Showing posts with label Musafir. Show all posts
Showing posts with label Musafir. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Panduan Hilang Kad TnG

Assalamu'alaikum dan salam satu Malaysia... (uhuk..uhuk...)


Kali ni gagah nak mencatat pasal panduan penting bagi pengembara seperti saya ini.. (pengembara sangat lah katanya...!!). Sebenonya kisahnya dah jadi jeruk limau pekasam, tapi tak sempatlah nak tepek kat blog.. errmmm... alasan biasalah tu kan..

Rasanya macam kena 'tulah dan daulat' sebelum balik raya aidilfitri tempohari ada cerita pasal touch n'go kan.. (yang sebenarnya Ditaqdirkan belaka..)


Senang cerita, balik raya hari tu kami kehilangan kad touch n' go selepas melalui beberapa tol gate.. Perasan kat Tapah kad yilek pocik nehi babuji doohhh...


Setelah melakukan post-mortem, didapati antara asbab berlakunya kehilangan kad tersebut adalah:
  1. Keletihan dlm perjalanan. Exit dari tol Alor Setar Selatan lewat pukul 1.30 tengahari.. Banyak kena settle urusan sebelum balik raya katanya.. Memula Raja ngantuk. Benti rehat solat, ZzzZzz... Saya ok, mata buntang jer lagik... Saya nak drive tak kasik.. Sebabnya Raja "takmo percaya" pada saya untuk drive di highway.. ----- errmmm, bukan kes besau pun.. Puncanya beberapa kali saya ganti drive dulu2 bila Raja mengantuk, saya kata next RnR saya akan kejutkan dia (lebih kurang jarak 30 minit perjalanan..) tapi saya pederaih pecut lepas 3-4 RnR sebab kesian nak gerak dia. Ada sekali saya kata akan pulangkan stering kereta kat Hentian Bukit Gantang, tapi sedo2 jaga saya dah menyusur terowong Menora (Bukit Perak) nak turun Jelapang dah... Bingit gak kena sound macam cikgu sekolah memandu bagi arahan kat student lagaknya... Kat Simpang Pulai baru saya .....bertukar!!!! Ada sekali tu pulak, dari Bukit Merah sampai exit Alor Setar baru saya gerak dia... Tobat lepas tu Raja tak kasik saya drive. demikian kisah panjang sebab no. 1 ye anak-anak semua....
  2. Sebab no.2 ialah dah 3-4 jam berjalanan, sayala pulak mengantuk kan... Posa katanya... Dah tak bagi orang drive, saya pulak ler kroooh..kroooh... Selalunya tugas saya sebagai co-pilot ialah tekan punat window dan hulur kad TnGo pada Raja... Ni dah tido, terkial2 ler Raja buat urusan sendiri..
  3. Dan sobab terakhirlah gamaknya... Alhamdulillah, rezeki tahun ni, pulang beraya dengan Raja nyer new car... So tak familiar lagi nak letak kad tu kat mana... sat kat gearbox, sat kat dashboard... Cupboard jerlah takdok...

Kami pun tak pecut laju sebab hujan lebat sepanjang lebuhraya... 6.30pm berhenti di Tapah utk tapau juadah berbuka puasa.. Rasanya kad tu cicir kat Tapah ni. Saya mula sedar kad yilek pocik... waduh... Dobar jugak ler.. Berhenti di Hentian Jejantas Sungai Buluh meredah hujan menyelongkar kereta mencari kad talian nyawa kereta tuh... Pasrah! kad non-adooo....


oKeylah semua... terus kepada panduan apabila kad hilang:


Pertama : Buat2 terkejut, kalut2 geledah ler kenderaan anda carik sampai tak jumpa... Tak jumpa kalu, go to next step... (hohoho... ini idea Raja nih...)


Kedua: Anda kena exit di laluan Tunai... Anda akan dikenakan panelti mengikut jarak terjauh atau termahal, mana yang lebih melampau (ayat saya ni... PLUS, jgn marah ekkk..). Oleh kerana saya exit Jalan Duta, so depa charge saya ; samada daripada Skudai (RM49++) atau daripada Juru (RM44++) sah-sah ler kena charge harga dari Skudai kan... Pasrah ler kopak duit hengget anda..


