Tuesday, September 29, 2009

Dari Sisi Matahatiku : Eid Mubarak 1430H /2009M



Harap2 tak terlambat untuk saya dan suami mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin... Mohon kemaafan sekiranya ada tersalah kata, tersentuh hati samaada di alam nyata, atau maya cyber... samada perbuatan lahir atau yang lahir dari hujung jari yang menekan keyboard.. Maafkan kami..



Bagi yang ganas sikit...


Sedih saya bila malam saat Ramadhan meninggalkan kita, langit di Meru dihujani dengan percikan meriam dan bom... Umpama bedilan roket, mortar dan peluru berpandu..Saya bersangka baik, mungkin ini persediaan diri kalau2 saya berada di medan peperangan sebenar... tapi hatiku tetap menolaknya...


Saya bukanlah anti sosial tak menghargai 'kemeriahan' menyambut syawal dengan gegak gempita mcm tu... cumanya, jangan ler keterlaluan...

Setiap tahun, mortar buluh dan yang sama waktu dengannya berkumandang tanpa henti... SEPANJANG MALAM sehingga saat Takbir Pertama Solat Aidilfitri... Bukankah lebih elok malam itu dipenuhi dengan puji-pujian kepada ALLAH... Syukurlah, hayat kita masih bernadi sehingga saat itu... Ramai dikalangan kita tidak sempat menjamah kemanisan Ramadhan bila nyawa bercerai dari badan.

Tahun ini saya perasan yang saya terlebih sensitif kepada masalah budaya masyarakat kita menyambut hariraya.. Mungkin saya sudah semakin tua..


Bila terbaca kisah budak umur 2 tahun lebur jemari akibat terpegang mercun bola, sana sini tangan putus, jari hilang, saya terfikir macamana nasib mereka bila besar nanti menjadi "orang yang tidak sempurna a.k.a cacat anggotanya"... Kalau berpunca dari perbuatan dan kelalaian sendiri, tergamak ker mereka bercerita kepada anak cucu mereka nanti "ni tangan atuk kudung sebab atuk main mercun"... Atau sudikah mereka keluar iklan anti mercun dengan dialog "Kalaulah saya tidak bermain mercun...." sambil merenung jari yang hilang....

Yang paling saya tak boleh terima adat (lucu pun ada), kisah benar yang berlaku. Akibat daripada meriam buluh ini, beberapa individu melibatkan ibu ayah bermasam muka, dua keluarga tidak bersapa.. akhirnya terputus silaturrahmi antara 2 saudara setahun lamanya... Syawal tahun berikutnya baru ala-ala pulih. Tapi adakah sama kejernihan silaturrahmi yang telah dicemari dengan maki hamun dan bermasam muka sebelumnya dengan silaturrahmi yang dituntut oleh syara'...?


Saya ingat beberapa tahun lalu, ketika anak kakak2 saya masih kecil, jelas kedengaran meriam dihalakan tepat ke rumah kami jam 2-3 pagi... Anak2 kecil terjaga dan menangis! Sampai kemuncak, kami menghubungi Polis. Jawapan yang diterima malam itu sahaja mereka menerima terlalu banyak aduan sama, tetapi tidak dapat mengambil tindakan kerana hanya ada 2 orang polis sahaja yang bertugas menjaga balai...

itulah rintihan saya... Mungkin tidak salah menzahirkan kegembiraan, cuma jangan sampai jadi HARAM kerana banyak sebab antaranya:

  1. Duit yang digunakan untuk membakarnya adalah bukan tujuan fisabilillah, bukan tujuan kebajikan dan dikira membazir. Layakkah orang yang nak letupkan meriam berniat : Sahaja aku meletupkan karbaid ini, ikhlas fisabillah kerana Allah Ta'ala.. Mana boleh kan..?
  2. Bila terlalu gembira menyambut Syawal, seolah2nya menggambarkan gembira bebenolah nak tinggalkan RAMADHAN. seolah2 Ramadhan tu kesedihan... Mafhum muhalafahnya (antonim) begitu lah kan ? Sedangkan ALLAH memuliakan Ramadhan, menjadikan Ramadhan bulan barakah, dilimpahi rahmat dan keampunanNya.. Bulan yang dijanjikan ada satu malam yang terlebih baik dari 1,000 malam, LailatuQadr... Bulan diturunkan Al-Qur'an. Bulan yang ditunggu2 oleh orang2 yang soleh.. Allahu Akbar..

