Thursday, May 28, 2009

Harum Manis

Seriously, saya mungkin tergolong daripada kumpulan minoriti kaum hawa yang tidak suka benda masam terutamanya mangga... pelik tapi benar.


dan saya dah pass baten marathon kepada Raja yang sangat menyukai mangga a.k.a pelam a.k.a pauh (bahasa kedahnya..)..


So, musim harum manis kembali.. Mungkin dah penghujung jugak lah... Setiap minggu Raja akan bawa mangga.. Dan saya adalah yang akan mengusahakan mengupas tanpa menjamahnya.. Ada unsur-unsur terror dalam pengupasan mangga yer.. vangga!



Yang saya tahu, harum manis tidak ditanam (mungkin jugak tak dipasarkan) luar daripada Perlis. Mungkinkah? kalau benar, ntah apa-apa ntah... bagi jerlah orang tanam, pastu patternkan kalu nak nama pun kan.. Saya sajer suka-suka tayang mangga.. takde motif apa pun... Kali ni saya makan jugak sebijik sebab time tu Raja domam sakit tekak...


p/s: Today may last day kerojer... InsyaAllah sabtu 30Mei2009 saya akan pulang ke Selangor... Una, nak pi rumah...

Wednesday, May 27, 2009

Hanya perasaan


Dunia ini berputar...
Masa terus berlalu..
Nangis...

Nangis lagi...


Mujur ada yang teman...

Sedih...


Sabar...

Redha..






Perasaannya tetap sama saat ketika membaca surat tawaran penempatan..





Dalam ujian terkandung rahmat..
Dugaan tanda sayang Allah..
Dugaan tanda kasih Allah..
Bila jiwa lemah, ingatlah Allah...


TQ baby-baby semua,
yang turut mencebik mulut nangis sama-sama dengan saya...



Suatu ketika dulu, saat kunjungan saya ke Sabah, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat baik saya di Sarawak. Selama 10 minit itu saya hanya mendengar tangisannya... Saya hanya mampu memberi kata-kata semangat..


Bayangkan diri teman sedang sarat mengandung. Diri sendirian di Sarawak, bumi asing. Suami di Putrajaya. Biarpun sama Kementerian, namun manusia tanpa belas meminggir permohonan tanpa berfikir...

Sehingga anak membesar. Berulangalik meredah Laut China Selatan. Menggenggam erat tangan abinya saat pertemuan, juga saat perpisahan...


Namun Alhamdulillah... Hari ini mereka bersama di Bumi Kenyalang. Meninggalkan kampung halaman dan keluarga di Semenanjung untuk menggapai erti sebenar sebuah KELUARGA..



Tiba-tiba telefon berbunyi..
terima kasih sahabat, pantang teringat pasti sms..
Teman yang beberapa tahun lalu melefonku hanya menangis
Hari ini ceria menanti zuriat kedua..
Panjang betoi sensor ko ye aTun..


Asal saya teringat je, mesti ko yang contack i dulu... terror arrr..
Aku masih diuji... Hanya yang melalui akan mengerti...
Namun kasih sayang pada Raja terus bersemi..
Tinggi lagi kasih pada Rabbi..

Tuesday, May 26, 2009

Madrasah As-Syatirie, Yan Kedah

Tarikh : 29 Januari 2009
Tempat : Ma'ahad As-Syatiri, Jalan Sungai Dedap, Yan Kedah..

Saya cari mana hala gambo2 ni dok.. Dah jumpa walaupun dah lama, tapi masih boleh cerita kan?
Ma'ahad As-Syatirie ni dirasmikan hari ni - 29/1/2009 .. 1st time kami explore ke Yan. Rupanya tak jauh mana daripada Aloq staq.

Mudir Ma'ahad ni bernama Ustaz Zulkifli bin Ahmad. Menamatkan pengajian selama 6 tahun daripada Yaman.
Nama As-Syatirie ni diambil daripada keturunan Tok Guru kepada Ustaz Zulkifli yang bernama Al-Allamah al-Habib Salim As-syatirie, yang berasal daripada Yaman.. Madrasah (pondok) ni merupakan cawangan kepada Madrasah Rubat Tareem di Yaman.
Saya ambil gambar dari skrin TV jerr..

