Friday, October 31, 2008

Cinta hati

Surrender... takde kidai melayu jual hot plate dan claypot area Alor Setaq. Ada HPA nyer periuk tanah, besau buat rebus akar kayu adalah...

Balik kelas masak, apalagi... melobi Raja belikan hot plate dan claypot utk kami berdua (baru dua... hehehe..). Tokey tu sibuk menanya Aji mau beli apa? Aji... lagi aji...??


Aku rasa dia suspect, bersangka-sangkaan bahawa pakcik ni (Raja) bawak awek (aku le tuh) carik barang kot...

Aku kata bagi hotplate 1, claypot tu 1 selamba jeer dia kata .. Cinta hati you suruh beli 2 la mooii... banyak la ko tokey..

Aku Jeling Raja, dia angguk.. Angkat arrr tokey!



Hot Plate - RM 23
Claypot besau (Raja nyer) - RM 9
Claypot kicik (aku nyer) - RM 6

Setiap set amik 2 pairs. Yg satu tak celus masuk kamera.. hiks!

Periuk tanah (claypot) ni depa dok merenyam membebel ke saya katanya bagus utk kesihatan dan menambah sedapkan makanan. Setakat saya tulis ni, sumer lauk ku panaskan dalam claypot ni ha...

Amoi, ini ha saya kasi petua. Balik you rendam ini periuk sama air 2 hari. Then you rebus air dalam ini periuk aaa, kasi keluar itu pasiaq-pasiaq! Itu macam aaa, lama pun tahan ooo...


``iYOLAH...iYOLAH...``

Psssstt: Aku letak kebanyakkan barang yang dipaparkan dlm blog ni dengan harganya sekali untuk menjadi panduan orang lain yang ada hasrat membeli belah barangan yang sama. Kalau2 dapat harga lebih baik tu kira ok lah kan.

-- Pesanan khidmat masyarakat--

Thursday, October 30, 2008

2nd Kelas Memasak

Tarikh : 24 Oktober 2008 / 24 Syawal 1429H (Jumaat)
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.
Kursus : Penyediaan Makanan Selera Sizzling dan Claypot
Yuran : RM40 (include jamuan, sijil, fail, masakan bawa balik, 3 resepi + 1 bonus)

Alhamdulillah, kali ni Raja izin lagi gi belajor memasak, walaupun terpaksa mengorbankan kelas pengajian di Pondok Buluh Nipis hari tu....

Mmmm... dah isteri buta sudip gitu ler... Kena usaha lebih sikit. Lagipun, InsyaAllah panjang usia, nak masak untuk suami dan keluarga kan panjang lagi... Orang lain mungkin ada kenalan, sedara mara dan of course the best chef in the world ...... mestilah OUR OWN MOMMY ada dok dekat2... Aku ni segala jauh...

Saya ni setakat baca resepi, gaya2 nampak kelabu asap jer.. kalau berguru tu confident banyak untuk buat sendiri + suka hati nak godak sendiri (bertuah punya anak murid!!) Kekadang ada gak call mak tanya itu ini.

Itu pentingnya berguru.



Kelas hari ni moderat dia Puan Siti Fatimah.
Belajor 3 jenis masakan + 1 bonus



1. Moi (Bubur) Claypot Special
Time ni Belajor nak buat :

  • Moi nasi
  • Stok Ayam & Sup
  • Cili Jeruk
  • Halia Jeruk
  • Minyak Bawang putih
  • Sambal Kicap
  • Lobak Masin goreng
  • Kangkung Goreng Belacan.



2. Sizzling Mee Wantan



3. Bihun Kung Fu



4.
Nying Nyong

Semua likes Chinese Food sikit.. Kira pasni Raja Boleh order from the kitchen jelah yeak.. huhu... Sedap tak sedap belakang kira, yang penting gaya ada! uhuk!


Honestly, saya memang tak malu belajar mana2 resepi dengan mana2 orang, walaupun benda tu simple jer... Pernah singgah rumah kak Nurul Firdaus kat KKB dia masak ayam merah dan telur thousand island. Walaupun benda biasa, tapi style orang lain2. So balik rumah terus aku try style resepi kak Nurul masak tu.

