Showing posts with label Berpesan dengan kebenaran. Show all posts
Showing posts with label Berpesan dengan kebenaran. Show all posts

Thursday, January 29, 2009

Khas buat diriku... untuk dikongsi buat semua teman-teman
BERLAWAK JENAKA


Etika melawak dan bergelak ketawa.

1. Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

2. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata Baginda s.a.w maksudnya: “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda s.a.w menjawab maksudnya : “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda bermaksud : “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman bermaksud “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”
(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

3. Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab : نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

4. Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi saw bersabda : ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له. Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : Surah al-Hujurat)

Nabi saw bersabda: بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain. Aisyah ra berkata maksudnya “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:ما أحب أني حكيت أحدا Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda: ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt maksudnya:“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : Surah an-Najm)


Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata:“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”

Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarhasSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi watTarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

Posted by akhisalman

Friday, November 14, 2008

Wasiat

Another email received..









Sajak As-Syahid Syed Qutb
Saudara
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku
bahagialah hidupku di alam syurga
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar...

Dinasyidkan oleh : Kumpulan al-Wadi


Thursday, November 13, 2008

Pedas kot ya?

Transkrip "Sajak Kematian" yang kepoh minggu ini. klik sini.

*Talkin...

Bismillahirrahmannirrahim...

Wahai hamba Allah... engkau kini telah kembali kehadrat Allah...

Wahai hamba Allah... setelah kami meninggalkan mu nanti... akan datang kepadamu dua makhluk... janganlah engkau takut dan bimbang... kerana mereka juga hamba Allah sepertimu... mereka akan mendudukkanmu... (latar belakang bacaan surah Yaasiin) dan bertanyakanmu - siapa Tuhanmu..? apa agamamu..? siapa imam pemimpinmu..? apa kiblatmu..? siapa saudaramu..?

Hai hamba Allah... janganlah takut... jawablah dengan tenang... dan dengan lidah yang fasih lagi jelas...Allah Tuhanku...Islam agamaku...Muhammad Rasulullah Imam pemimpinku...Ka'abah kiblatku...Orang-orang Islam saudaraku...

*bunyi tapak kaki... *malaikat...Marobbuka... Marobbuka...
(menjerit)MA ROBBUKA...!!!

Wahai hamba Allah... mari kemari... kekampung asalmu... pulanglah dari kemaraan... apa yang kau bawa haaa..? apa yang kau bawa..?Busuk..! busuk..!Jijik, jijik...Kenapa badan kau sebusuk ini...??? Apa yang kau buat sepanjang hidupmu..? Cakap..! cakap..! CAKAP...!!!*hamba Allah... Saya derhaka dengan Tuhan... saya tak peduli Tuhan...

(sambil mengerang) saya belakangkan Tuhan... saya...saya...saya... langgar apa saja dari Tuhan...

*malaikat...Tapi sekarang... (menjerit)ENGKAU TAK DAPAT LARI LAGI DARI TUHAN BUKAN...???

*hamba Allah...(mengerang menjerit)TUHAN...!!! TUHAN...!!! ampunkan aku...

*malaikat...Apa lagi kerja engkau didunia..?

*hamba Allah...(merintih)Saya sombong... tamak... hasad... pemarah... dendam... besar diri...... tinggi diri... saya berlagak bagai tuan... tidak membawa watak hamba Allah......

*malaikat(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...

*malaikat...Boleh engkau sombong sekarang..?*hamba Allah...Tuhan...... ampunkan saya...

*malaikat...BUSUK...!!! BUSUK...!!! APA LAGI YANG KAU BAWA...???

*hamba Allah...(terketar-ketar) saya... pecah belahkan orang... saya... salahgunakan kuasa dan wang...... saya zalimi isteri dan anak-anak... serta ibubapa... Tuhan tolong ampun.........Saya halang... orang berdakwah... saya hancurkan ekonomi orang Islam...