Semata-mata sisi mata hatiku sahaja.. Mungkin kawan2 lain punya pandangan tersendiri... Wallahua'lam...



Catatan dari sekeping hati,

Monday, September 14, 2009

Sahaja aku...

Salam.

InsyaAllah hujung minggu ni, saya dan suami akan menempuh perjalanan lebih 500km untuk mengunjungi ibubapa kami.. Perancangan balik kampung akan menyebabkan saya agak "tidak keruan" memikirkan keletihan dan kebosanan menempuh masa yang panjang..

Namun, berbekal niat ingin bertemu ayahbonda tercinta, biasanya semangat akan mengatasi segala perasaan yang tak best. untuk Menjadikan perjalanan berdua-dua dengan suami menjadi menarik, terpaksa lah saya dan Raja sentiasa 'refresh' beraneka aktiviti yang bersesuaian untuk menghilangkan kebosanan..


Ada masa Raja mengulang hafazan Al-Qur'an, dan saya menyemak bacaannya...


Kadang2 saya kumpul segala teka-teki dan saling berbalas...


Pantun biasanya memulai perjalanan... Yang paling saya tak tahan gelak bila Raja kata:
"Orang Arab pakai eegal,
Sapa lambat dia tinggal..."


Apalagi... balas ler saya..

"Orang Arab pakai eegal,
owwwhh.. ada hati nak tinggal....???"


Dan bekal perjalanan, selain minyak kenderaan yang mencukupi, jangan lupa top-up touch n' go tol anda..

Teringat peristiwa di Tol Sg Dua Penang, lewat musafir lalu, Raja memecah kesunyian bila tiba-tiba membaca sesuatu yang saya kurang pasti butir bicaranya semasa hendak mengetik kad tol... Yang kedengaran hanya "Sahaja aku...."

Bila saya tanyakan apa yang dibaca, Raja pun cakap:

"Sebenarnya tol-tol kat Malaysia ni pun macam Islamik.. terutamanya lorong touch n' go ni lah..." Naper pulak? "ermmm... sebab depa siap2 dah papan tanda peringatan minta niat bila nak bayar tol.. Sahaja aku ...

Hahaha... Mana ada.... Tu dia kata Touch n' go sahaja lah yang... hehehe...

Layankan jerlah lawak Raja ni. So, setiap kali nak hampiri pondok tol, saya pesan, jangan lupa niat!

Lastly, yang nak balik menempuh perjalanan jauh, berhati-hati di jalanraya. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik. pandu cermat jiwa selamat... Ingat orang tersayang... Niat kerana Allah ta'ala... moga musafir menyuburkan jiwa.. Melihat keagungan dan kebesaran Allah..

Ilal liqa'...



Catatan dari sekeping hati,

Tuesday, September 8, 2009

Slip-parrr



Salam..

Bila dah jadi pekasam, sangat lah susah untuk mencairkan kepala, menggerakkan tangan untuk mencatat. Hasilnya, jadilah blog suam-suam kuku yang hampir membeku.

So, hari ni pun sangat bizi. Saya cuba untuk menggerakkan jemari mengetuk keyboard, tanpa sebarang editing. Mudah2an berjaya memposting barang sepatah dua ayat...

Dalam draft gambo pun banyak, dalam kepala pun banyak idea... Banyak sangat sampai tu ler jadinya... tak tau mula mana dulu. tipu!!!!


Cerita dulu lah pasai selipar. Macam hodoh pelik jer tajuk yang dipilih kan... ahaks!


Kisah bermula.

Beberapa bulan lepas, sajer masukkan sekali dalam bajet bulanan, dan rajin macamana ntah berkenan beli selipar murah2. Bukan satu, dua, tiga, tapi banyakkk... tak ler sampai sedozen pulak. termasuk ler selipar2 Raja untuk sembahyang jumaat. Satu letak dalam kereta saya, satu kereta Raja, satu tinggal kat rumah.