Style orang Kedah masak kari manakan sama dengan Style Mak HaLimah (Bondaku orang Jawa) dan mak Norsiah (MIL ku orang Perak) masak.. echeh! macam nak berpantun pulak!

Ni, kawan2... kalau saya sampai rumah tu, reti2 ler ajak saya masuk dapur tau.


~Tambat Perut, Tambat Hati~


Wednesday, October 29, 2008

Hadiah

Cerita 1

Zaman2 bujang dedulu, selalu dengar geng mak-mak orang cerita pasal hadiah suami yang sering tak menepati citarasa penerimanya...

Dah set dah dalam kepala, ada suami KENA SELALU HARGAI DAN SYUKUR pemberian suami.. ingat...ingat...!


Tapi tu ler... selalu leka dan tak perasan bahawa ada masa memang ler tidak isteri itu menghargai pemberian suaminya..

Kali ke berapa dulu, pernah ku dihadiahkan sepasang suit baju warna pink.. kelipok-kelipok mata aku terkebil walaupun mulut ucap "terima kasih... cantik abang pilih!"

Peram baju berapa lama till kena tegur baru hantar ke tailor. Pah siap pun liat jer nak pakai... huh! dasar tidak mengenang sungguh!

Sehinggalah satu ketika, aku insaf dan berpesan dengan diri aku sendiri aku ni pakai baju ke, beli barang ke, untuk kepuasan orang lain ke, diri sendiri ke, atau untuk suami..??

Bermula di situ, mulailah aku tunjuk kesungguhan kepada segala citarasa dan pilihannya. Cuma dengan penuh teliti ku selit jugak unsur2 "pelobian'' pada perkara2 yang berkenan dihatiku, dengan harapan ianya dapat dipenuhi...

Giitulah.. nak jadi ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH bukan sesenang gitu jer.. yer dak?


Cerita 2
(Suka nau berceritanya! Bosan jangan baca ye... Moga2 cucu2 nenek nanti tak ikut perangai2 buruk. Ambil sempadan dan tauladan ye cuuuu...)

Ada satu kem yang kami anjurkan jemput sorang penceramah Pak Utih gelarannya. 5 minit je aku sempat dengar celotehnya. Ada dia cerita tentang didikannya pada isteri dan anak2 utk makan di talam.

Ada isteri yang sorang tu pulak, oleh kerana tahap kerajinannya terlalu maksima, telah beberapa kali menggunakan talam untuk berkongsi santapan makan malam le biasanya. "Jimat air bang nak cuci pinggan" gitu kekdahnya.. (padahal bil air takyah bayor pun)



Kerana keprihatinan suami, maka minggu ini Raja bagi lah hadiah sebuah TALAM a.k.a DULANG makan... uiks... bapak punya besau lah!


(Pose bersama hadiah sambil menikmati kuih raya (alas perut sebelum makan berat yea...)



Malam tu jugak kami nikmati juadah dinner di talam. Nasi goreng ngan tomyam je.. malam ni ada mesyuarat Kolej... uhuk...!

Tuesday, October 28, 2008

Tempat pengajianku...




Tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam UM
Posted by: "grad it" mailto:grad_itt@yahoo.com
Thu Oct 23, 2008 7:52 am (PDT)


Tanah runtuh di
Akademi Pengajian Islam UM
Oleh: Afandy Awang


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Hujan lebat di sekitar Lembah Kelang semalam menyebabkan berlakunya tanah runtuh di bahagian belakang bangunan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Keruntuhan ini menyebabkan dinding perpustakaan pecah dan tanah masuk menenggelamkan sebahagian besar rak-rak buku.

Menurut salah seorang pekerja yang ditemui, antara punca berlakunya tanah runtuh ini adalah disebabkan kedudukan bangunan Block C itu terlalu hampir dengan bukit. Jarak yang memisahkan hanya sekadar lebih kurang 2 meter sahaja. Ini cukup membahayakan kerana bukit yang di tarah ini akan runtuh pada bila-bila masa dan mendatangkan kemeberhayaan kepada mahasiswa APIUM sendiri.