*malaikat...(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...RASAKAN...!!! RASAKAN...!!!

*hamba Allah...(merintih menjerit memohon ampun...)

TP - Jadi... apalah masalahnya dengan video ni? eloklah kalau diajar dari awal tentang seksaan kubur pada anak-anak... orang tua cakap - melentur buluh, biar dari rebungnya...Tak kan nak ajar anak-anak ni "takut dekat KERAjaan???" itu dah lari aqidah...

Posted by Topengperak_Xinwugi



*****************************
*****************************
Menteri: Sajak Kematian tidak wajar
Nov 11, 08 5:25pm


Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.


~~ pssssttt : Saje ingatkan ibu-ibu, bapak-bapak..

anak2 umur 7 tahun tapi tak mau solat boleh dirotan yaaa! Nak ajar dan jaga aqidah budak-budak bukan kerja enteng. Kena serius. Kita ni yang tua, tak insaf-insaf...



Sunday, November 9, 2008

Mengurus Jenazah Janin

Tarikh : 6 November 2008M / 8 Zulkaedah 1429H (Khamis)


HUKUM BERKAITAN MENGURUS JENAZAH JANIN

Hukum Berkaitan mengurus Jenazah janin

Anak yang gugur dari perut ibu itu ada 2 jenis :

  1. telah dikandung selama 6 bulan atau lebih;
  2. dikandung kurang daripada 6 bulan.

Jika janin gugur ketia usia kandungan 6 bulan atau lebih, wajib diperbuat seperti orang dewasa iaitu mandi, kapan,sembahyang dan kebumi, samada keluarnya bernyawa atau tidak.

Jika gugur sebelum kandungan cukup 6 bulan, terbahagi pula kepada 3 keadaan:
  1. ada tanda menunjukkan hidup seperti bergerak atau menangis, hukumnya seperti orang dewasa;


  2. tidak menunjukkan hidup, tetapi telah berupa seperti potongan manusia, hukumnya wajib dimandikan, dikapankan dan ditanam.


  3. Tidak berupa manusia, tetapi hanya seperti daging sebuku. Hukumnya tidak wajib diperbuat apa-apa, tetapi sunat dibungkus dan ditanam.




Ceritanya kayak ginih...

Sebenarnya pagi ni ke ofis, selain nak siapkan sikit lagi kertas kerja program pejabat, nak apply cuti kecemasan.. tapi ditaqdirkan ada pengalaman baru yang bakal ditempuh.

Seorang baby 5 bulan dalam kandungan, meninggal dunia dalam keadaan ada sedikit gerakan (bernyawa) ketika keluar dari perut ibunya. (do not know how's, tak buat investigation abis2..) Kita ambil keterangan jer lah, nak tentu hukum. (tu siap2 tulis kat atas kot2 ada orang yang berdepan dengan masalah ni).

Harus aku kepanikkan sebentar mengenangkan aku tak pernah ada pengalaman, even pegang baby yang baru keluar daripada perut, apatah lagi aku sendiri belum ditaqdirkan have my own..


Dan buat aku sedikit cuak bila ada sorang makcik ni dok hingaq Eiii..makcik tak boleh buat baby ni dekat 10 kali membayangkan dia tersangat geli dan takut. Harus jugak aku cubit makcik nih! Diam2 sudah lah.. buat orang lain panik je...

Alhamdulillah, aku dan sorang lagi ustazah sempurnakan mandi dan kapan jenazah janin ni dengan sedikit bekalan pengalaman dan ilmu yang ada.. Ketaq??? wahh... memang ada sedikit kegetaran di situ! But lama2 bila pandang wajah "penghuni syurga" ni, terus ada kekuatan dan aku sedia menanggalkan kain pembalut tangan untuk ku uruskan baby ni tanpa pembalut tangan.


Baby 5 bulan dalam perut, imagine jelah macam selalu tgk scan 4D tu. Kepala pun besar perut tapak tangan aku ni jer.. Bila qiamkan macam melekat je jari ngan kulit2 badan..


