Tuesday, August 26, 2008

Monday, August 25, 2008

P.h.D ~~Pondok ke2 ku...

Malam dah tua. mata tak secerah matahari.. ku pause kan entri mlm ni, ada masa ku sambung kisah Pondok Kampung Buluh Nipis pulak yang masih dhaif dan masih memerlukan sumbangan ini. Pengajian umumnya setiap hari jumaat.


pondok Pengajian Al-Imaniah, Pondok Buluh Nipis, mukim Napoh, Jitra Kedah diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Ibrahim Mohd Isa. Pondok ni tak berapa lama sangat dibangunkan. sekitar setahun ni jaa..

Inilah keadaan tempat pengajian/surau yang masih belum sempurna..
Barisan 'rumah panjang' pondok tempat student pondok menginap. Masih belum banyak facilities an masih memerlukan sumbangan... Pahala membantu fisabillillah, orang mengaji ilmu agama tuh...
Bawah ni, of course Raja ngan aku ler berposing2an..

So, kalu ada kawan2 yang nak menyumbang ikhlas.. Atau nak sedekah tahlil ntuk arwah ka, yang nak sedekah jamuan buka puasa ka, yang nak bantu sikit2 pembangunan pondok ka, yang tak tau nak letak mana duit2 yang tak berapa nak confirm "kehalalannya, nak berzakat duit KWSP ka, duit faedah bank, ASB dan segala bagai tu, boleh lah dipanjang2kan kepada pondok2 yang ku paparkan ini....
Nanti ada kesempatan minggu ni ke, aku dapatkan number akaun depa...





Sunday, August 24, 2008

Mari Mengaji


Pengajian ku di Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Gajah Teriak ni masuk tahun ke2. Berkat doa dan kesabaran suami 'mengheret' ku ke alam pengajian, aku terpilih juga untuk mengaji disaat-saat usiaku meniti hari TUA!. Alhamdulillah, syukur ku pada Tuhan kerana membuka pintu hati, meluaskan peluang untuk terus ku menimba ilmuNya..

Alhamdulillah ada beberapa buah kitab dah khatam, antaranya:

Tauhid : Minhaj Ahl al-Haq li Takmil Risalah al-Haq susunan T.G Khairul Anuar bin Syafiee al-Balasi al-Qadahi


Tasauf : Kitab Hidayatul Salikin karangan Sheikh Abdul al-Samad Palembani


Kitab ngaji sekarang:

Tauhid : Misbahul Munir susunan T.G Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani

Fiqh : Munyatul Mushalli karangan al-'Alim Tuan Sheikh DAud bin Abdullah Al-Fathani

Tasauf : Jila ul Qulub karangan Al-'Arif billah As-Syeikh Abdul Samad Ibn Muhammad Soleh al-Kelantani
~~MAKIN BELAJAR MAKIN TERASA KEJAHILAN DIRI~~

Friday, August 22, 2008

P.h.D ~~Pondok Highest Degree ku...

Madrasah Darul Muhajirin, Kampung Bukit Gajah Teriak, Mukim Binjal, 06000 Jitra Kedah Darul Aman

Mudir : Tuan Guru Mohd Khairul Anuar Shafie

Kelas Umumi : Setiap Sabtu 8.30am - 10.30am


Persekitaran Masjid tempat pengajian. Baru siap dibina sekitar 2 tahun.

Pondok-pondok untuk warga yang dah berkeluarga... Biasanya warga tua yang komited untuk tinggal di kawasan pondok nih.
Kawasan kejiranan pondok-pondok pelajar. Semuanya Banin (lelaki). terletak di lereng bukit.
Lebih jelas. Pondok pelajar di lereng bukit. Teratur dan kemas.. sejuk mata memandang. Sebuah pondok untuk seorang pelajar. Ada lebih kurang 30 buah pondok untuk untuk yang bujang belia nih..
Balik nun, Rumah Tuan Guru seberang sungai...
Selesa, memang selesa. Apatah lagi pengajian percuma, tadah kitab, nganga.. Never learn kat universiti sekalipun.. hebat..hebat!

~~GEMBIRA BILA ILMU SAMPAI KE DALAM HATI DAN JIWA~~


Cuti skula ku berakhir..

Ku gagahi diri menghasilkan juga kek ceklatku buat suami tersayang..