Inilah rupa Al-Allamah Al-Habib Salim bin al-Habib Abdullah bin 'Umar Al-Syatirie.. Walaupun agak uzur dan beberapa kali delay penerbangan ke Malaysia, tetapi masih kuat semangat berkunjung ke Malaysia unuk merasmikan cawangan Rubat Tareem Malaysia atas kepercayaannya pada Ustaz Zulkifli ni..

Habib Salim lahir pada tahun 1359H di Kota Tahrim, Hadramaut Yaman. Rubat Tareem diwarisi daripada
keturunannya As-Syatirie, telah berusia lebih 250 tahun. Melalui pelbagai fasa perubahan zaman, termasuk pernah ditutup semasa pemerintahan komunis di Yaman..

Semoga khazanah warisan para Anbiya' akan terus mekar subur..

Monday, May 25, 2009

Soleh vs Solehah?




Hari ni acik nok bukak lagi satu cerito...Ni cito acik masa zaman bujang beliang...


Ado sorang kawan acik ni yang kepala dia sama naik ler dengan acik ni hah. Gilo sesado.. berkahwin ler kawan ni dan bermulalah dialognya pada acik once upon a time.....


Hari tu suami akak dah warning arrr..
Dia kata sepanjang kahwin ni dia tak pernah nampak akak baca Qur'an..
Akak pun mula...
A'uzubillahi min as-syaithoooni rajiiimm..........
Bismillahi ar-rahmani ar-rahiiiim...................

Ha.. kan i dah baca qur'an... Setakat tu jer akak stop. Akak siap bertaranum lagi depan suami akak... Bismillah kan termasuk ayat al-Qur'an kan..


Kah...kah..kah... guling2 saya dengar cerita dia!!
Tak baek ko kak....!


Tu lah pasal. Kekadang akak insaf jugak... Yelah, dedolu masa belum kawen sampai ke lani, asyik doa nak dapat suami soleh. Tapi bila dia minta buat baik, kita pulak yang takmo jadi solehah...

Tau takper... acik jawab dengan selamba!


Citer, cerita jugak. Iktibar kena amik. Acik notes in my heart.. ini suatu pengajaran yang sangat berharga. At least ada juga tercuit dalam hati meletakkan perintah suami selagi dalam kebaikan adalah yang paling utama...


Teringat acik pada Ustazah Siti Sarah di SMA(T) Hisamuddin dulu. Dia pesan nak dapat suami yang soleh, anak-anak yang soleh dan solehah kenalah dengan doa.. Doa tu bukan esok nak kahwin, hari ni baru berdoa.. Dia pesan antara doa yang jangan lupa baca : Doa mohon keampunan buat diri dan ibubapa dan satu lagi doa mohon suami dan zuriat yang soleh...


Acik mana paham masa tu. Tapi sebab doa tu jer yang mudah dihafal, acik pun start ler beramal dengan doa tuh..

Semuanya ats Rahmat Allah jua... Tiada lah manusia terkesan dan mendatangkan kesan atas perbuatannya, melainkan atas kudrat dan rahmat Allah jua...

Tuesday, May 19, 2009

Domam..


Versi saya kalau jumpa Dr.
Saya:
Assalamualaikum Doc..
Saya ni pra demam, baru rasa nak deman
So, saya nak ubat demam, jangan banyak2 nanti tak abis...
Ubat selsema yang tak ngantuk, pun jangan banyak2...
Bla...bla..bla... mengadu,minta ubat,
bla..bla.. mengadu, mintak ubat....
Kalau boleh saya nak supplement calcium sebab saya tak rajin minum susu...

Doktor:

Abis dah? Sambil gelakkan saya...
Senang kerja Doktor kalau macam ni... Meh sini saya check dulu....