Setakat ini, bangunan C ditutup buat sementara waktu sementara bangunan B juga masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana dkhuatiri peristiwa runtuhnya Highland Towers akan berulang kembali di sini.


uhuk..uhuk... sedisnya buku2 ittew...

Kena rajin

Aku bukan sorang sangat rajin membelek telek sesatu mende.. Jadi masalah bila aku nak membeli barang aku sendiri.. Maklum ler aku ni kan pekerja kesayangan kerajaan. Nan ado barang kat rumah aku tu yang hak milik mutlak kepunyaan aku. Kebanyakannya "Hak Kerajaan Malaysia" .. (kediaman felo nama rumahnya...(^_*) )


Nak poie satu ke satu kedai lagi ler masalah besau. Mana masanya aku nak buat semua tu. Lagi ler kat ulu banat ni, dari satu kedai letrik ke satu kedai letrik mau sehari baru sampai (ibarat aku ler nih). Kalau tersempat aku surf internet, ada yang letak harga sekali... hah... kan sonang kojo den!


Masa nak beli
kamera dan camcoder sony utk opis, rajin ler aku layan sony nyer website.. situ senang ada harga sekali. so bila beli kat kedai yang mark-up lebih2 tu, senang ler aku dengan penuh kesopanan membidas balik. Bab tawar menawar ni, kalau mood aku baik boleh dapat markah A- jugak... Hiks..

Macam
Singer pun ok. Ada letak rege sekali... Alah, layan mata kata nak seronok2 tengok mesin jahit kan... ahaks!


Tapi banyak gaks tak buh harga.. bosan...bosan!

~BIJAK MEMILIH... PILIHAN DI TANGAN ANDA ;) ~

Sunday, October 26, 2008

Cerita tentang Hidup Part 2

Kawasan Hentian Rehat & Rawat Tapah arah Utara
Mei 2008


Wah... gitu bertangguh sekali penulisan ku tentang perjalanan cuti bulan Mei lepas... Tu pasal yang ada part 1, mesti ada part 2nyer kan... tapi sebab 'rajin', gitu ler..


Kisah hari tu aku storykan kisah o.d.w ke KL yang aku bertemu makcik jual ubat di Hentian Tapah arah selatan. Kali ni perjalanan balik ke Kedah plak, aku 'ter' berhenti jugak kat Hentian Tapah arah utara.

Oleh kerana kelaparan banget2, aku bior kan Raja gi solat dulu. Musafir kan. Aku menyantap dulu... ;)

Tgh makan, datang sorang makcik dengan 2 orang anak kecil. Memang sit kosong takdak, aterr... cuti sekolah kan. Dia cuma tanya aku dok makan dgn sape, then terus jer dok sekali dengan aku. tak sempat aku nak cakap apa2... Wahh... aku sudah kepanikan..

Dalam kepala macam2 wasangka ada.. Yelah, ntah2 budak tu budak culik ke, nak pukau aku ker.. bla...bla... Ada sorang laki tu plak kulur kilir belikan ayor, nasi sgala bagai hidang kat makcik & child tu. (Mujur tak dok sekali... pheww..!)

Aku roger suami beritahu perihal keadaanku yang panik itu. dengan harapan cepat ler dia 'selamatkan' isterinya nih... hehehe...

Diringkaskan citer:

Makcik tu nenek kepada 2 kiddos tu. Mak budak tu baru dapat pindah dari Putrajaya ke kg lamannya. Ni dlm proses berangkut ler. Lelaki tu driver teksi yang selalu ulang-alik bawak nenek ni ke Putrajaya utk mengasuh dan membela cucu2 itu.. Mommy tu ibu tunggal. Berpisah dengan suaminya sewaktu si adik lahir 2 minggu.. Mom's tu aku congak2 lebih kurang sebaya umurnya dengan aku...

End of the story...
Tetiba hatiku sayu tengok 4 bijik mata yang tidak berdosa.... My Hero pun sampai... Aku beramah mesra dengan kiddos... Finish their food, berlalu meninggalkan kami dan macam2 bermain difikiranku....

