melihat nikmat pada dirimu, maka ikatlah ia dengan rasa syukurmu.


Alhamdulillah....

Tu jer selayaknya keluar daripada hati. Biarpun aku dan suami terpaksa berjauhan dek kerana mencari rezeki, tapi kami dikurniakan lebihan nikmat makan... ;)

Setiap minggu, mendarat jer kat Jeti Kuala Perlis, Raja akan shopping ikan segar dari laut di jeti LKIM... bukan calang2 sedapnya.. Biasanya setiap minggu jenis berlainan. Nak biasakan permaisuri masak katakan...


Minggu lepas rezeki ikan bawal putih. Bukan jer fresh, murah lak tuh.. never seen anyway ... speaking london gitu..


Ni ler... nak membuktikan masakan yang kena puji oleh sang Raja... kui..kui..


Saper tak pernah jumpa apatah lagi merasa, inilah dia rumpai laut yang buleh di makan. Orang langkawi namakan dia laktud. Nak dapatkan dia kena menyelam. Tak pun depa tunggu air surut baru kutip dekat2 batu laut.


Tapi aku mudah jer, bayar kat Pak Mat tu dapat seplastik.. huhuhu..


Sifat dia macam jeli. sekali tengok macam pokok plastik. sensitif takleh kena air tawar dia jadi cair. Bentuk macam2. Yang ni bentuk bebola. Makan jadi ulam cicah ayaq asam.. perghhh! cakap pun tak guna. hehehhe...







Then, ni rahsia nak pikat hati sang Raja...



Chicken Chop home made...




Ikan bawal masak ikut citarasa sendiri.. hantam saja!



Agar2 lumut favourite aku...



Ni gambo rebung aku dok rebus, jangan tak percaya aku kira tahap ok ler buat pajeri rebung.. Tapi yang ni potong bulat2 untuk buat rebung lomak cili yo.. Yummy..!





Udoh-udoh lah ye cik kiah semua.. nanti ada yang terhambur ayaq liuq teringin payah ler pulak.. Dapur memasak akan beroperasi di lain siaran... Ada masa dan permintaan, boleh jer kalu nak resepi.. Pada aku tahap sedap dah lah tuh..

Till then, babai...







Ermmmppphh... ;\


20 Juli 2008 / 17 Rejab 1429H

Hari ni longitud berada di Kem PLKN Sintok untuk bantu bengkel Kem Penghayatan Solat untuk Pelatih PLKN siri 3 2009. Bicara tentang solat aku sertakan jugak sirah Isra' dan Mikraj di mana Nabi Muhammad s.a.w menerima pensyariatan solat ke atas umatnya yang lemah ini...

Banyak dalam kepala yang ingin diluahkan, cuma kesempatan masa tidak membantu... Justeru ku noktahkan sementara catatan ini, ku sambung lain kali... Maaf bayak deh. Tak larat bebeno nak nulih.

Cuma nak remind minggu depan Isra' Mikraj on 27 Rejab jatuh hari RABU .. Orang2 KEDAH buleh CUTI... huhuhu... InsyaAllah ada lebih masa aku boleh report macam2...





Sunday, July 13, 2008

Berniaga... Jangan Menipu.


Entri 1


Tahun 2002 -
Lokasi : Bilik Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan #####, Petaling Jaya Selangor

---------------------------------------------



Miss x : Adik, minggu ni free tak?
aku : Ermm.. free kot
Miss x : Akak nak ajak awak gi somewhere..
aku : Gi mana kak?
(Dalam hati musykil banget.. tak pernah2 nak bertegur sape dgn aku, muka masam mencuka selalu, hari ni lembut tulang lidah pehal? Musykil...musykil...)

Miss x : Adalah... Sabtu ni akak ambil awak kat rumah tau..
aku : Errr... isk!


hari yang dujanjikan tiba, bersama 4 orang guru lain, kami dibawa ke satu tempat yang penuh dengan misteri. Masuk Dewan Hotel ####, rupanya ceramah parti COSWAY maaaa....

Aku carik surau, dengan alasan sakit kepala aku tidur sampai habis program.. Hati penuh membara!

*************************


Entri 2

12 Julai tahun 2008
Lokasi : Rumah Felo, NorthVarsity
---------------------------------------------------


Aku sibuk mengurus rumahtangga. weekend adalah masa paling sibuk dalam rutin harianku. Minggu ni dengan semangat berkobar aku sediakan juadah istimewa buat sang suami : Laksa, Agar-agar lumut, Chicken chop, Ulam petai, sambal belacan isi ikan, Rebung masak Lemak, dan Ikan Bawal masak steam.. Sambil2 mencuci pakaian suamiku... hinggalah terima satu panggilan telefon...

Miss x : Lin, awak kat mana? (Suara sedih jer.. masalah ke kakak nih??)
aku : Ada kat rumah ni..

Miss x : Akak nak jumpa awak lah.. Akak datang rumah awak pukul 10 pagi ni yeak..
aku : Errrr... Ada apa kak?

Miss x : Ada hal sikit... ( lagi sayu suara...)
aku : (sambil pandang suami. Dia angguk.) Ok.. sampai nanti akak miscall saya yeak..


aku : Sori arrr abang... kakak ni macam ada masalah jer... nak biaq kot2 perlu nasihat agama ker.. Tapi lin tak rapat langsung, means tak pernah berurusan dengan dia nih...
Suami : tak per lah... kot2 memang perlu bantuan lin..