~~Kita nanti macamana lah...??~~


Thursday, November 6, 2008

Nilai Lakonan

Soalan:


APA NAK DIBANGGAKAN DENGAN RANCANGAN BERBENTUK KEAGAMAAN,
JIKA PELAKONNYA HANYA SEMATA-MATA BERLAKON??
  • DEFINISI PELAKON

    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas : Pelakon adalah mereka yang melakonkan sesuatu watak di dalam sesuatu pementasan seperti bangsawan, teater, Mak Yong, Menora, atau penerbitan seperti filem, drama, lakonan, dan yang sepertinya.

    Biasanya seseorang pelakon akan melakonkan watak khayalan. Untuk kisah benar, pelakon tersebut mungkin melakonkan watak orang sebenar. Kadangkala, pelakon juga muncul sebagai diri mereka sendiri.

Ambil pulak definisi/apa nak kata taktau, dari satu blog ni:


MENGINTERPRETASI SEBUAH SKRIP : (PERTEMBUNGAN DI ANTARA WATAK LAKONAN DAN PERSONALITI PELAKON)

4.1- Di dalam menjalankan tugasnya untuk berkomunikasi selaku seorang pelakon di dalam persebuah persembahan, seorang pelakon itu memegang dua personaliti. Dia telah membahagikan dirinya kepada dua watak. Satu, dia memegang watak yang dimainkannya dan satu lagi ialah personaliti dirinya sendiri.
1 Contoh





Gambo dan pujian tentang siri Cafe Akhil Hayy aku ambil disini.

Aku pernah tertengok siri ni, rasanya isu siri tu pasal tatoo. Cuba perati bebaik, gambo couple purple tu. Actually perempuan tu ada tatoo dekat dada dia. tak kisah lah itu lukisan dan lakonan sekalipun, kenapa sampai nak letak belah tuh? Grrrrr...


LAKONANNYA .......





HAKIKATNYA............




NONNY NADIRAH, BLONDY JAPANESE
Noni AF5’s hair colour is now platinum blonde. OMG. What has happened. She’s supposed to be one of those Japanese or Korean actress look-alike. I guess she must have gotten offers from drama or movie producer in KOREA and JAPAN. Well that explains it..



Grrrr.... BENCI!

tetiba aku termasuk dalam blog ni, pasal artis2 Malaysia (betul2 tak sengaja).



My Issue today is...

Adakah ini "tarbiah" yang ingin diterapkan kepada pelakon tu?? Seorang yang BERLAKON sebagai pekerja yang bertudung, realitinya...??? Nan ado terkesan langsung dengan lakonannya. Macam mana dakwah nak sampai kepada jutaan penonton yang tengok siri ni, kalau pelakonnya cuma berlakon ajerrrr... Gambar pelakon blonde rambut ni posting on 2 November 2008... baru jer tuh!

Moral of the story

Apa yang nak dibanggakan dengan LAKONAN ISLAMIK yang banyak dipaparkan di kaca television kita? Nak bangga apa kejadahnya? faham, kononnya lihat pada mesej yang cuba nak disampaikan.

Cuma jangan lupa, SYARIAT TIDAK AKAN MENGHALALKAN APA-APA CARA SEKALIPUN, UNTUK SAMPAI KEPADA SATU-SATU MATLAMAT!!


Actually banyak lagi study case aku, bukan serangan peribadi pada rancangan ini sajer, malah banyak lagi drama, filem, siri2 yang memualkan dan menjijikkan atas nama ISLAM... aku takut2 depa ni jadi menghina ISLAM, na'uzubillahu min zalik! kafir dan murtad kalau jatuh niat nak hina Islam. Bukan main-main... harap2 depa tu tak tau perbuatan mereka tu.

Errr...