Jeti Pulau Tuba Masjid Al-Falah, Selat Bagan Nyior (Kira2 masuk dalam map Pulau Dayang Bunting, tempat sekolah suami mengajar)
Surau Bagan Asam, Lubuk Cempedak (Dalam map kepulauan Langkawi ni, Bagan Asam termasuk dalam longitud Pulau Tuba, opposite dengan Pulau Dayang Bunting. Dihubungkan dengan jambatan yang baru siap pembinaannya)

~~Kalau diberi pilihan, biarlah hidup bersama~~






Kilim Geopark, Langkawi Mutiara Kedah sr. 1

Percutian bersama Raja ke Kilim Geopark,Langkawi. 30 Julai 2008 / 27 Rejab 1429HBot-bot sedia untuk disewa. Kadar sekitar RM200. Sedia ongkos saja sih.. Kena gaya percuma pun buleh ehh.. Bot kawan2 rombongan yang lain.. Gua Kelawar, Lokasi yang diziarahi.. Subhanallah.. Best ooo.. Mercu tanda nye..

Tuesday, August 19, 2008

Berdebar..


Rindu terasa... Hampir tiba!

Thursday, August 14, 2008

Kasih Suami..

Assalamualaikum,

Apakah pandangan syara' terhadap seorang isteri yang sekiranya lebih menghabiskan masanya dengan bertegur sapa, bercakap2, memandang-mandang lelaki yang ajnabi, suami orang, teman sekerja, boss dll lebih daripada apa yang dilakukan kepada suami?



Cuba fikirkan dengan penuh keinsafan, semoga dipelihara apa yang mampu atau berhenti saja kerja atau tukar kepada kerja yang kurang fitnahnya... Ini nasihat untuk semua isteri yang bekerja.. Wasallam




Sender: Raja +6019233++++

Sent: 8-Apr-2008 01:12:49

~~ TANAM AZAM UNTUK LEBIH BAIK~~


Monday, August 11, 2008

Sekadar pesan buat diri...


Untuk suami, renungkanlah…


Pernikahan atau perkawinan menyingkap tabir rahsia.

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,

tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…


Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya

Isteri adalah murid kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya


Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya …


Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT.

Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana

justeru membuat kamu akan tersentak dari alpha bahwaKamu bukanlah Rasulullah SAW

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh …


Untuk isteri pula, renungkanlah…
Pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw …

Tidaklah setaqwa Ibrahim pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita

membangun keturunan yang soleh…



Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya…



Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah swt

Kerana memiliki suami yang tak segagah mana justru membuat kamu akan tersentak dari alpha

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga

Dan bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah…


Oleh : Ashaari Muhammad (Rupanya, baru taw..)

Puisi ni aku baca sejak lama dulu. Pernah ku panjangkan buat seorang kawan dan menangis si isteri bila membacanya... Sekadar perkongsian.




~~ KU HARAP REDHA SUAMI UNTUK MENGGAPAI SYURGA YANG DIJANJI ALLAH~~



Thursday, August 7, 2008

No Need Pizza Hut lagi.

Kebab Turkey



Nasi Biryani Ayam





Petang nan syahdu, Raja ajak ambil angin (jalan kawasan kampus jer pun.. hehehe). Then singgah satu kolej kediaman (known as Dewan Penginapan Pelajar (DPP)) yang mostly dihuni oleh warga Timur Tengah. Pak2 Arab ni lah yang memenuhkan saf-saf di masjid nu haa..

And singgah kat stall depa menikmati arabic food...





Raja,
I'm fallin in love dengan kebab ni.. Beriyani also! ...yummy..yummy.. Raja takyah korban RM banyak2 nak belanja saya makan ye, makan ni pun dah cukup. No need Pizza Hut dah...




~~Alhamdulillah... Makaceeehh ~~

Wednesday, August 6, 2008

M.A.T.I



Syair Mati
Sampailah waktu ajal akan datang
Malaikat Maut segera menjelang
dicabut nyawa tiada terbilang
sakit terasa bukan kepalang


Mati itu terlalu sakit
di dalam kubur terlalu sempit
ular dan kala datang menggigit
papan dan bumi pula menghimpit


Masuklah mayat ke dalam bumi
Mungkar dan Nangkir tanyakan diri
tiada terjawab amalan sendiri
dipukul malaikat ke dasar bumi


Setelah dikubur baru menyesal
teringat diri membuat dosa
teringat diri tiada beramal
tak mungkin lagi pulang ke dunia


Mati itu terlalu lazat
bagi shuhada di medan jihad
oleh itu wahai sahabat
iman di dada perlu ditingkat

~~INSAF~~

Mengurus Jenazah

Tarikh : 22 Julai 2009 M / 24 Rejab 1429H
Lokasi : Kem PLKN Sintok
Peserta : Pelatih PLKN siri 3 / 2009M






Keterangan gambar : AKu takdek pun sikit habuk dalam gambar tu. Maklum ler pegang kamera. Sorang staf P.Islam, sorang lagi adik praktikal. Saja buat pendedahan pada depa. Mudah2an lepas ni depa pun boleh sampaikan kursus or bengkel nih.
Alhamdulillah, akhirnya aku menjejak kaki jua ke Kem PLKN untuk sekian kalinya untuk bantu kursus Pengurusan Jenazah.

