Tuesday, September 8, 2009

Slip-parrr



Salam..

Bila dah jadi pekasam, sangat lah susah untuk mencairkan kepala, menggerakkan tangan untuk mencatat. Hasilnya, jadilah blog suam-suam kuku yang hampir membeku.

So, hari ni pun sangat bizi. Saya cuba untuk menggerakkan jemari mengetuk keyboard, tanpa sebarang editing. Mudah2an berjaya memposting barang sepatah dua ayat...

Dalam draft gambo pun banyak, dalam kepala pun banyak idea... Banyak sangat sampai tu ler jadinya... tak tau mula mana dulu. tipu!!!!


Cerita dulu lah pasai selipar. Macam hodoh pelik jer tajuk yang dipilih kan... ahaks!


Kisah bermula.

Beberapa bulan lepas, sajer masukkan sekali dalam bajet bulanan, dan rajin macamana ntah berkenan beli selipar murah2. Bukan satu, dua, tiga, tapi banyakkk... tak ler sampai sedozen pulak. termasuk ler selipar2 Raja untuk sembahyang jumaat. Satu letak dalam kereta saya, satu kereta Raja, satu tinggal kat rumah.

Kat rumah baru di Changlun pun semua saya siapkan selipar. Pintu depan, pintu belakang, toilet atas, bawah, tepi, tengah... Bila kami nak tinggalkan rumah Changlun tu (ermmm... kami tak tinggal lagi di Changlun, masih sayang Sintok lagi, hari minggu jer lepak kat Changlun..) antara kerja saya ialah simpan selipar belakang masuk dalam rumah..

Nampak macam orang kedekut jer kan... tapi saya bilang pada Raja ... "walaupun selipar ni cuma sehengget lapan ploh seng sahaja, tapi kalau hilang pening kepala ooo... bila lagi kita nak gi pekan, nak kena singgah kedai, nak kena beratur bayar kat kaunter...." Alasan orang malas keluar shopping gitew ler... :)

Tapi syok bila Raja kata : Elok sebenonya orang pompuan terutamanya Isteri ni bersifat dengan kedekut. Kan kewajipan isteri jaga harta suami..."

Hehehe... Raja, awak nampak tak hidung saya dah kembang nih.... i likeeee...! puji2 lagi ekkk..


Sehingga ler kemuncak cerita berlaku minggu lepas...

Kami janji nak keluar buat urusan rasmi lepas jumaat.
2.30 pm... tak balik lagi. Sabar. Mungkin student2 datang jumpa tanya persoalan agama kot..
3.00 pm... tak muncul lagik
3.15 pm... 3.30 pm... uiksss! lambat dah abe nih...


Saya dah kulu kilir:
- juadah boka posa ikan bakar prepared!
- Spaggheti siap!
- tebas rumput, petik daun kunyit, petik limau, main kucing, semua buat dah sementara tunggu Raja balik sembahyang jumaat. kelibat tak muncul jugak.

3.45 pm baru muncul... Saya takmo guna mortar dan peluru, muka limau purut dan cuka masam semua sorok siap2. Saya sambut dengan senyum paling manis di Nusantara nih... hehehe... Kiranya masih terkawal lagi ler...

Cepat2 raja mulakan perbualan : "Isteri, Jangan marah saya tau! Memula student2 tu jumpa saya... Macam2 masalah depa tanya kat saya. Antaranya depa tanya macamana nak ubati hati bila hilang benda yang paling disayangi... (saya dah mula dapat meneka..!!)

"Bila saya keluar masjid SELIPAR saya BERTUKAR"..... (dibaca dengan hilang lagi...)

Kepala saya mula mencongak...
3 selipar yang dibekalkan :

1. Hilang di pondok masa pengajian
2. Hilang masa sembahyang jumaat di Masjid Lembah Keriang
3. ni hilang lagi pulak kat Masjid Sultan Badlishah..


Abess dah selipar dia. Raja ni kalau selipar atau barang dia bertukar atau hilang, dia takkan ambil orang lain punya, walaupun sah2 itu jer selipar yang iras2 dia punya yang tinggal.

Tapi Raja pesan : Ini juga temasuk dalam takdir Qada' dan Qadar ketentuan Allah... ditakdirkan dia hilang hari ni. dan saya kena sabar dan tunjuk contoh pada adik2 kita ni. Saya berkaki ayam. Berkaki ayam ni sebenarnya satu benda yang hina, tapi saya buat. Saya pinjam selipar salah seorang adik tu untuk ambil kereta. Mudah2an depa ambil pengajaran. Allah Maha mengetahui..."


Tetiba saya pun macam insaf... betul lah kan. Mujur saya tak marah2 Raja... Cian dia... Tapi saya sempat melawak ke dia... :Raja, saya ingat minggu depan awak kena buat gini ler kat selipar awak:





Hahaha... raja gelak... Ceria semula.

Walaupun dengan selipar, saya dapat pengajaran bahawa:

1. Kena sabar, redha dengan sekecil2 kehilangan atau sebesar2 perkara dalam hidup kita. Suhanallah, Maha suci Allah, Demi Allah, manusia itu tiada daya usaha walau sekecil zarrah menghalang atau menentukan takdirnya sendiri, kecuali semata-mata dengan kudrat dan iradat Allah s.w.t jua...

2. Saya bukan kedekut, tapi jaga harta suami... hehehe...


Sekian coretan ku kali ini. Layankan jer lah.....

Ilal liqa'...

Assalamu'alaikum wrh. wbt...

3 comments:

Anonymous said...

cik lin berjaya mmberi pengajaran yg besar hanya dgn cerita selipar! sememangnya tiada yg mnjadi milik kita yang abadi di dunia ni.. (mode insaf).. btw, cik abe akak pun selalu takdak rezki selipar jugak.. dah berpasang2 hilang! terbaru, 3 hari lepas.. selipar mak mertua dia yg dipinjam utk ke terawikh telah dicuri!! dh la pinjam org munye.. adoiii....

Linz said...

hahaha... gelak besau den baco ni hah.. Kes naya.

ummi nazihah said...

baca entry insaf sekejap, tapi bila perasan akan keadaan selipar kat bawah tu, den ketawo sampai keluar air mato...

tak patut betul lin buat selipar tu macam tu...

bersangka baik aje dengan oarng ambik selipar raja tu, maybe dia pakcik tua yang kelabu mata tak nampak apa2