Tapi, kalau taktau kena belajar.. Lagi2 bab agama, jatuh taklif atas setiap individu. perkara aqidah, fardhu 'ain bukan boleh wakil2 orang lain jer... Ini bukan fardhu kifayah macam mandi jenazah tu, bolehlah org lain buat kita dok ngangaaaaa jerrrr....! ada faham ka aci!!??

Nak buat skrip pun kena ada ilmu.. kekadang pelik, bila pasal AGAMA ISLAM macam semua boleh jadi pakar. setakat baca buku (yang tak tau punca autoriti), nyembang dengan ustaz itu-ini (ntah betul ustaz ke tidak) dh boleh cerita dan interpretasikan kepada masyarakat..

Tapi cuba juhala'-juhala' ni di suruh cerita pasal teori-teori kimia, perubatan, molekul, haram tak berani lah pulak. Tau takut, pasal dia bukan ahli bidang tu, bukan pakar dan takde autoriti. Tapi kalau pasal agama, orang tegur kritik melenting, padahal ........ JAHIL...

Sama-samalah kita fikir. Ini pandangan aku. Semoga masing2 cari dan terima hidayah..

Allahu'alam..


~~PAKAT PIKIAQ SENDIRI...~~


**aku link semua yang berkenaan. blog pelakon tu pun aku link sama.. kot2 ada yang baru nak kenal...

Wednesday, November 5, 2008

Tips untukku, untukmu ..ISTERI...


MENYAMBUT TETAMU SEMASA KETIADAAN SUAMI


dipetik daripada buku Syurga Perkahwinan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. hlm: 192-193.



.. Sesuatu perkara KEJI yang dipandang ringan oleh kebanyakkan isteri ialah mengenai menyambut tetamu semasa ketiadaan suami. Ramai di kalangan isteri apabila rakan (lelaki) atau sahabat kepada suami datang bertamu (aku tambah - even kawan rapat kita, jiran dan saudara mara kita) sedangkan suami tiada di rumah, maka kebanyakkan para isteri mempersilakan tamu itu masuk ke rumah.

Isteri berbuat demikian kerana pada fahamannya adalah tidak sopan membiarkan tetamu tanpa di pelawa masuk ke rumah, lebih-lebih lagi orang yang berkunjung itu adalah rakan atau sahabat kepada suami. Inilah kekeliruan yang sering terjadi dalam masyarakat Melayu khususnya, kerana mereka menjadikan tradisi atau sebagai cara hidup mereka.

Sesungguhnya apabila datang tetamu lelaki seperti itu, selepas isteri berkenaan menyahut salam dari pengunjung itu, maka ia hanya perlu memberitahu kepada mereka, bahawa suaminya tiada di rumah. Tidak perlu isteri berkenaan bertutur dan menanyakan sesuatu atau bersoal jawab dengan tetamu berkenaan.
Semua itu tidak perlu dilakukan oleh isteri walaupun atas alasan untuk menjaga hati tetamu, oleh kerana syariat telah menetapkan demikian, MAKA PILIHAN UTAMA IALAH MENJAGA SYARIAT ALLAH, biarpun tindakan tersebut tidak disenangi oleh tetamu itu.
Dalam hal seperti ini, alangkah baiknya jika jiran-jiran sebelah (lelaki) turut mengambil tahhu terhadap tetamu jiran sebelah yang suaminya tiada di rumah itu. Jemputlah tetamu berkenaan supaya singgah ke rumahnya, raikan tetamu jirannya itu, sementara menunggu jirannya pulang.


Teristimewa pula jika tetamu itu datang dari jauh, maka tindakan jiran seebelah itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh tetamu berkenaan.


Selain itu, tetamu itu mestilah memahami kedudukan tersebut. Sebaik saja mengetahui ketiadaan orang yang dikunjungi itu, beredarlah meninggalkan rumah berkenaan...
Habis.

`` CARI REDHA SUAMI ``

Wednesday, October 29, 2008

Hadiah

Cerita 1

Zaman2 bujang dedulu, selalu dengar geng mak-mak orang cerita pasal hadiah suami yang sering tak menepati citarasa penerimanya...