Ketiga : Kalu time tu office-hour, dan berasa tak kaya, sayang kad tu ada banyak RM lagi, sudi2lah terminate card tu dengan menalipon talian hayat PlusCare: 03-762805115. Ikut ler arahan tertera. Tekan 1 utk Bahasa, Tekan 2 for English... bla...bla... Kalau tak ikut arahan gerenti tak dapek ler nak cakap ngan operator dia kan... Baki balance dlm kad tu akan dipulangkan dalam bentuk cheque dlm tempoh sebulan daripada report (tapi saya dpt refund tak sampai 2 minggu... Alhamdulillah..) . Peringatan: Pastikan anda menyimpan resit top-up touch n'go anda, sebab kat situ ada no PlusCare tu selain dia akan minta no. mfg yg tertera kat resit tu... dan pastikan masa beli kad tn'g tu anda mendaftarkan diri. Tapi lani memang semua kad tn'g register kan.. sekian...





Tapi kan... ini ada satu tips yang tak boleh pakai punyalah...

Masa exit Jalan Duta tu, Raja sua resit top-up ni dengan note RM50. Tau2lah waktu puncak di Jalan Duta, bukan sikit2 punya kereta... Kami berdebor sebab bimbang malu dan kesian org baris panjang kat belakang kereta. Tapi sebaliknya pulak berlaku, sikit punya gabralah adik Tollgate tu nak settlekan urusan kami..

Minit2 berikutnya saya kata kat Raja " cuba awak gedik2kan tangan kat luar tingkap tu, nampak ler kita lama tunggu dia buat. Takde lah orang kata kita yg tak bagi duit kan..." dengan melawaknya Raja pun ikut ler idea kureng bernas saya tu... Geh...geh... dan hasilnya, pengawal menara kat Jalan Duta tu minta kami dilepaskan tanpa penalti, mungkin sebab kenderaan makin banyak... Ini juga membawa pengertian bahawa perjalanan kami hari itu ditaja oleh PLUS Highway.. huhu... Rasa nak menangis jer time tu... Alhamdulillah... terima kasih PLUS, saya ni pun bukan sapa dengan PLUS ni, pengguna tegar apa... hiks!



Jangan tiru aksi ini yer anak-anak semua... kah..kah..kah... Belum tentu anda menerima kebertuahan sebegitu rupa..




Sekian, coretan utk kali ini... Wasallam...


Thursday, October 22, 2009

Alor Setar Langgar Kangar!



Isk lah... kemalasan tahap maksima di alam maya pada...
Alangkan nak menepek gambar ni pun berjangguit ler...

Sekadar mengisi kekosongan di blog usang.

Papan tanda yang bila dibunyikan : Alor Setar Langgar Kanggar.

Ada satu tempat pulak : Gajah Mati Langgar Pokok Sena

Sekian dulu. Mudah2an dilembutkan jari untuk mencatat... Sarat idea dalam kepala nih...
Catatan dari sekeping hati,




Monday, September 14, 2009

Sahaja aku...

Salam.

InsyaAllah hujung minggu ni, saya dan suami akan menempuh perjalanan lebih 500km untuk mengunjungi ibubapa kami.. Perancangan balik kampung akan menyebabkan saya agak "tidak keruan" memikirkan keletihan dan kebosanan menempuh masa yang panjang..

Namun, berbekal niat ingin bertemu ayahbonda tercinta, biasanya semangat akan mengatasi segala perasaan yang tak best. untuk Menjadikan perjalanan berdua-dua dengan suami menjadi menarik, terpaksa lah saya dan Raja sentiasa 'refresh' beraneka aktiviti yang bersesuaian untuk menghilangkan kebosanan..


Ada masa Raja mengulang hafazan Al-Qur'an, dan saya menyemak bacaannya...


Kadang2 saya kumpul segala teka-teki dan saling berbalas...


Pantun biasanya memulai perjalanan... Yang paling saya tak tahan gelak bila Raja kata:
"Orang Arab pakai eegal,
Sapa lambat dia tinggal..."