Aku senyum kambeng jer lah..


Versi Raja saya:

Raja:
Doc., saya ni semalam badan panas seram sejuk, tapi lani dah ok dah...
Malam tadi saya batuk selsema, lani ok dah...
Kaki jadi kejang, tapi sekarang rasa lebih baik dah..

Alahai suamiku... semua dah ok, doktor nak bagi ubat apanya...

Ituler ragam dua orang budak demam..
Allahumma yashfina...


Sunday, May 17, 2009

Thursday, May 14, 2009

Lagi reminder...

LARANGAN PENGLIBATAN DALAM POLITIK KE ATAS PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI DAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Ini sulat ha, sudah lama edar maa...
tapi wa tatau maaa..
confus... adoiyaaa..

Apa pasal dalam Awani ka, belita ka, golongan profesional hand and leg kelajaan masih boleh cakap, cakap and cakap sebelah pihak maaa...?

Wa pening lorrr...
Lagi kasi antar sulat..
Lagi kasi tampal...

Lagi kasi email...


So, those to all Malaysian, especially to all fren yang masih dalam perkhidmatan awam, dengarlah baik-baik peringatan ini (macam annoucement kat Dewan Peperiksaan UM lah pulak)..


Pastikan anda benar2 memahami perenggan tersebut sebelum memasuki dewan peperiksaan PTK anda... Kerna saya sudah berjaya menjawabnya dengan cemerlang... gemilang... terbilang... hehehe...


p/s: kaki,tangan kerajaan yang punya. Mata, telinga dan hati sendili mau ingat aaa...

Hakikatnya, seluruh jasad milik Empunya Buana... ALLAH RABBUL JALIL...

Pinjaman semata-mata. Saat ketika, semuanya akan kembali kepadaNya jua...

Hai lah nyawa... hai lah badan.... (Ini rintihan Filem Pak Belalang nih! - salah channel)

Saya kira tak salah lah kan saya publish benda ni kan. Sebab versi pertama tu saya ambil daripada laman JPA. Yg kami terima dah banyak berconteng nyer...

Sekian..

Wednesday, May 13, 2009

Kelas Jahitan

Tarikh : 24-25 April 2009 / 28-29 Rabiul Akhir 1430H


Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah


Nama kursus : Kursus Jahitan baju kurung berlist.


Yuran : RM70 (termasuk kain 4 meter, jamuan makan, sijil dan segala perkakasan menjahit disediakan).



datang bawak diri jerlah...


Impianku untuk memegang mesin jahit akhirnya tercapai...
kesian...kesian... Boleh compare mana satu saya nyer hasil kerja kan...

Sifu tgh tunjuk cara..

Syok kali ni Kolej Komuniti call tanya nak join tak? Pucuk dicita, ulam mendatang...
Nenanti ler edit, tak nyenyempat ler 2-3 hari ni nak ngeblog... Jumpa di lain siaran InsyaAllah...


Raja, saya nak mesin jahit... nak mesin jahit... (100x) :)

Sunday, May 10, 2009

Dating Time 2

Bismilahi al-Rahman al-Rahim...

Menceriakan rumahtangga...

Raja, apa jenis burung yang kepala dia kat kaki, perut dia kat kaki, kaki dia kat kaki??
..... errmmmm.........
Haha... tak dapat jawab... Burung kena pijak orang ler... semua kat kaki... :)

Sesi membalas teka teki :
Raja dengan muka serius bercerita dengan saya:

Di sebuah balairong seri, semua anggota kabinet menghadap Sultan. Sultan ni tak suka sangat bercakap.

Menghadap Menteri Pertanian: Ampun Tuanku, semua padi2 kita telah masak Tuanku, apa perlu kita lakukan? Sultan diam.

Menghadap Menteri Perdagangan Antarabangsa: Tuanku, kayu2 balak dari seberang selamat tiba di pelabuhan kita tuanku. Apa perlu kita lakukan? Sultan diam.