Moral of the story
kalau dihitung2, kemusnahan rumahtangga bukan perkara terpencil. Dapat statistik mesti terkejut kita tgk... Tapi itulah.... Aku nak story panjang2 tapi tak banyak masa ni... Nantilah cerita lain...


~~Memperkasa rumahtangga tanggungjawab bersama!~~

Friday, October 24, 2008

Dating time!

Jumaat & Sabtu is weekend for kedah dan yang sama waktu dengannya.
So, Petang Khamis my hubby will balik ke sintok bertemu isterinya yang comei.. huhu..
And makan2 sedap time....

Ni sebenonya menu last week, sempena hari dating kami + hariraya aku (finished puasa 6 alhamdulillah..). Makan utk 2 orang ... huh...


1. Asam pedas ai prefer my MIL nyer resepi. Blend chilli+ kunyit + bwg puth & merah + aku godak tambah sendiri halba campur. The best ingredient mestilah daum kesum... wah! hirup kuah ler teman.

2. Ntah naper seminggu puasa syawal tu, aku gemor bebeno kobis masak kicap. tak pernah2 jadi feveret, tapi layan tekak orang berposa ni jadi ketagihan tegar lah pulak... hehehe...



3. Ayam lado hitam also my MIL nyer reepi. Wah... makan tak hengat! Kira jadi ler... Ayam goreng dulu. Tumis bwg merah+bwg putih + halia. Masuk kicap, tambah lada hitam yang ditumbuk. Masuk ayam + bwg beso dan chili merah yang dipotong beso2... Masak!

4. Siakap macam manis sweet pheewit! Last week memang minggu siakap. Tengah musim dia kot, belana ada kat pasar. 4 hari cuti kami masak siakap sajer.. sehari dua ekor utk 2 orang. huh! Makan selagi rezeki boleh makan dak..

So, today is Thursday... dating time. Semoga abang selamat sampai.
Ingat nak ajak somewhere.. ermmm....


~~Ingat kat mak... masak apa lah???~~

Thursday, October 23, 2008

Raya mood lagi

Tarikh : 22 Oktober 2008 / 22 Syawal 1429H
Jamuan Hariraya Pusat Islam, Novarsity



Ketupat puput daun palas, tapai pulut, rendang daging, soto & bergedil, satay, mee kuah (mee jawa) ... wah! sesak perutku hari ini...





Ayor laicikang yea...




~~ALHAMDULILLAH...~~


Betoi..betoi..!!

Aku syok baca tulisan nih... Sodap yo dongar... Baca dan insaf. Ada rezeki buleh bantu yo...


Posted by: "Norhasimah Hanafiah" Norhasimah
Hanafiah

Thu Oct 16, 2008 3:16 pm (PDT)

Salam
buat semua,Aku tak paham betullah, kalau ada orang rumah dah nak runtuh tapi kena meminta-minta untuk betulkan rumah, keluar dalam surat khabar, keluar dalam Bersamamulah dan macam-macam lagi.Sape harus dipersalahkan? Pada pendapat saya Ketua Kampung patut kena tembak.

Nape tak bawa perkara ni ke JKM? Bank Islam pun ada peruntukan untuk membaiki rumah-rumah daif, kalau tak salah saya peruntukan tu RM5000 untuk satu rumah. Tapi Ketua Kampung kenalah bawak ke pengetahuan orang yang berkenaan. Kalau tak tau nak buat atau tak boleh buat atau tak nak buat janganlah jadi Ketua.

Kampung den ado oghang ghumah eh masih ok pun bulih dapek peruntukan untuk botoan dapur dan atap. Ketuo Kampung bagi tau jo kek oghang kampung yang peruntukan tu ado dan available. Ni ketua kampung nak namo Ketuo Yo, lopeh tu tido dari zoho sampai magrib. Mano nak tau apo-apo. Tapi elok gak tu kan, kalau tak tak leh lak Cikgu Bad ambik peluang nak jongah
muko.

