
Melakar rasa dan fikiran dari hati, Mengetuk jemari, Diinterpretasi dengan faham dan ilmu.. Barakallah..
Tuesday, August 26, 2008
Monday, August 25, 2008
P.h.D ~~Pondok ke2 ku...
pondok Pengajian Al-Imaniah, Pondok Buluh Nipis, mukim Napoh, Jitra Kedah diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Ibrahim Mohd Isa. Pondok ni tak berapa lama sangat dibangunkan. sekitar setahun ni jaa..
Inilah keadaan tempat pengajian/surau yang masih belum sempurna..
Sunday, August 24, 2008
Mari Mengaji
Pengajian ku di Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Gajah Teriak ni masuk tahun ke2. Berkat doa dan kesabaran suami 'mengheret' ku ke alam pengajian, aku terpilih juga untuk mengaji disaat-saat usiaku meniti hari TUA!. Alhamdulillah, syukur ku pada Tuhan kerana membuka pintu hati, meluaskan peluang untuk terus ku menimba ilmuNya..
Alhamdulillah ada beberapa buah kitab dah khatam, antaranya:
Tauhid : Minhaj Ahl al-Haq li Takmil Risalah al-Haq susunan T.G Khairul Anuar bin Syafiee al-Balasi al-Qadahi
Tasauf : Kitab Hidayatul Salikin karangan Sheikh Abdul al-Samad Palembani
Tauhid : Misbahul Munir susunan T.G Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani
Fiqh : Munyatul Mushalli karangan al-'Alim Tuan Sheikh DAud bin Abdullah Al-Fathani
Friday, August 22, 2008
P.h.D ~~Pondok Highest Degree ku...
Mudir : Tuan Guru Mohd Khairul Anuar Shafie
Kelas Umumi : Setiap Sabtu 8.30am - 10.30am
Persekitaran Masjid tempat pengajian. Baru siap dibina sekitar 2 tahun.
Pondok-pondok untuk warga yang dah berkeluarga... Biasanya warga tua yang komited untuk tinggal di kawasan pondok nih.
Kawasan kejiranan pondok-pondok pelajar. Semuanya Banin (lelaki). terletak di lereng bukit.
Lebih jelas. Pondok pelajar di lereng bukit. Teratur dan kemas.. sejuk mata memandang. Sebuah pondok untuk seorang pelajar. Ada lebih kurang 30 buah pondok untuk untuk yang bujang belia nih..
Balik nun, Rumah Tuan Guru seberang sungai...
Selesa, memang selesa. Apatah lagi pengajian percuma, tadah kitab, nganga.. Never learn kat universiti sekalipun.. hebat..hebat!
~~GEMBIRA BILA ILMU SAMPAI KE DALAM HATI DAN JIWA~~
Cuti skula ku berakhir..
~~Kalau diberi pilihan, biarlah hidup bersama~~