Harap2 tak terlambat untuk saya dan suami mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin... Mohon kemaafan sekiranya ada tersalah kata, tersentuh hati samaada di alam nyata, atau maya cyber... samada perbuatan lahir atau yang lahir dari hujung jari yang menekan keyboard.. Maafkan kami..
Bagi yang ganas sikit...
Sedih saya bila malam saat Ramadhan meninggalkan kita, langit di Meru dihujani dengan percikan meriam dan bom... Umpama bedilan roket, mortar dan peluru berpandu..Saya bersangka baik, mungkin ini persediaan diri kalau2 saya berada di medan peperangan sebenar... tapi hatiku tetap menolaknya...
Saya bukanlah anti sosial tak menghargai 'kemeriahan' menyambut syawal dengan gegak gempita mcm tu... cumanya, jangan ler keterlaluan...
Setiap tahun, mortar buluh dan yang sama waktu dengannya berkumandang tanpa henti... SEPANJANG MALAM sehingga saat Takbir Pertama Solat Aidilfitri... Bukankah lebih elok malam itu dipenuhi dengan puji-pujian kepada ALLAH... Syukurlah, hayat kita masih bernadi sehingga saat itu... Ramai dikalangan kita tidak sempat menjamah kemanisan Ramadhan bila nyawa bercerai dari badan.
Tahun ini saya perasan yang saya terlebih sensitif kepada masalah budaya masyarakat kita menyambut hariraya.. Mungkin saya sudah semakin tua..
Bila terbaca kisah budak umur 2 tahun lebur jemari akibat terpegang mercun bola, sana sini tangan putus, jari hilang, saya terfikir macamana nasib mereka bila besar nanti menjadi "orang yang tidak sempurna a.k.a cacat anggotanya"... Kalau berpunca dari perbuatan dan kelalaian sendiri, tergamak ker mereka bercerita kepada anak cucu mereka nanti "ni tangan atuk kudung sebab atuk main mercun"... Atau sudikah mereka keluar iklan anti mercun dengan dialog "Kalaulah saya tidak bermain mercun...." sambil merenung jari yang hilang....
Yang paling saya tak boleh terima adat (lucu pun ada), kisah benar yang berlaku. Akibat daripada meriam buluh ini, beberapa individu melibatkan ibu ayah bermasam muka, dua keluarga tidak bersapa.. akhirnya terputus silaturrahmi antara 2 saudara setahun lamanya... Syawal tahun berikutnya baru ala-ala pulih. Tapi adakah sama kejernihan silaturrahmi yang telah dicemari dengan maki hamun dan bermasam muka sebelumnya dengan silaturrahmi yang dituntut oleh syara'...?
Saya ingat beberapa tahun lalu, ketika anak kakak2 saya masih kecil, jelas kedengaran meriam dihalakan tepat ke rumah kami jam 2-3 pagi... Anak2 kecil terjaga dan menangis! Sampai kemuncak, kami menghubungi Polis. Jawapan yang diterima malam itu sahaja mereka menerima terlalu banyak aduan sama, tetapi tidak dapat mengambil tindakan kerana hanya ada 2 orang polis sahaja yang bertugas menjaga balai...
itulah rintihan saya... Mungkin tidak salah menzahirkan kegembiraan, cuma jangan sampai jadi HARAM kerana banyak sebab antaranya:
- Duit yang digunakan untuk membakarnya adalah bukan tujuan fisabilillah, bukan tujuan kebajikan dan dikira membazir. Layakkah orang yang nak letupkan meriam berniat : Sahaja aku meletupkan karbaid ini, ikhlas fisabillah kerana Allah Ta'ala.. Mana boleh kan..?
- Bila terlalu gembira menyambut Syawal, seolah2nya menggambarkan gembira bebenolah nak tinggalkan RAMADHAN. seolah2 Ramadhan tu kesedihan... Mafhum muhalafahnya (antonim) begitu lah kan ? Sedangkan ALLAH memuliakan Ramadhan, menjadikan Ramadhan bulan barakah, dilimpahi rahmat dan keampunanNya.. Bulan yang dijanjikan ada satu malam yang terlebih baik dari 1,000 malam, LailatuQadr... Bulan diturunkan Al-Qur'an. Bulan yang ditunggu2 oleh orang2 yang soleh.. Allahu Akbar..
Semata-mata sisi mata hatiku sahaja.. Mungkin kawan2 lain punya pandangan tersendiri... Wallahua'lam...
Catatan dari sekeping hati,
No comments:
Post a Comment