Sampai masa dijanjikan, duduk kakak ni di sebuah bangku.. disisinya ada lagi seorang perempuan. Aku dah syak... Elok bagi salam dengan selamba tanpa rasa bersalahnya kawan dia tu bukak katalog. Dengan penuh konfiden soalsiasat aku then cerita mukasurat 1 katalog tu..

Takdan dia nak bukak page 2, aku terus mencelah..

aku : Ni barang ELKEN ke kak?
Miss x : ha'ah..
aku : Owhhh... saya pun ahli jugak. Tapi mati dah kot. Saya jadi ahli sebab nak HALAU student yang masuk rumah saya tak reti nak keluar2. 3 jam dia dok bercerita, dari saya excuse nak solat zuhur, sampai saya nak solat asar pulak tak reti2 nak balik. Saya pening dengar dia explain. Jadi saya nak bagi dia keluar, saya jadi ler ahli..
(Bunyi agak kasar juga bahasa aku nih..)


Miss x : Owwhhh... ni nak halau akak jugak ler nih... hehehe...

Dengan tak paham bahasanya dia teruskan jugak berceramah dengan testmoni nya. "... Adik, Ustazah tu waraakkk... Dia dengan suaminya pun ahli... Dr. ni iktiraf kehebatan produk ni, Dr. tu kagummm... Rahim kecut macam anak dara.. Ustazah tu buat pap smear nurse2 terpegun..."

Isk... aku kata, teruk benor dia cerita sampai kain2 dalam orang ni. Dah ler kerja rumah aku banyak lagi nih... Hati dah berbukuuu jer nih...

aku : Kak, macam nilah... saya apa2 pun kena tanya suami.
Miss x : Isk... akak kalau macam ni tak perlu tanya suami, ini untuk diri kita. Cubalah dulu barang ni set cuma RM159.00 jer...

aku : ((( Astaghfirullahal aziiimmm... Biarlah pahit kali ni aku kena bertahan nak ajar dan tunjuk dia bahawa IZIN suami adalah segala2nya.. kalau ditaqdirkan aku mati dengan asbab ubat yang aku beli TANPA izin suami macamana... tak neraka jawab nya??? wa ilya'uzubillah... ))))

Conversation berakhir.. dia masih menaruh harapan suatu malam dia akan mengunjungi aku lagi untuk menjelaskan kekeliruanku... Dalam hati aku berkata... There's no more day lah kak oii..
Aku tinggalkan mereka dengan hati busan..



PENGAJARAN


Kisah diatas ku abadikan sebagai satu catatan ketidak jujuran dan penipuan fakta terhadap diriku. Apa salahnya secara jujur mereka2 di atas menyatakan hajat depa kepada aku sebagai pelanggan dan bakal pengguna? Aku kira peniaga juga WAJIB beradab dan faham tentang AKHLAK berniaga.



  1. Bagi ler Salam, nyatakan hajat.. Jangan anggap semua dalam fikiran kita dapat orang lain baca. Jangan ingat apa kita suka, orang lain pun suka..


  2. Tanya kelapangan, persetujuan dan minat client


  3. Bercerita contoh testimoni seadanya. Jangan berlebihan, apatah lagi buka keaiban orang. Bukankah berdosa membuka cerita orang lain?


  4. Jaga Iqtiqad dan IMAN kita kepada ALLAH s.w.t. kena faham bahawa UBAT BUKAN PENYEMBUH! Ubat hanya alat dan asbab untuk kita berikhtiar mengubati penyakit. ALLAH jua dengan izinNya mengelak mudarat, menyembuh penyakit manusia!

Inilah dia dunia perniagaan. Memang sukar mencari peniaga yang jujur dan amanah. Sebab itu, Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat menjalankan aktiviti perniagaan. Adakah kita mengira bahawa Baginda dan para sohabah menjalankan perniagaan seperti kita hari ini? Terlalu membesar2kan cerita hingga tahap menipu! Nak cari yang JUJUR, AMANAH boleh dibilang dengan jari..

Aku tak katakan semua peniaga begitu. Kalau tidak takkan lah dijanjikan sepersepuluh rezeki daripada jalan perniagaan. Kalau kena cara, aku tak khilaf untuk mencuba barangan tersebut. Cuma abad baru ini, kita mempunyai banyak pilihan. Of Course barangan muslim tidak kurang berlambak di pasaran. Memang aku terlalu berhati2 dengan produk. Biarpun halal, apa gunanya kalau teraju atasnya menguntungkan orang BUKAN ISLAM???



Kita Yang Menentukan..
Setitis air, sebutir ubat, sebiji supliment yang masuk daripada mulut kita akan menjadi darah daging.. Apakah kita mengira semua itu akan berlalu percuma...? Tidakkah Tuhan akan menghitungnya.. Bukankah kelangsungan generasi zuriat kita lahir daripada darah daging tersebut...

Tuhan..
Mohon petunjukMu..



Wednesday, July 9, 2008

Subhanallah..






Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.


Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur.
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
    Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.I

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.


Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.
Kisah asal klik disini.

Sok-sek : Kehebatan Ustaz Fadhil Noor tidak dapat disangkal. Itulah buah dari sebuah perjuangan yang ikhlas. Dianggarkan hampir 2 juta yang hadir semasa hari pengebumian jenazah almarhum. Wallahua'lam

Tuesday, July 1, 2008