To: hidayahnet@yahoogroups.comFrom: Date: Mon, 6 Oct 2008 07:10:30 -0700Subject: Help Palestine [hidayahnet]

Pakcik tua ini cuma minta tukar atap rumah dia. Pada Ramadhan1429 Hijrah , di Kota dalam daerah Rembau , Negeri Sembilan , ada seorang pakcik tua tinggal daif, dalam rumah pusaka yang kotor, berlubang, usang dan teruk sekali. Pakcik ini merayu untuk dibantu tukarkan atap zink rumahnya. Cerita beliau jika hari hujan air masuk , dia hanya mampu duduk di sudut rumah yang tak bocor sehingga hujan berhenti.Mereka yang bersimpati dan ingin membantu , ikuti kisah lanjut pakcik tua ini di http://chegubard.%20blogspot.%20com/2008/%2010/kampung-kj-pun-masih-%20ada-orang-%20susah.html

Tarbiyah Ramadhan

Alhamdulillah..

  1. Ramadhan lepas TV dirumahku sangat kurang di 'on' kan. Stimes tak bukak langsung.. Syawal ni, adapun ku pancarkan Berita.. Kalau tidak dapat mengejar 8.00pm, ku tengok Berita Bernama 11.oopm... ZzzzZZzzz... Memang biasa2 pun aku bukan ketagihan tegar menonton tv... Tapi ini semakin tidak menonton.. :)
  2. praktikal "Silent is Golden" hampir berjaya... Aku tak berasa nak bercakap sangat.. Very2 much better to me... Alhamdulillah...

Sebenarnya, pada diri aku yang telah tegar dengan sesuatu kebiasaan nya yang suka bercakap, memang lah sukar menghakis sifat2 kureng tu dalam diri.. Bukan tak sedar bahawa

Banyak Bercakap, banyak silapnya..

Banyak silap, banyak pulak dosanya...

Wednesday, October 22, 2008

Perhatian yea..

Oleh kerana ke carca marbaan blog ku ini, maka ku asingkan kisah pengajian2 dan ilmu2 yang kutemui di lewat usiaku ini.

Sekarang ku himpun dalam rumahtangga blog baruku ku :
http://www.akumasihbelajar.blogspot.com/ .

Sudi2 lah terjah walaupun lambat jugak nak ku update, harap tak terlewat...


Langkawi Tour Oct' 08 part 2

Tarikh : 11 Oktober 2008M

Aturcara Kembara Hari ini:

6.15 am : Sintok to Kuala Perlis
7.00 am : Ferry to Kuah, Langkawi
8.30 am : Breakfast
9.00 am : Galeria Perdana
11.30 am : PlayMart
12.30 pm : Lunch & Solat (Mutiara Burau Bay)
2.00 pm : Makan kenduri kawin anak x-Guru Besau SKLC
3.00 pm : Underwater World
5.00 pm : Bird's Paradise
6.30 pm : Jetty
7.00 pm : Ferry to Kuala Perlis


Layan sini utk maklumat lanjut : Underwater World, Langkawi


Sepanjang 5 tahun dok meredah Langkawi, memang asyik berkawad jerlah depan Underwater World ni.. Tak mampu beb... Entries RM20/adult. Rasanya kalu idok ikut rombongan cik Kiah, kena RM28/adult... huishh..





Cik Pingu...pingu!


Taman Burung. lagi mau tau layan sini.




Masuk RM12/adult.. kalu gi sendiri harus aku tak gi sini.. kira lah coasting bayaran masuk jer.. kenyang ler makan. itu tuk sorang, berdua? bertiga? huh...






Pulangnya teman ke Lembah Sintok bersama puteri pengiringku yang sangat setia... Ms Jam. Suami pesan, gi mana2 kena kabo, jgn gi sengsorang... Makanya Ms. Jam ler mangsaku..




~~Berita Faham Tuan! roger...roger...~~


Langkawi Tour Oct' 08 part 1


Tarikh : 11 Oktober 2008 / 11 Syawal 1429H (Sabtu)


Memikirkan kelas pengajian pondokku bercuti lagi, kami tour Langkawi lagi. Gi tempat2 yang aku tak pernah pergi kerana "tiada nilai2 membeli belah" hehehe... bukan tu ler alasannya, sebab tempat2 yang ada learning value ni biasanya berbayor.. Teman plak g langkawi mana ada masa panjang2 nak belek sesatu kan.