Apalagi... balas ler saya..

"Orang Arab pakai eegal,
owwwhh.. ada hati nak tinggal....???"


Dan bekal perjalanan, selain minyak kenderaan yang mencukupi, jangan lupa top-up touch n' go tol anda..

Teringat peristiwa di Tol Sg Dua Penang, lewat musafir lalu, Raja memecah kesunyian bila tiba-tiba membaca sesuatu yang saya kurang pasti butir bicaranya semasa hendak mengetik kad tol... Yang kedengaran hanya "Sahaja aku...."

Bila saya tanyakan apa yang dibaca, Raja pun cakap:

"Sebenarnya tol-tol kat Malaysia ni pun macam Islamik.. terutamanya lorong touch n' go ni lah..." Naper pulak? "ermmm... sebab depa siap2 dah papan tanda peringatan minta niat bila nak bayar tol.. Sahaja aku ...

Hahaha... Mana ada.... Tu dia kata Touch n' go sahaja lah yang... hehehe...

Layankan jerlah lawak Raja ni. So, setiap kali nak hampiri pondok tol, saya pesan, jangan lupa niat!

Lastly, yang nak balik menempuh perjalanan jauh, berhati-hati di jalanraya. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik. pandu cermat jiwa selamat... Ingat orang tersayang... Niat kerana Allah ta'ala... moga musafir menyuburkan jiwa.. Melihat keagungan dan kebesaran Allah..

Ilal liqa'...



Catatan dari sekeping hati,

Friday, May 8, 2009

Last, but not least..

19 Mac 2008
Khamis
Final Day di Jakarta.

Must visit.
Dalam ittenary kawasan yang wajib dilawati ialah Museum.
Mujur juga masa tak cukup panjang di Jakarta. takde la pergi semua muzium.
Masa kat Sarawak, dah ler kebanyakkan muzium dok dedekat,
habis seharian dok di muzium khas untuk Raja.


Nasional Museum. entry fees Rupiah 750 = RM0.25sen kita jer..
masih mengagungkan hinduisme dalam budaya Indonesia.

Cuma pak Supir kami memberitahu, masyarakat Indonesia disogokkan dengan pemalsuan sejarah sendiri.. Banyak nak dikisahkan... kesian...kesian...


Sajer lah nak tunjuk minatku pada sejarah... hehehe...
kain yang ditenun sendiri oleh Ibu Raden Adjeng Kartini..

Tak lama sangat di muzium, sebab... ermmm...


Sebab ada rupiah lagi nak dihabiskan di Tanah Abang, Jakarta.. ;)
Kompleks membeli belah ala2 arked ibukota lah untuk masyarakat marhain macam saya ni hah..
Ada banyak lantai (tingkat) include foodcourt dan Masjid di tingkat atas.
Last picture yang boleh dirakam sebelum kamera buat perangai...

Dahh... Selamat pulang ke tanahair tercinta....






Thursday, May 7, 2009

Jalan Sabang, Jakarta


Bismillahi al-rahman al-rahim

Belum selesai lagi bicara lewat musafir lalu...


Kalau tak silap saya, Jalan Sabang ni nama manja bagi Jalan K.H Wahid Hashim. KH tu stand for Kiyai Haji kot ek?? yelah kot... sebab banyak kekonfiusan disitu... whatever..

Sepagian ni jalan-jalan cari makan kat sekitar hotel penginapan.. Nampak pintu gerbang Jalan Sabang. Menyusur le kami suami isteri... 6.00 pagi disana macam dah pkl 8.00am kita... Tapi jalan belum jammed lagi..


Uniknya kawasan penginapan ku ni:

1. supirku bilang macam Golden Tringle Jakarta ler.. Tempat biasa berlaku rusuhan dan demonstrasi... uikssss! seram aku dongar!! Lagi pulak time tu tengah panas kempen PEMILU... adoiyaaa... Alhamdulillah, Allah lindung.


