- Keletihan dlm perjalanan. Exit dari tol Alor Setar Selatan lewat pukul 1.30 tengahari.. Banyak kena settle urusan sebelum balik raya katanya.. Memula Raja ngantuk. Benti rehat solat, ZzzZzz... Saya ok, mata buntang jer lagik... Saya nak drive tak kasik.. Sebabnya Raja "takmo percaya" pada saya untuk drive di highway.. ----- errmmm, bukan kes besau pun.. Puncanya beberapa kali saya ganti drive dulu2 bila Raja mengantuk, saya kata next RnR saya akan kejutkan dia (lebih kurang jarak 30 minit perjalanan..) tapi saya pederaih pecut lepas 3-4 RnR sebab kesian nak gerak dia. Ada sekali saya kata akan pulangkan stering kereta kat Hentian Bukit Gantang, tapi sedo2 jaga saya dah menyusur terowong Menora (Bukit Perak) nak turun Jelapang dah... Bingit gak kena sound macam cikgu sekolah memandu bagi arahan kat student lagaknya... Kat Simpang Pulai baru saya .....bertukar!!!! Ada sekali tu pulak, dari Bukit Merah sampai exit Alor Setar baru saya gerak dia... Tobat lepas tu Raja tak kasik saya drive. demikian kisah panjang sebab no. 1 ye anak-anak semua....
- Sebab no.2 ialah dah 3-4 jam berjalanan, sayala pulak mengantuk kan... Posa katanya... Dah tak bagi orang drive, saya pulak ler kroooh..kroooh... Selalunya tugas saya sebagai co-pilot ialah tekan punat window dan hulur kad TnGo pada Raja... Ni dah tido, terkial2 ler Raja buat urusan sendiri..
- Dan sobab terakhirlah gamaknya... Alhamdulillah, rezeki tahun ni, pulang beraya dengan Raja nyer new car... So tak familiar lagi nak letak kad tu kat mana... sat kat gearbox, sat kat dashboard... Cupboard jerlah takdok...
Tapi kan... ini ada satu tips yang tak boleh pakai punyalah...
Masa exit Jalan Duta tu, Raja sua resit top-up ni dengan note RM50. Tau2lah waktu puncak di Jalan Duta, bukan sikit2 punya kereta... Kami berdebor sebab bimbang malu dan kesian org baris panjang kat belakang kereta. Tapi sebaliknya pulak berlaku, sikit punya gabralah adik Tollgate tu nak settlekan urusan kami..
Minit2 berikutnya saya kata kat Raja " cuba awak gedik2kan tangan kat luar tingkap tu, nampak ler kita lama tunggu dia buat. Takde lah orang kata kita yg tak bagi duit kan..." dengan melawaknya Raja pun ikut ler idea kureng bernas saya tu... Geh...geh... dan hasilnya, pengawal menara kat Jalan Duta tu minta kami dilepaskan tanpa penalti, mungkin sebab kenderaan makin banyak... Ini juga membawa pengertian bahawa perjalanan kami hari itu ditaja oleh PLUS Highway.. huhu... Rasa nak menangis jer time tu... Alhamdulillah... terima kasih PLUS, saya ni pun bukan sapa dengan PLUS ni, pengguna tegar apa... hiks!
Jangan tiru aksi ini yer anak-anak semua... kah..kah..kah... Belum tentu anda menerima kebertuahan sebegitu rupa..
Sekian, coretan utk kali ini... Wasallam...
5 comments:
haha... part gedik tgn tu yg tak tahan tu.. masa muda2 dulu ada jugak pengalaman sama.. malangnya takdak tips mcm ni.. ;)
hehehe.. Ni mana yg jadi panduan, mana yg tips atau mana yg mengarut pun tak tahulah... Tapi Kisah Benar yg boleh didramakan... hehehe.. isteri katun tu ler jadinya...
ok gak hilang kad TnG...abang belah terus tiang TnG..siren bunyi macam kena serang tentera jepun zaman Malaya..pecut tak sangka, nasib baik tak dak pulak peronda PLUS kejor
boleh bygkan mcm mana gabranya raja dan bini raja...hikhikhik.
lin dah lawat blog baru akak?... terpaksa tukar blog lg...
Kad touch n go saya hilang ... boleh tak I apply baru kat online
Post a Comment