Ni namanya Play Mart. Lokasi di Telaga Habour. Kalau nak gi Cabel Car Gunung Mat Chinchang mesti lalu lokasi ni. Atas Petronas Petrol Station tuh, ada ler tempat ni. Masuk free. Kira macam ala-ala petro sains lah. ada guider, sesuai utk kanak2.. Best ye anak-anak...?








Sebenonya, lokasi pertama ke Galeria Perdana. Entry fee RM 5/=

mahal... mahal...



Di sini dihimpunkan sebahagian harta qarun.. ops! hadiah, cenderamata dan segala bagai barang bernilai jutaan rupiah pak Bung Tun Mahathir .. Sape2 yang berminat menelek, membelek, berkhayal buleh ler layan kat sini...





Aku?? .................................. krohhh...krohhh. Insaffff....







Maksud Firman Allah s.w.t:


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS. Ali Imran:14)




~~Jangan Sampai Hati Karat Cinta Dunia yang akan Binasa bila sampai waktunya!~


Tuesday, October 21, 2008


Dialog dari bulan Mei 2008-Oktober 2008
................................................

Isteri: Abang, cuti skolah endyear ni kita gi Bandung nak tak?

Suami : Bukan ada Mee Bandung pun kat sana, jom gi Changlun, abang belanja Mee Bandung!

Isteri: warghhhhh....

*************************************************************

Isteri : Tiket flight murah ni bang, gi Jakarta nak bang?

Suami : isk... abang tak abis tengok air crash investigation (Discovery Channel) lagi ni...

Isteri : warghhhhhh.....

*************************************************************

Isteri : kita ni kata jer berjiran ngan Thailand, kata nak gi sana tak jugak. Jom bang gi Phuket ke, Pattani ke...

Suami : Isk..isk... Alangkan Bangkok pun diisytihar darurat, kita aman damai kat sini wat pe nak cari penyakit...

Isteri : uuuuuuuu.....

************************************************************

Gitu ler alasan2 munasabah untuk menoktahkan bual bicara tentang percutian mereka. tiba-tiba sang harimau pun muncul... (ala2 pertandingan bercerita kanak2..)

Suami : Sabtu ni sekolah abang nak gi tour langkawi. Joint nak?

Isteri : Naik bas ngan depa ke bang? errmmm... bolehlah, daripada tak jalan mana... huhuhu...


Maka pergilah suami isteri ini berjalan bersama rombongan kanak2 Ribena... Diam sejahtera lah isterinya yang tidak berjaya melobi suaminya untuk percutian hujung tahun ini...

habis.

~~Jangan mudah menyerah kalah. Tunggu..~~

Raya mood

Tarikh: 12 Oktober 2008M/ 12 Syawal 1429H

Hari ni kena pause sekejap operasi puasa syawal sebab jemputan yang tidak dapat ditolak. huhu..

Satunya, sambutan hariraya di PLKN Sintok.. Sesak barat perut dipenuhi dengan juadah yang urmmmppphhh... sodap!! lebih2 lagi laksa tepung beras home made... huhu cedapnya..!




Then, 12.00pm jemputan open house DPP Proton pulak.. time ni, dah tak dapek den nak nolong. Tak cukup perut dah... rai majlis jelah... Alhamdulillah...





Satu lagi sambutan hariraya Mega on 16 Oct ni plak..

Alhamdulillah Syawal kali ini dapat dilengkapkan dengan puasa 6 nya...

Tuesday, October 14, 2008

Kenapa aku..

Actually, aku auto publishkan entry2 ni. jadi jgn ler kata aku update blog time kerojer yer.. Bior nampak aktif skit blog ni. Banyak lagi entri2 yang aku masih pekasamkan.. Bior ler orang kata basi apa kan.. Aku tak kisah sebab aku nulis ni selain nak improve keberanian writting aku, aku nak buat catatan untuk dinilai pada masa2 akan datang...


