Hari ini 15 Nov 2010 bersamaan 8 Zulhijjah...
Para tetamu Allah di Haramain telah memulakan perjalanan ke 'Arafah..
Hati saya sayu merindui Baitullahil Haram... Mudah2an rezeki kami segera dapat menjadi tetamuNya pula InsyaAllah...
Hari ni, cuaca hati agak suram...
Saya belum dapat mengubati penyakit STONE saya itu walaupun berbagai langkah telah diambil.. hahahaha... statement tak berapa betul namanya tuh!
Khamis lepas saya bercuti kerja... Pergi ke Langkawi menjemput Raja ku sambil merayau2 di Haji Ismail... kekeke... terapi dengan membeli... (apo2 jolah wei..)
Tahun ini, Aidiladha saya dan suami di sambut di tempat kerja saya kerana hambatan tugas..
Hari ni dah berasa bahang sedihnya tak dapat balik beraya.. sob..sob..
Then tambah sedih permohonan tahun kke-4 tetap juga ditolak... Sedih sangat!
Oleh kerana sedih sangat, saya terus merayau2 menjelajah seluruh pelusuk donia maya.
Akhirnya saya berhenti disini, walaupun belum muktamad, wuquf sebentar sebagai formality.. selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah jua...
Mudah-mudahan... Amin Ya rabb..