Seingat aku, sepanjang berkhidmat 5 tahun ni, banyak kali dah aku menganjurkan bengkel ni. Tapi semua import tenaga penceramah dan fasi luar. Sehingga aku mengadu pada seorang ustazah ni yang aku tak confident nak uruskan jenazah. Relax je jawapan dia : Awak tu tak fokus, dok sana sini mana nak dapat pun! errrrkkk... (tersipu2 aku kena "puji" camtuh)..

Sehinggalah satu kejadian tahun lepas 2007. Aku baru menyudahkan kuliah Fiqh Wanita di sebuah kolej Kediaman ni. Kakak dari Bangi call bagitau sepupu ku agak nazak di hospital akibat penyakit saraf. Perasaan dah tak best dah, yelah sepupu yang kecik2 dulu main sama2, lani dok sakit teruk, mana tak susah hati.

Then, naik pulak number sorang pegawai HEP " siapkan persiapan mandi dan kapan. Sorang siswi kita accident depan Canselori, meninggal. Standby kat masjid, selesai urusan hospital serah untuk mandi dan kapan"

Gulppp...!! Ya ampunnn...

Alhamdulillah ALLAH bantu aku. 3 orang makcik Kampung Darat dan kawan2 jenazah terdiri daripada pelatih2 PALAPES siap sedia. Aku jadi pengarah jer lah. Apa2 pun aku keluar perintah jer time tuh.

Dalam hati siapa tau...

Dag..dig..dug.. Hati berdebar2... menggeletar.. tak tentu arah lah kata orang. Sepanjang dapat berita sampailah jenazah tiba jam 12 malam, aku dok buka, baca dan hafal bagai... Ini bukan kali pertama jenazah pelajar diuruskan di sini. Cuma kali ni bezanya, aku takleh lari. Hari minggu cuti, pegawai lain takdek. Aduss..

Insaf seketika.. Dengan seluruh rakan2 PALAPES (adalah 200 orang) berpakaian rasmi menanti penuh sabar dan istiadat, seolah2 menaruh harapan besar aku mampu uruskan.. tapi aku...??

Di situlah aku belajar lebih bersungguh. Apa2 kitab berkaitan jenazah ku beli, ku fahami dan ku hafal. Semoga menambah keyakinanku dan memberiku kekuatan untuk menyempurnakan fardhu kifayah ini...

Sesungguhnya pada mengingati kematian itu adalah peringatan diri paling berharga.

**************************************************************************

Aku tidak dapat meneka, bila pula tiba masa ku tinggalkan dunia. Bila ku kenang terasa lemah, apa bekal yang akan ku bawa...?
Raja,
Kalau saya pergi dulu, redhakan saya. Doakan saya semoga diterima di kalangan orang2 yang soleh. Amiinn...

Monday, August 4, 2008

Kerja? umpphhh..

Aku dah rasa letih..


Pagi malas nak gi kerja, tak semangat, tak tau nak buat apa... huhu.. aduhai malasnyaaaaa.....!


Teringat aku seorang sahabat karibku, My.


My berkahwin seawal tamat pengajian di Universiti dulu. Rezki My murah dikurniakan 3 orang zuriat dan sekarang bertugas di rumahtangga suami tercinta.


Pernah My melahirkan ke'cemburuan'nya padaku, punya kerjaya, bal..bla.. dan sekian lama My menyimpan cita-cita untuk mencari pekerjaan jugak seperti wanita-wanita zaman lani. Awal tahun ini pun My berjaya mendapat tawaran KPLI, tapi ditaqdirkan dia mengandung anaknya yg ke3, terpaksa ditolak. Ntah kekuatan darimana, aku nasihatkan dia kalau takde keperluan bekerja, suami mampu menyara, takyah ler kerja...

Lani, aku sebenarnya yang cemburu pada My! Aku dah syok dok rumah... buat2 kerja kat rumah.. bla...bla....bla...yada..yada.. (Banyak menda yang aku nak buat tapi tak terikat dengan waktu kerja..!)

Lagi best kalu aku dok rumah tapi gaji masyuuukk macam sekarang. geh...geh... Bertuah la badan. ;)
Bukan kata aku tak puashati dengan kerjaya aku sekarang. Syukur ALhamdulillah. Memang banyak lagi keperluan masyarakat yang boleh ku bantu untuk menegakkan agama Tuhan dengan kerjayaku ini, tapi aku tau kudrat dan upayaku...

Hwaaaa.... wawawawawwaaaaaa

Sebenarnya aku banyak cerita nak share, tapi tak dan. Kerja...kerja...kerja... huhuhuhuhu... Nanti lapang aku upload gambo percutian ke KILIM GEOPARK, Langkawi... Tunggu!