Tuesday, March 24, 2009

Cuti Sekolahku

Kota Jakarta
Kota Jakarta

Restoran Sederhana Nasi Padang, Jakarta


Kakakku Nor Aidah, Cica dan abang ipar Abg Kamal . Sama2 honeymoon.

Assalamualaikum wrh.

Alhamdulillah, kami selamat kembali - kembali ke bumi Darul Aman ini, kembali bertugas, back to our routine - setelah menghabiskan cuti sekolah penggal pertama ni.

sekadar catatan ringkas, tak dapat nak hadap blog:

Bermula percutian kami:

13 Mac 2008 (Jumaat) - Pengajian di Pondok Buluh Nipis, Napoh
14 Mac 2009 (Sabtu) - Pengajian di Pondok gajah Teriak, Jitra
15 Mac 2009 (Ahad) - Perjalanan UUM - Semenyih (mertuaku).. Balik kampung!
16 Mac 2009 (Isnin) - Percutian di Meru Klang Selangor.
17 Mac 2009 (Selasa) - Flight ke Jakarta - Honeymoon ke3 kami
18 Mac 2009 (Rabu) - Perjalanan Jakarta ke Bandung
19 Mac 2009 (Khamis) - Ngabisin berjuta-juta uwang rupiah di Jakarta.
Pulang ke Meru, Malaysia
20 Mac 2009 (Jumaat) - Meru to Semenyih
21 Mac 2009 (Sabtu) - Semenyih - UUM
22 Mac 2009 (Ahad) - Aku tambah cuti rehat, raja pun cuti sekolah!


Update meyusul kemudian, insyaAllah...

Thursday, March 12, 2009

Saya akan bercuti....!

Assalamualaikum semua rakyat jelata di alam cyber...

Seriously...berita terkini insan ini ialah dia sangat capekk.. lotih den ni hah...
Rakan2 blog, sungguh2 minta maaf tak dapat nak explore ziarah rumah masing2 sebab virus komputer saya sangat bencikan blogspot.com... macam tak percaya jer kan? Yang ada domain sendiri jer dia kasi jalan..

Last posting tentang bubur asyura tu, pah... langsung tak dan nak layan internet. Sibuk kerja kononnya... Minggu ni kan maulidurrasul. Dah set nak buat posting to our beloved Prophet, Junjungan Nabi Muhammad s.aw pun tak buat jugak... (p/s: banyakkan selawat deh...)

saya akan bercuti selama seminggu di Selangor... 14-21 Mac 2009 ... yea..yeah! Sama taraf dengan budak sekolah sebab suamiku seorang guru... dan harus secara adatnya, saya tak akan bukak internet.. ohohoho... Time is golden. Masa seciput tu ler nak bersama parents kan...

Malam tadi mesyuarat Kolej tamat jam 1.00 pagi.. tapi gagah jugak masuk ke my important office (dapoq lerr namanya) untuk sedia juadah ke ofis esok... tingtong... 3.30 pagi baru beradu.. Lotih den ni hah!

Just a note before i'm leaving...

Pulut kuning, rendang ayam dan agar2 lumut

sebagai tanda kesyukuran:

  1. Alhamdulillah.... Saya melepasi aras 4 PTK yang ntah berapa kali... Alhamdulillah... juga Raja yang dah lepas exam2 nya dan terima lantikan tetap.
  2. Alhamdulillah untuk ulangtahun pernikahan kami... (Rajaku nan seorang) Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi dengan (permaisuri comelnya) Nor Azlinah binti Zaini.... 23 Rabiulawal...
  3. Doa selamat untuk our short vacation next week... semoga Allah memberi Rahmat dan perrlindungaNya kepada kami... amin...

InsyaAllah ketemu lagi di lain siaran... maaf ye, lepas ni InsyaAllah saya ziarah teman2 semua... keep on writing!

Thursday, March 5, 2009

Bubur Asyura Utara

Dimulakan dengan Bismillah....
dengan doa dan harapan tiada ada orang yang akan ngences ( terjemahan: terliur).
Program Bubur Asyura 1430H dimulakan dengan sarapan pagi orang utara..
Pulut ikan masin dengan nyioq..
Ikan masin aku nyer... yummylicious!
Pulut mimi punyer...
aku akan hilang daya tahan mengantuk kalau layan pulut pepagi.. tak biasa.