Antara yang penting jugak nape aku buat blog:


  1. Aku nak share pendapat dan buah fikiranku pada isu2 semasa (tak tercapai lagi.. Banyak idea, takdan nulis jer lagi)
  2. Kalau dapat aku nak memorikan family2 hubby's side dan side belah aku jugak. Biar generasi waris2 akan datang boleh menjejak sedara mara.
  3. Nak berhubung dengan rakan taulan. Sebab tu kalu dapat kawan2 yang singgah, tinggal ler jejak...
  4. Catatan memoriku. kalau dapat dijadikan panduan. Kalau ada kekurangan dan kesilapan boleh dibetulkan..
  5. Pengubat rindu orang2 yang rindukan kami... huwahahaha... ;)))

Dan aku tak promosikan blog, even rakan kerja pun taktau... :)

Sorry kawan... Dapat korang redah ler surf carik sendiri ye.

Gua tempurung, Perak Darul Ridzuan


Tarikh : 3 Oktober 2008 / 3 Syawal 1429H


Macamana perjalanan KUL-AOR yang sepatutnya hanya mengambil masa 5-7 jam boleh mencecah kepada 12 jam??? Ini ler antara punca-punca kelewatan yang disebabkan oleh faktor keinginan manusia.



Al-kisahnya... sepencarian tempat untuk aku pulak bersolat, nampak lak signage gambo surau kat satu signboard yang merentangi pemandangan indahku... hehehe...
Niat utama mestilah nak tunaikan solat... Selebihnya melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t...




Gambo kat dalam gua boleh layar
laman web depa lah yeak..
ku congak2 kira2 tol buleh jimat RM10 sepanjang aku exit Tapah-Kuala Kangsar. Tapi sebab kena cukai RM6/adults x 2 = makanya tergadai jugak RM 12... hehehe...
~~BERAYA DALAM GUA LA PULAK, CARI AHMAD ALBAB~~

Monday, October 13, 2008

Pekan-pekan kolonial



Aku tau... musti tanya mana gambo raya kan?? hehe.. eksklusif utk tatapan sendili maa... nanti2 lah ku upload kan ye. Ni tengah asyik nak cerita merapu jer dolu... Aterr.. lama tak apdet. Ni cerita lapuk pun, lapuklah...



Kali ni terpaksa ku singkatkan percutian raya coz sekolah Zon A mula on raya ke5. Aterr dah gitu ceritanya, takkan nak dok sajer... Raja dah kena masuk Langkawi of course ler raya ke4. Dahtu??? Raya ke3 kami dah bertolak balik ke Kodah... huhuhu...



That dey, hari Jumaat. Bertolak pun dah pkl 11ooam. Sempat beraya nyinggah mana yg wajib jer.. Then exit Tapah, susur ke Kampar berhenti untuk solat Jumaat... Aku? Menyantap makan tengahari... geh..geh.. Depan Masjid Kampar, sempat menyoping. Bukan buleh Raja nengok sajer kaset, CD ceramah or ngaji...
Ni kat Kampar lagi. Suka nengok bas2 klasik yang masih banyak kat Perak nih.. Dan aku snap ni pun nak tunjuk, betapalah TESCO tumbuh melata di mana2. Actually kalu ku himpun signboard TESCO sepanjang jalan, meriah ko! tu ler modal Yahudi...



Entri kali ni aku nak show pekan2 di Perak yang macam kembar... Nampak nak seiras jerr... Sajer susur jalan lama ke utara tanah Semenanjung Malaysia nih.



Dalam sejarah Melayu kan Bandar2 di Perak antara yang awal membangun dengan acuan kolonial yek?? eh... gaya cakap tu mcm nk bagi fakta, rupanya tanya korang yeak... hehehe...



Ni Pekan mati kat... ermmm... katne yeak? tak record lah.. Gopeng kot. Haa... struktur nak sama dengan tadi kan?
Ni dekat2 nak masuk Ipoh..



Ini... Kuala Kangsar yang jammed!Ha.. macamana? Betoi tak aku kata Pekan2 kat Perak ni kira Twin-City ler kan.. Sama jer sampai aku dah tak hengat kat mana.. kui..kui.. Lepas daripada Kuala Kangsar, kami masuk balik highway... penat weii... kali ni perjalanan lebih 12 jam! kenapa??? mesti ada cerita di sebalik kejadian 12 jam tu kannnn...

~~Alhamdulillah selamat~~