Dah set dah dalam kepala, ada suami KENA SELALU HARGAI DAN SYUKUR pemberian suami.. ingat...ingat...!


Tapi tu ler... selalu leka dan tak perasan bahawa ada masa memang ler tidak isteri itu menghargai pemberian suaminya..

Kali ke berapa dulu, pernah ku dihadiahkan sepasang suit baju warna pink.. kelipok-kelipok mata aku terkebil walaupun mulut ucap "terima kasih... cantik abang pilih!"

Peram baju berapa lama till kena tegur baru hantar ke tailor. Pah siap pun liat jer nak pakai... huh! dasar tidak mengenang sungguh!

Sehinggalah satu ketika, aku insaf dan berpesan dengan diri aku sendiri aku ni pakai baju ke, beli barang ke, untuk kepuasan orang lain ke, diri sendiri ke, atau untuk suami..??

Bermula di situ, mulailah aku tunjuk kesungguhan kepada segala citarasa dan pilihannya. Cuma dengan penuh teliti ku selit jugak unsur2 "pelobian'' pada perkara2 yang berkenan dihatiku, dengan harapan ianya dapat dipenuhi...

Giitulah.. nak jadi ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH bukan sesenang gitu jer.. yer dak?


Cerita 2
(Suka nau berceritanya! Bosan jangan baca ye... Moga2 cucu2 nenek nanti tak ikut perangai2 buruk. Ambil sempadan dan tauladan ye cuuuu...)

Ada satu kem yang kami anjurkan jemput sorang penceramah Pak Utih gelarannya. 5 minit je aku sempat dengar celotehnya. Ada dia cerita tentang didikannya pada isteri dan anak2 utk makan di talam.

Ada isteri yang sorang tu pulak, oleh kerana tahap kerajinannya terlalu maksima, telah beberapa kali menggunakan talam untuk berkongsi santapan makan malam le biasanya. "Jimat air bang nak cuci pinggan" gitu kekdahnya.. (padahal bil air takyah bayor pun)



Kerana keprihatinan suami, maka minggu ini Raja bagi lah hadiah sebuah TALAM a.k.a DULANG makan... uiks... bapak punya besau lah!


(Pose bersama hadiah sambil menikmati kuih raya (alas perut sebelum makan berat yea...)



Malam tu jugak kami nikmati juadah dinner di talam. Nasi goreng ngan tomyam je.. malam ni ada mesyuarat Kolej... uhuk...!

Thursday, October 23, 2008

Tarbiyah Ramadhan

Alhamdulillah..

  1. Ramadhan lepas TV dirumahku sangat kurang di 'on' kan. Stimes tak bukak langsung.. Syawal ni, adapun ku pancarkan Berita.. Kalau tidak dapat mengejar 8.00pm, ku tengok Berita Bernama 11.oopm... ZzzzZZzzz... Memang biasa2 pun aku bukan ketagihan tegar menonton tv... Tapi ini semakin tidak menonton.. :)
  2. praktikal "Silent is Golden" hampir berjaya... Aku tak berasa nak bercakap sangat.. Very2 much better to me... Alhamdulillah...

Sebenarnya, pada diri aku yang telah tegar dengan sesuatu kebiasaan nya yang suka bercakap, memang lah sukar menghakis sifat2 kureng tu dalam diri.. Bukan tak sedar bahawa

Banyak Bercakap, banyak silapnya..

Banyak silap, banyak pulak dosanya...

Monday, October 6, 2008

Masih nak buat maksiat???

Diulang-ulang sebagai renungan dan refresh kehidupan..
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan yang keempat, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah."
~~ USIA BUKAN BERTAMBAH, TAPI MAKIN BERKURANG!!~~

Wednesday, September 24, 2008

Duit Raya jadikan ibadah


Sori deh.. dok dang ler nak memblog. Ni ku panjangkan msg daripada sahabat pensyarah sini. Dok dang nak ngedit, bace ler dulu deh..