Menghadap Ketua Tukang Masak Istana: Tuanku, apa santapan untuk disediakan hari ini? Sultan masih diam...

Soalan dia..... apa sultan nak jawab?

Eleehhh... orang tau.... KETAAMMMMMMMMMMM sambil tanganku melangit...

Hahaha...


Raja tak puashati. Tak per... nanti abang bagi lagi soalan susah2...

Ceri
tanya,

Lately ni, saya dan Raja suka berbalas pantun.. erkk salah tekateki.. Sajerlah sebagai hiburan..

Isk ler Isteri nih... tak cukup beg, makanan pun nak snap gak ye?

Bukan apa, sajer nak bagi inspirasi kat orang lain... Kekadang bukak blog orang, dapat idea nak masak apa.. tuuuu lah, mana orang laki tau...


So, dating time kali ni menu kami ketam. Oleh kerana kami baru berdua,ketam sekilo pun jenuh nak perabih. Macam2 buat sampai kebas lelangit dok meratah ketam..

Dinner:


Ketam lomak cili padi


Sayur sawi campur
Lunch next day
Ketam masak kari

Kobis campur

Ikan bawal goreng..
(awat mata ikan ni macam pakai spek jer?
nampak mcm tak fresh jer... tapi sodap lagi)


Selamat memasak untuk semua para solehat mukminat...










Saturday, May 9, 2009

Kemasan Beg Berpergian..

Bismillahi al-Rahman al-Rahim..

Waduh! Bagus banget bunyi tajuknya yer... Entri ni ala-ala ditujukan untuk tatapan Che'Siti... bagi memenuhi permintaannya yang ala-ala ajak2 ayam tu kan... tak kisah ler...

Bermula kisah mempacking barang...

Oleh kerana sejak form 1 saya dok asrama SMATH, Kg Jawa Klang (Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin) sama ngan Elly, Jannah dan Mazlina jugak***

Sambung form 6 di KISAS,Jalan Kota Raja Klang (sama ngan Una dan Kak Bie)***, masing-masing sekolah sepelaung jer ngan rumah kat Klang nun..

***Sekadar menyebut beberapa nama... yang lain tersimpan kemas dalam ingatan...***

Pastu sambung pulak kat UM pun masih belum jauh bonar dengan rumah (boleh ulangalik UM-Meru naik moto 30 minit dengan kembang hidungnya...)

Maka, saya jarang bermasalah mempacking baju2 bila nak balik kampung. Sumbat yolah... Selalu syok tengok kawan2 yang jauh bila musim nak balik kampung mulalah kemeriahan apa istilahnya...ermmm... tak ingat ler...

Kisah bermula semasa belajar di Universiti Malaya tuh.. Bilik saya B113- Blok B Paras 1 bilik no. 13.. Kolej Kediaman Pertama UM. Sebelah bilik saya tu Kak Zuna. Makcik ni memang ler mengkagumkan saya...Banyak kekagumanku padanya. echeh!


Cerita satu2 dulu... antara yg saya syok bila dia nak balik kampungnya di Kelantan, Bas dia pukul 10 malam, 8mlm tu baru dia cari beg dan baju yg nak dibawa balik. Pastu saya pernah ngekek-ngekek gelak dia dok pintal2 baju dia dlm beg... Apo ko polik bobona kak Zuna oooiii.. Very the simple sempoi person betoi lah makcik nih...

Bila saya dah merasa kena balik kampung yang jauh lebih 500km (padan muko den!Takpo aaa Raja ado disisi..) pahtu dedolu asyik kena outstation, kursus dll, larat saya nak kena bwk beg2 besar? tak larat.... tak larat.... Jadi saya praktikkan ler "ilmu" kemasan beg yang diperolehi daripada Tok Gurau ku ini...


Hehehe... panjang intro. Rasanya semua org pun teror bab mempacking pakaian, sajer lah saya nak tepek kat sini, mudah2an ada manfaat jugak..