2. antara jam 7.00am - 7.00pm, semua kenderaan yang dipandu seorang diri akan dikompaun dan disaman.. Rasionalnya supir ku bilang untuk menggalakkan car pool dan mengelak maksiat. Patutler balik dari MONAS (Monumen Nasional- Dekat banget dengan hotel) malam tu berderet manusia tunjuk 1 jari tahan kenderaan. dengan bayaran 10k rupiah, mereka menawarkan diri untuk menjadi penumpang, nak elak pemandu tu kena saman... keh..keh... kelakor ler... Kerana itu juga, supir kami Pak Agung siap menunggu di lobi hotel seawal 6.30am.



Singgah makan di Warung Desa, Jalan Sabang.


Sesuai ler ngan jiwa dan bajet... Harga okesss...


Pemiliknya punyai deretan kedai2 makanan tempatan, makanan Arab, Money Changer dan bisnes2 lain. Haji Takiyudin kalau tak silap owner nya..
Gaya2 macam orang Arab.



Nasi Ayam penyet.. (Nasi Ayam Goreng) untuk Raja...
Shiaaannn dia, kena catu makan yer..??
Saya risau awak shakit poyot... Balik Melesia kita masak untuk awak yeak..

Bakso untuk saya!
Pemandangan sepanjang jalan.
Lorong2 tikuih untuk menjamu selera di jalanan..


Peniaga runcit

Masih ada lagi parut ais..

Teh Botol di Indonesia ni dah jadi macam CocaCola gamaknya
Lori dia pun sebijik dah macam tu.
Pak Agung bilang: Iyah.. Teh botol itu cocok sama tekak saya..
Saya mintak sikit Raja punyer Teh Botol... alamak!
Rasa macam teh campur bunga melor selit kat kepala org India jer...
ulpsss.. ;/

Ini Bajjaj namanya. Yang kaler merah sajer nama bajjaj.
Ada se lagi yang kaler biru nama apa ntah..

Teksi chanteek chanteek... bas buyuk.. hehe..
Sekian info trafik anda dibawakan oleh Isteri Raja...

Wednesday, May 6, 2009

Kembang Pare, Bandung

Bismillahi al-rahman al-rahim.

Sebab payah sangat-sangat dan sangat nak upload gambo ni ler, semua entri jadi terbantut selama berbulan-bulan... yolah tuh.. tipu jer..

Walaupun saya dah wujud sindrom kemalasan utk stori mori our travel sebulan yg lalu, tapi mengenangkan blog saya ni kan catatan perakam masa doraemon... Harus juga tepek catatan pengembaraanku.. Untuk rekod dan panduan, insyaAllah...

Tempat makan kami di Kota Bandung namanya Kembang Pare... address dan ctck number saya tauk mana ntah... jumpa kang saya hapdet. More to Makanan Sunda.. Ni Kak Aida ler yg beriya2 nak makan sini. Sebab last trip dia ke Bandung dia makan kat sini. Then sebab lain dia kata makanan ala-carte. So, insyaAllah makanan baru dimasak...

Halal, ada toilet dan surau jugak...Selesa dan bersih..

Banyak pilihan tempat duduk... Kami pilih yang bersila di tingkat atas..
Minuman acik ayin & Raja

Coctail Cica yang diserbat oleh aciknya..


Taugeh goreng ikan masin


Ikan sweet sour

Tempe goreng yang sangat lembut dan sedap..
Hingga diorder berpinggan-pinggan

Ayam goreng serunding
(akut acik tengok tau!)


Alhamdulillah...
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut tambah ibadat dekatkan Allah dengan hati...


**Ni kes takut makanan berkuah, order yang bisa mencekik tekak... Alhamdulillah kenyang dan selamat. ;)

Wednesday, April 22, 2009

Route to Kota Bandung

18 Mac 2009 / 21 rabiul Awal 1430H


Perjalanan Jakarta ke Kota Bandung seputar 2 jam melalui highway. Tang highway, Malaysia kelasss lagi ler.. Tapi di indonesia, R&R nya banyak dan mudah ditemui. Semua lengkap dengan petrol station, McD, KFC Foodcourt dll...



Ni kalau Dewan Bahasa & Pustaka nampak mesti jadi isu nih...



Ini antara R&R yang sempat snap.. maklum ler saya kan sayang ZzzzZzz saya lagi..