Artikel : Psikologi Islam

Duit Raya: Bagaimana mengelakkan ia menjadi pembaziran dan menjadikannya satu ibadat.


Amalan pemberian dan penerimaan duit raya boleh menjadi pembaziran, tetapi ianya boleh kita ubahsuaikan supaya menjadi amalan sedekah dan hadiah yang diterima oleh Allah dan membawa keberkatan.

Ketidaksesuaian sedia ada di dalam amalan kebiasaan sekarang:

1) Terdapat pihak yang mungkin menghadapi tekanan masyarakat untuk mengeluarkan wang raya, takut dikatakan kedekut. Adakah seseorang akan mendapat pahala bila mengeluarkan belanja hanya kerana tekanan luar?

2) Terdapat golongan kanak-kanak (walau pun tidak ramai) yang telah dibudayakan untuk berjalan dari rumah ke rumah mengutip duit raya. Aktiviti ini tidak dikawal oleh ibubapa mereka sehingga terdapat kanak-kanak yang berani mengeluarkan kata-kata seperti “tuan rumah kedekut”; “ eleh duit syiling”. Ini bukan hanya menimbulkan budaya tidak sopan, malah menimbulkan perasaan tidak senang hati di pihak pemberi duit raya.

3) Selepas hari raya, kedai kedai bukan Islam akan menyediakan pameran mainan yang menggalakkan pembaziran. Ibu bapa selalunya malu untuk memantau duit raya kanak-kanak kerana takut dikatakan penganaiyaan kepada kanak-kanak. Akibatnya, terdapat sejumlah wang umat Islam yang terbazir melalui amalan ini di mana kita boleh melihat, orang dewasa agak ‘miskin’ selepas raya sementara kanak-kanak menjadi orang kaya baru. Sila lihat pameran jualan di gedung bukan Islam. Mereka tahu kuasa membeli telah berpindah dari dewasa kepada kanak-kanak pada bulan selepas hari raya.


Bagaimana boleh kita baiki amalan sedia ada:

Di pihak Ibubapa:

1) Didik anak-anda sebelum hari raya lagi bahawa duit raya adalah duit sedekah. Ia adalah amanah dari Allah. Anak anda sebagai orang Islam diperhatikan Allah mengenai bagaimana ia membelanjakan wang tersebut. Galakkan anak anda membuat perjanjian dengan diri sendiri ( bukan nazar) berapa peratus akan disedekahkan kembali kepada masjid atau tempat amal. ( bagi anak yang terlalu berminat dengan duit, beritahu anak anda, dia tidak pasti berapa rezekinya, mungkin dengan meniatkan sebahagian kepada sedekah, ia akan mendapat rezeki yang lebih banyak)

2) Beritahu anak anda, bahawa anda sebagai ibubapa akan memantau perbelanjaan wang tersebut. Anda boleh tetapkan jumlah yang sedikit untuk mainan, dan yang selebihnya untuk kegunaan peribadi mereka akan datang seperti pakaian dan lain lain pilihan mereka. Anda boleh buka akaun anak dengan anda – (namanya bank umi atau bank ibu) sediakan buku akaun. Anak anda boleh mengeluarkan wang tersebut untuk membeli barang-barang munasabah di masa akan datang. Ini lebih mudah dari simpanan di tabung haji dll. Namun bagi jumlah wang yang banyak, galakkan anak menyimpan di tabung haji atau bank yang mengikut syariat.

3) Galakkan anak anda biasa memberi duit raya kepada orang. Dia boleh memberi duit raya kepada, adik adik yang lebih kecil. Ini tidak perlu dalam jumlah yang banyak; cukup setakt RM 1 dan kepada dua atau tiga orang sahaja. Didik anak anak untuk mengalamai perasaan seronok memberi dari sekecil yang mungkin.