Seriously, Raja sangat respek kepakaran saya menggulung pakaian untuk travel (tocei...tocei...) Dengan menggunakan kekdah ni, iron, periuk belanga pun boleh sumbat sama kalau kena gaya.. hiks!

Diikuti dengan mak mertuaku, kemudian birasku... berguna juga ilmu satu ni. Yang specialnya, baju2 ni kurang berkedut kalau dah light2 iron, dan mudah banget nak cari barang tersembunyi.. Jelas ya anak-anak? hahh... nampak disitu.. (gaya cikgu bedah lah pulak!!)


Percaya atau tidak, beg Raja ni ialah beg tarik untuk laptop yang kami temui di HIG (Haji Ismail Group Langkawi) kecil je tapi boleh memuatkan sejumlah 6 pasang kemeja, 6 pasang t-shirt, 2 helai kain pelikat, towel saiz bosar dan lagi...dan lagi... dan lagi.... Belum lagi lappy godang dia, payung saiz kecil, torch light dan accesories Raja yang lainnya... See, Raja adalah sangat teliti dengan persiapan travel compare than me.. huhu..



Ni ler hasil kerja isteri untuk suami tersayang setiap minggu....
Beg tu lebar saiz printer hp kat rumah tu jer..

Raja, suka tak saya susun baju awak chantek-chaanteek macam ni?

Mestilah! Ini ler kebahagiaan dan ketenangan suami bila tengok pakaiannya tersusun rapi...

Hehehe...
(berbunga-bunga hati hati saya...)

Tanqieu Raja, saya suka ler awak puji2 camtuh... nanti minggu depan saya susun lagi chanteek-chanteeekk yer...InsyaAllah...

hehehe..(angau dah makcik nih!)



Sapa2 nak carik beg ni, kalau kat Langkawi ada di HIG dengan rega RM59 hinggit...


Abih dah ler entri merapu ku ini...

Friday, May 8, 2009

Last, but not least..

19 Mac 2008
Khamis
Final Day di Jakarta.

Must visit.
Dalam ittenary kawasan yang wajib dilawati ialah Museum.
Mujur juga masa tak cukup panjang di Jakarta. takde la pergi semua muzium.
Masa kat Sarawak, dah ler kebanyakkan muzium dok dedekat,
habis seharian dok di muzium khas untuk Raja.


Nasional Museum. entry fees Rupiah 750 = RM0.25sen kita jer..
masih mengagungkan hinduisme dalam budaya Indonesia.

Cuma pak Supir kami memberitahu, masyarakat Indonesia disogokkan dengan pemalsuan sejarah sendiri.. Banyak nak dikisahkan... kesian...kesian...


Sajer lah nak tunjuk minatku pada sejarah... hehehe...
kain yang ditenun sendiri oleh Ibu Raden Adjeng Kartini..

Tak lama sangat di muzium, sebab... ermmm...


Sebab ada rupiah lagi nak dihabiskan di Tanah Abang, Jakarta.. ;)
Kompleks membeli belah ala2 arked ibukota lah untuk masyarakat marhain macam saya ni hah..
Ada banyak lantai (tingkat) include foodcourt dan Masjid di tingkat atas.
Last picture yang boleh dirakam sebelum kamera buat perangai...

Dahh... Selamat pulang ke tanahair tercinta....






Thursday, May 7, 2009

Jalan Sabang, Jakarta


Bismillahi al-rahman al-rahim

Belum selesai lagi bicara lewat musafir lalu...


Kalau tak silap saya, Jalan Sabang ni nama manja bagi Jalan K.H Wahid Hashim. KH tu stand for Kiyai Haji kot ek?? yelah kot... sebab banyak kekonfiusan disitu... whatever..

Sepagian ni jalan-jalan cari makan kat sekitar hotel penginapan.. Nampak pintu gerbang Jalan Sabang. Menyusur le kami suami isteri... 6.00 pagi disana macam dah pkl 8.00am kita... Tapi jalan belum jammed lagi..