Kat rumah baru di Changlun pun semua saya siapkan selipar. Pintu depan, pintu belakang, toilet atas, bawah, tepi, tengah... Bila kami nak tinggalkan rumah Changlun tu (ermmm... kami tak tinggal lagi di Changlun, masih sayang Sintok lagi, hari minggu jer lepak kat Changlun..) antara kerja saya ialah simpan selipar belakang masuk dalam rumah..

Nampak macam orang kedekut jer kan... tapi saya bilang pada Raja ... "walaupun selipar ni cuma sehengget lapan ploh seng sahaja, tapi kalau hilang pening kepala ooo... bila lagi kita nak gi pekan, nak kena singgah kedai, nak kena beratur bayar kat kaunter...." Alasan orang malas keluar shopping gitew ler... :)

Tapi syok bila Raja kata : Elok sebenonya orang pompuan terutamanya Isteri ni bersifat dengan kedekut. Kan kewajipan isteri jaga harta suami..."

Hehehe... Raja, awak nampak tak hidung saya dah kembang nih.... i likeeee...! puji2 lagi ekkk..


Sehingga ler kemuncak cerita berlaku minggu lepas...

Kami janji nak keluar buat urusan rasmi lepas jumaat.
2.30 pm... tak balik lagi. Sabar. Mungkin student2 datang jumpa tanya persoalan agama kot..
3.00 pm... tak muncul lagik
3.15 pm... 3.30 pm... uiksss! lambat dah abe nih...


Saya dah kulu kilir:
- juadah boka posa ikan bakar prepared!
- Spaggheti siap!
- tebas rumput, petik daun kunyit, petik limau, main kucing, semua buat dah sementara tunggu Raja balik sembahyang jumaat. kelibat tak muncul jugak.

3.45 pm baru muncul... Saya takmo guna mortar dan peluru, muka limau purut dan cuka masam semua sorok siap2. Saya sambut dengan senyum paling manis di Nusantara nih... hehehe... Kiranya masih terkawal lagi ler...

Cepat2 raja mulakan perbualan : "Isteri, Jangan marah saya tau! Memula student2 tu jumpa saya... Macam2 masalah depa tanya kat saya. Antaranya depa tanya macamana nak ubati hati bila hilang benda yang paling disayangi... (saya dah mula dapat meneka..!!)

"Bila saya keluar masjid SELIPAR saya BERTUKAR"..... (dibaca dengan hilang lagi...)

Kepala saya mula mencongak...
3 selipar yang dibekalkan :

1. Hilang di pondok masa pengajian
2. Hilang masa sembahyang jumaat di Masjid Lembah Keriang
3. ni hilang lagi pulak kat Masjid Sultan Badlishah..


Abess dah selipar dia. Raja ni kalau selipar atau barang dia bertukar atau hilang, dia takkan ambil orang lain punya, walaupun sah2 itu jer selipar yang iras2 dia punya yang tinggal.

Tapi Raja pesan : Ini juga temasuk dalam takdir Qada' dan Qadar ketentuan Allah... ditakdirkan dia hilang hari ni. dan saya kena sabar dan tunjuk contoh pada adik2 kita ni. Saya berkaki ayam. Berkaki ayam ni sebenarnya satu benda yang hina, tapi saya buat. Saya pinjam selipar salah seorang adik tu untuk ambil kereta. Mudah2an depa ambil pengajaran. Allah Maha mengetahui..."


Tetiba saya pun macam insaf... betul lah kan. Mujur saya tak marah2 Raja... Cian dia... Tapi saya sempat melawak ke dia... :Raja, saya ingat minggu depan awak kena buat gini ler kat selipar awak:





Hahaha... raja gelak... Ceria semula.

Walaupun dengan selipar, saya dapat pengajaran bahawa:

1. Kena sabar, redha dengan sekecil2 kehilangan atau sebesar2 perkara dalam hidup kita. Suhanallah, Maha suci Allah, Demi Allah, manusia itu tiada daya usaha walau sekecil zarrah menghalang atau menentukan takdirnya sendiri, kecuali semata-mata dengan kudrat dan iradat Allah s.w.t jua...

2. Saya bukan kedekut, tapi jaga harta suami... hehehe...


Sekian coretan ku kali ini. Layankan jer lah.....

Ilal liqa'...

Assalamu'alaikum wrh. wbt...