Thursday, November 12, 2009

Panduan Hilang Kad TnG

Assalamu'alaikum dan salam satu Malaysia... (uhuk..uhuk...)


Kali ni gagah nak mencatat pasal panduan penting bagi pengembara seperti saya ini.. (pengembara sangat lah katanya...!!). Sebenonya kisahnya dah jadi jeruk limau pekasam, tapi tak sempatlah nak tepek kat blog.. errmmm... alasan biasalah tu kan..

Rasanya macam kena 'tulah dan daulat' sebelum balik raya aidilfitri tempohari ada cerita pasal touch n'go kan.. (yang sebenarnya Ditaqdirkan belaka..)


Senang cerita, balik raya hari tu kami kehilangan kad touch n' go selepas melalui beberapa tol gate.. Perasan kat Tapah kad yilek pocik nehi babuji doohhh...


Setelah melakukan post-mortem, didapati antara asbab berlakunya kehilangan kad tersebut adalah:
  1. Keletihan dlm perjalanan. Exit dari tol Alor Setar Selatan lewat pukul 1.30 tengahari.. Banyak kena settle urusan sebelum balik raya katanya.. Memula Raja ngantuk. Benti rehat solat, ZzzZzz... Saya ok, mata buntang jer lagik... Saya nak drive tak kasik.. Sebabnya Raja "takmo percaya" pada saya untuk drive di highway.. ----- errmmm, bukan kes besau pun.. Puncanya beberapa kali saya ganti drive dulu2 bila Raja mengantuk, saya kata next RnR saya akan kejutkan dia (lebih kurang jarak 30 minit perjalanan..) tapi saya pederaih pecut lepas 3-4 RnR sebab kesian nak gerak dia. Ada sekali saya kata akan pulangkan stering kereta kat Hentian Bukit Gantang, tapi sedo2 jaga saya dah menyusur terowong Menora (Bukit Perak) nak turun Jelapang dah... Bingit gak kena sound macam cikgu sekolah memandu bagi arahan kat student lagaknya... Kat Simpang Pulai baru saya .....bertukar!!!! Ada sekali tu pulak, dari Bukit Merah sampai exit Alor Setar baru saya gerak dia... Tobat lepas tu Raja tak kasik saya drive. demikian kisah panjang sebab no. 1 ye anak-anak semua....
  2. Sebab no.2 ialah dah 3-4 jam berjalanan, sayala pulak mengantuk kan... Posa katanya... Dah tak bagi orang drive, saya pulak ler kroooh..kroooh... Selalunya tugas saya sebagai co-pilot ialah tekan punat window dan hulur kad TnGo pada Raja... Ni dah tido, terkial2 ler Raja buat urusan sendiri..
  3. Dan sobab terakhirlah gamaknya... Alhamdulillah, rezeki tahun ni, pulang beraya dengan Raja nyer new car... So tak familiar lagi nak letak kad tu kat mana... sat kat gearbox, sat kat dashboard... Cupboard jerlah takdok...

Kami pun tak pecut laju sebab hujan lebat sepanjang lebuhraya... 6.30pm berhenti di Tapah utk tapau juadah berbuka puasa.. Rasanya kad tu cicir kat Tapah ni. Saya mula sedar kad yilek pocik... waduh... Dobar jugak ler.. Berhenti di Hentian Jejantas Sungai Buluh meredah hujan menyelongkar kereta mencari kad talian nyawa kereta tuh... Pasrah! kad non-adooo....


oKeylah semua... terus kepada panduan apabila kad hilang:


Pertama : Buat2 terkejut, kalut2 geledah ler kenderaan anda carik sampai tak jumpa... Tak jumpa kalu, go to next step... (hohoho... ini idea Raja nih...)


Kedua: Anda kena exit di laluan Tunai... Anda akan dikenakan panelti mengikut jarak terjauh atau termahal, mana yang lebih melampau (ayat saya ni... PLUS, jgn marah ekkk..). Oleh kerana saya exit Jalan Duta, so depa charge saya ; samada daripada Skudai (RM49++) atau daripada Juru (RM44++) sah-sah ler kena charge harga dari Skudai kan... Pasrah ler kopak duit hengget anda..


Ketiga : Kalu time tu office-hour, dan berasa tak kaya, sayang kad tu ada banyak RM lagi, sudi2lah terminate card tu dengan menalipon talian hayat PlusCare: 03-762805115. Ikut ler arahan tertera. Tekan 1 utk Bahasa, Tekan 2 for English... bla...bla... Kalau tak ikut arahan gerenti tak dapek ler nak cakap ngan operator dia kan... Baki balance dlm kad tu akan dipulangkan dalam bentuk cheque dlm tempoh sebulan daripada report (tapi saya dpt refund tak sampai 2 minggu... Alhamdulillah..) . Peringatan: Pastikan anda menyimpan resit top-up touch n'go anda, sebab kat situ ada no PlusCare tu selain dia akan minta no. mfg yg tertera kat resit tu... dan pastikan masa beli kad tn'g tu anda mendaftarkan diri. Tapi lani memang semua kad tn'g register kan.. sekian...





Tapi kan... ini ada satu tips yang tak boleh pakai punyalah...

Masa exit Jalan Duta tu, Raja sua resit top-up ni dengan note RM50. Tau2lah waktu puncak di Jalan Duta, bukan sikit2 punya kereta... Kami berdebor sebab bimbang malu dan kesian org baris panjang kat belakang kereta. Tapi sebaliknya pulak berlaku, sikit punya gabralah adik Tollgate tu nak settlekan urusan kami..

Minit2 berikutnya saya kata kat Raja " cuba awak gedik2kan tangan kat luar tingkap tu, nampak ler kita lama tunggu dia buat. Takde lah orang kata kita yg tak bagi duit kan..." dengan melawaknya Raja pun ikut ler idea kureng bernas saya tu... Geh...geh... dan hasilnya, pengawal menara kat Jalan Duta tu minta kami dilepaskan tanpa penalti, mungkin sebab kenderaan makin banyak... Ini juga membawa pengertian bahawa perjalanan kami hari itu ditaja oleh PLUS Highway.. huhu... Rasa nak menangis jer time tu... Alhamdulillah... terima kasih PLUS, saya ni pun bukan sapa dengan PLUS ni, pengguna tegar apa... hiks!



Jangan tiru aksi ini yer anak-anak semua... kah..kah..kah... Belum tentu anda menerima kebertuahan sebegitu rupa..




Sekian, coretan utk kali ini... Wasallam...


5 comments:

Anonymous said...

haha... part gedik tgn tu yg tak tahan tu.. masa muda2 dulu ada jugak pengalaman sama.. malangnya takdak tips mcm ni.. ;)

Linz said...

hehehe.. Ni mana yg jadi panduan, mana yg tips atau mana yg mengarut pun tak tahulah... Tapi Kisah Benar yg boleh didramakan... hehehe.. isteri katun tu ler jadinya...

pelangifirdausi said...

ok gak hilang kad TnG...abang belah terus tiang TnG..siren bunyi macam kena serang tentera jepun zaman Malaya..pecut tak sangka, nasib baik tak dak pulak peronda PLUS kejor

Anonymous said...

boleh bygkan mcm mana gabranya raja dan bini raja...hikhikhik.
lin dah lawat blog baru akak?... terpaksa tukar blog lg...

Unknown said...

Kad touch n go saya hilang ... boleh tak I apply baru kat online