Uniknya kawasan penginapan ku ni:

1. supirku bilang macam Golden Tringle Jakarta ler.. Tempat biasa berlaku rusuhan dan demonstrasi... uikssss! seram aku dongar!! Lagi pulak time tu tengah panas kempen PEMILU... adoiyaaa... Alhamdulillah, Allah lindung.


2. antara jam 7.00am - 7.00pm, semua kenderaan yang dipandu seorang diri akan dikompaun dan disaman.. Rasionalnya supir ku bilang untuk menggalakkan car pool dan mengelak maksiat. Patutler balik dari MONAS (Monumen Nasional- Dekat banget dengan hotel) malam tu berderet manusia tunjuk 1 jari tahan kenderaan. dengan bayaran 10k rupiah, mereka menawarkan diri untuk menjadi penumpang, nak elak pemandu tu kena saman... keh..keh... kelakor ler... Kerana itu juga, supir kami Pak Agung siap menunggu di lobi hotel seawal 6.30am.



Singgah makan di Warung Desa, Jalan Sabang.


Sesuai ler ngan jiwa dan bajet... Harga okesss...


Pemiliknya punyai deretan kedai2 makanan tempatan, makanan Arab, Money Changer dan bisnes2 lain. Haji Takiyudin kalau tak silap owner nya..
Gaya2 macam orang Arab.



Nasi Ayam penyet.. (Nasi Ayam Goreng) untuk Raja...
Shiaaannn dia, kena catu makan yer..??
Saya risau awak shakit poyot... Balik Melesia kita masak untuk awak yeak..

Bakso untuk saya!
Pemandangan sepanjang jalan.
Lorong2 tikuih untuk menjamu selera di jalanan..


Peniaga runcit

Masih ada lagi parut ais..

Teh Botol di Indonesia ni dah jadi macam CocaCola gamaknya
Lori dia pun sebijik dah macam tu.
Pak Agung bilang: Iyah.. Teh botol itu cocok sama tekak saya..
Saya mintak sikit Raja punyer Teh Botol... alamak!
Rasa macam teh campur bunga melor selit kat kepala org India jer...
ulpsss.. ;/

Ini Bajjaj namanya. Yang kaler merah sajer nama bajjaj.
Ada se lagi yang kaler biru nama apa ntah..

Teksi chanteek chanteek... bas buyuk.. hehe..
Sekian info trafik anda dibawakan oleh Isteri Raja...

Wednesday, May 6, 2009

Kembang Pare, Bandung

Bismillahi al-rahman al-rahim.

Sebab payah sangat-sangat dan sangat nak upload gambo ni ler, semua entri jadi terbantut selama berbulan-bulan... yolah tuh.. tipu jer..

Walaupun saya dah wujud sindrom kemalasan utk stori mori our travel sebulan yg lalu, tapi mengenangkan blog saya ni kan catatan perakam masa doraemon... Harus juga tepek catatan pengembaraanku.. Untuk rekod dan panduan, insyaAllah...

Tempat makan kami di Kota Bandung namanya Kembang Pare... address dan ctck number saya tauk mana ntah... jumpa kang saya hapdet. More to Makanan Sunda.. Ni Kak Aida ler yg beriya2 nak makan sini. Sebab last trip dia ke Bandung dia makan kat sini. Then sebab lain dia kata makanan ala-carte. So, insyaAllah makanan baru dimasak...

Halal, ada toilet dan surau jugak...Selesa dan bersih..

Banyak pilihan tempat duduk... Kami pilih yang bersila di tingkat atas..
Minuman acik ayin & Raja

Coctail Cica yang diserbat oleh aciknya..


Taugeh goreng ikan masin


Ikan sweet sour

Tempe goreng yang sangat lembut dan sedap..
Hingga diorder berpinggan-pinggan

Ayam goreng serunding
(akut acik tengok tau!)


Alhamdulillah...
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut tambah ibadat dekatkan Allah dengan hati...


**Ni kes takut makanan berkuah, order yang bisa mencekik tekak... Alhamdulillah kenyang dan selamat. ;)