Hari ni projek menghasilkan 11 kawah bubur asyura stail orang utara. Kalau orang Pantai timur, Asyuranya ada daging dan rasa rempah2, di utara Asyura manis bersantan dan pelbagai kekacang... Aku kat Selangor Asyura tu = Bubur Lambuk.Jagung, pisang.

Keledek

kekacang.. kacang Merah, Kacang Hijau dan kacang kuda
Kekdahnya....
Gula merah bancuh sesiap. masak atas api dengan daun pandan. Masuk keledek
Masuk santan dan gula
Masuk tepung beras yang dah dibancuh dengan air sesiap. masuk kekacang
Kacau sekederat tenaga... Extra perasa pun ada >>> DURIAN<<<<>
Bubur ni yang guna gula pasir sahaja akan berwarna agak cerah.
Yang masuk gula merah... gelap ler sikit...

Makan panas-panas... wah! best banget!


Bahan-bahan untuk sekawah:


3 Kilogram Ubi Keledek
3 Kilogram pisang
18 tingkol jagung segar
4-5 kilogram santan
7 kilogram (bungkus) tepung beras/tepung jawi
2 kilo gula gula merah
1 kilogram kacang meah - direbus dahulu
5 kilogram gula putih
kekacang lain
garam secukup rasa (+- 100gram)


Masa sibuk2 melayan kemeriahan bubur Asyura ni, ribut kedengaran suara2 mengatakan Bubur Asyura ni Bida'ah... emmmm benda makanpun jadi bid'aah??? Dahtu, kalau raya yang orang dok buat ketupat lemang pun bid'aah jugak tak?? Tanya nih... hiks!

Wednesday, March 4, 2009

Pulau Pinang

Masih lagi diari Disember..

Ada lawatan kerja di Pusat Islam USM.
Bawak sekali ibubapa mertuaku..
Then selang 2 hari kursus di Penang lagi.
Mujur Raja cuti sekolah, jadi aku rasa macam Penang tu dokek bonar lah dgn rumah den..

Sebab....
Aku takyah drive..
ZzzZzzz jooo sit belakang Raja...
hiks!

Masuk Penang guna Jambatan Pulau Pinang, exit Perai. Tol Penang Bridge masih maintain RM7.
Keluar Penang kalu, mami suuuuka naik feri nooo..exit Butterworth. Free..


Ni gambo Jeti apantahlupanama kat belah lebuh-lebuh tu ler..
(hantam labu! bukan masuk exam pun)
Feri penumpang yang juga bawak kenderaan penumpang...
Pernah sekali tu aku naik berdua ngan Raja. Biasanya Feri ni ambil masa dlm 20 minit utk sampai ke Jeti Butterworth. Tapi dia dok lencong sana, lencong sini lebih setengah jam tak sampai2.. Sebenonya aku takder lah marah pun sebab aku suka jalan2 atas laut tu lama2 sikit... Syok ooo...
Bonda dan Ayahanda kepada suamiku..
kondisinya di dalam feri nya ya dong..
Hajatnya nak bawak makpak jalan2 ronda Penang. tapi aku dan raja ni kan paling tak suka sesak barat penuh sesak susah nak parking dan sebagainya di Penang tuh.. Ingat nak jengokm kedai kitab di bazar MARA depan Masjid Kapitan, Tanjung Keling tu... Tapi ya ampun! Parking cucah betoi yaaa....


Oleh kerana makpak pun tak kisah, maka kami ke tanah besar Penang, berhenti rehat di Hentian Rehat Bagan Ajam menikmati minum petang (mesti pekena pasemboq, laksa penang, Yong Tau Fu dll) dan panorama indah laut Penang tu.. So, my FIL layan feeling tengok feri di pelabuhan sepi....

Jejak kasihan lagi...

To Kak Inda, Ma, K.Zuna dan kawan2 di Kolej Pertama (ASTAR) Universiti Malaya yang sewaktu denganku.. kenal lagi tak adik kita nih? Noriyana Sidek.. Junior kita kat 1st college tuh.. Yana asal dari Nogori Sombilan, suami dia pun orang nogori. Lani dah bermukim di Changlun Kedah. Yana J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok and her husband kijo kat Bukit Kayu Hitam. Anak baru 2 orang... Yana x-Nilam Puri dan ambil Syariah di APIUM, UMKL.. Sahabat PMIUM juga macam Faizah... kami dah 5 tahun di dok Changlun, ini ler kali pertama bersua muka di pasar changlun nan permai..

Abih dah kot entry disember?? Orang dah masuk bulan Mac dah ni...
Ermmm... macam belummm jer lagik...