Sampei udah Kota Bandung ya ibu2 bapak2... Kiri kanan kedai,kedai, dan kedai.. Banyak outlet2 kilang tapi semua kami tak singgah..

Satu....

Ni, tetiba saya tercelik mata terus shoot gambar..



Dua...





Tiga...

Tiga gambar pengemis ni di deretan jalan yang sama...

Pastu saya sambung ZZzzzZZzz lagi... hiks!


Oh yer... Time kami berkunjung ni, Indonesia tengah kalut kempen PEMILU (Pilihanraya Umum untuk memilih Presiden) yang sangat kontroversi tu kan.. So, sepanjang jalan penuh sepanduk dan jugak kempen2 parti, sampai hafal ler tema2 partai depa tuh..

Kami singgah di Toko Tiga, Jalan Jenderal Ahmad Yani..
Penggemar seluar jeans original, boleh look-look disini yer..


Saya ala-ala bingung ler, nak carik apa kat sini?? Bukan pakai jeans pun...


Ronda punya ronda, ku temui T-Shirt lengan panjang berkolar..

saya ambil... satu...dua...tiga...

T-shirt untuk kawan2 Raja dan jugak seluar slack raja...
Amboi! Banyak ler pulak!
Last tempat shopping di Bandung.. Pasar Baru.

Sama jer macam Tanah Abang di Jakarta, cuma ada jugak benda2 yang takde kat sana, tapi ada kat sini. Agaknya lah...

macam kain2 ela kasarubia, english style yang dikirim kakak2ku pada kakakku... (Fenin!)


Alhamdulillah... Saya lega dapat carik baju2 untuk Raja. Raja ni agak sukar nak cari size dan patern yang dia berkenan. Raja kata, penting juga dia jaga penampilan sebab dia nak berdakwah pada masyarakat... Di Malaysia, saya susah nau nak carik TShirt lengan panjang berkolar yang size dia...


Macam biasa, saya bukan tau yang semua tu jenama, YSL dengan harga antara RM20-RM28 sajorkk.. (setelah diconvert ke RM).. jimat...jimat.. yang saya pentingkan kainnya sedap pakai.


Agak sedih sebab di Bandung tak kesempatan melawat pesantrean, hatta masjid pun tak sempat singgah... Jama' Qasar di satu tempat saja... sedis!


InsyaAllah ada rezeki kita mai lagi carik pengajian pulak yea..



Tuesday, April 21, 2009

Tangkuban Parahu, Bandung


18 Mac 2009 / 21 rabiul Awwal 1430H (rabu)

Bandung, Indonesia

Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Parahu, bandung, Jawa Barat.


Welcome...


Nice view.. Subhanallah..

Ada asap & belerang2 lagi



Other side..

Tempat abisin uwang rupiah...

Kat sini kena standby mental dan fizikal. Kekdahnya, penjual jalanan ni ada tagging visitor yang datang. So, kira setiap group pelawat akan dapat pakej penjual jalanan yang sama. Selagi ko tak beli barang depa, selagi tu ler depa ngekor.. Memula respek ler kat depa ni. Semangat setiakawan yang sangat tinggi. Bila orang tanya barang jualan sorang daripada geng depa, yang lain akan lemah lembut tolong promosi sama... so, sangat penting ye kekuatan mental!




Deretan kedai..


Ermmm... saya memang target no nak beli "poncot" ni. Dia gabungan shawl dan baju sejuk gitu. Sesuai ler untuk yang sejuk2 ekon, dan dia agak labuh skit. So, beli banyak2 dan telah selamat difaraidkan kepada saudara mara sahabat handai..




Saya kata dah.. selagi tak beli barang jualan depa, selagi tu depa ngekor.. Aku ambil pendekatan buat tak tahu jer... yang takleh kawal ialah orang2 yang berhati lembut macam Raja dan abang iparku... keh..keh...



Kat sini yang kami makan goreng pisang sedap tu yer...
ermmm... tips disini, agak2 berkenan barang yang depa jual, tunggu ler naik semula van masa nak balik. Confirm barang yang dijual masa kita sampai RM60 akan jadi RM5 hinggit...
Wallahu'alam..