4) Selepas raya.
Adakan tempoh “cooling period” anak anda. Secara psikoloig, individu yang baru mendapat jumlah wang yang banyak secara mendadak akan teruja untuk membeli tanpa pertimbangan wajar. Fenomena ini telah lama diekspoitasi oleh penjual. Contohnya di kawasan petani Kedah, kita boleh melihat fenomena “gatal tangan” yang berlaku apabila petani mendapat duit padi. Maka penjual sring mengadakan pesta jualan yang sama waktu dengan datangnya duit padi. Bagi anak yang ingin membeli, biarkan mereka meninjau dahulu beberapa kedai dan balik berbincang dengan ibubapa dahulu. Barangan boleh dibeli sebulan kemudian jika masih difikirkan diperlukan. Ini bukan hanya menanam tabiat berbelanja dengan berhemah, malah menanamkan sikap “delay of gratification” ( penundaan keseronokan segera) Ia termasuk dalam komponen sabar dan tenang yang amat digalakkan dalam Islam.



Dari pihak penderma:

1) Ubah niat dari kata –kata “duit raya” kepada sedekah sempena aidil fitri. Ini akan mengingatkan kita bahawa semua amalan adalah kerana Allah dan tidak kerana faktor lain.

1) Jika difikirkan memberi kepada kanak-kanak yang datang akan meningkatkan kasih sayang, ia dikategorikan sebagi hadiah. Ini juga amalan yang digalakkan oleh rasulullah SAW. melalui hadith yang bermafhum; ”Saling menghadiahkan antara kamu, akan timbul kasih sayang antara kamu”.

2) Jika difikirkan kanak-kanak yang hadir termasuk dalam budaya meminta-minta dan budaya samseng; tidak perlu berikan apa-apa. Anggaplah penerimaan kata-kata tak sopandari kanak-kanak tersebut; “kedekut” sebagai jihad.

3) Semasa perancangan wang raya, pastikan nisbah sedekah kepada orang dewasa melebihi hadiah suka-suka untuk kanak-kanak. RM 100 sudah memadai untuk seratus kanak-kanak jika niat adalah untuk menggembirakan mereka atau meningkatkan kasih sayang, sedangkan anda mungkin boleh mengalokasikan RM 500 atau RM 1000 untuk orang dewasa yang memerlukan.

Jumlah yang lebih tinggi boleh diberikan kepada:

Remaja di sekolah menengah dari golongan saudara kita yang susah, yang anda pasti akan membelanjakan dengan berhemah. (Yang tak pasti tak payah beri)

Orang tua di kampung yang mempunyai hubungan dengan kita. Jumlah RM 10 – RM 50 kepada jiran, di kampung, orang tua di pondok dan lain-lain.

Antara golongan yang sering dilupakan adalah guru agama dari sekolah persendirian. Mereka bergaji kecil dan berkorban mendidik anak-anak kita. Sepatutnya kita menghimpun wang dan menggunakan masa ini untuk memberikan sampul raya sebagai tanda penghargaan. Ibubapa selalu malu untuk memberikan RM10 kerana nampak terlalu sedikit, tetapi berat untuk memberikan RM 50. Namun jika telah menjadi budaya kita memberikan sampul raya kepda guru agama, jumlah yang terkumpul pasti akan membantu. Cuma yang perlu diingatkan disini, cara pemberian dari ibubapa kepada guru mestilah betul dan bersopan kerana pemberian yang sedikit diiringi dengan penghormatan adalah jauh lebih berharga dari sedekah yang disampaikan dengan cara yang tidak menghormati. Penyerahan sampul raya kepada guru mestilah disampaikan dalam suasana “hadiah penghormatan” dan bukan “sedekah kasihan.”

Saya memohon maaf jika terdapat ketelanjuran. Manafaatkanlah ide yang boleh mendekatkan saudara kepada Allah, yang selainnya boleh dilupakan sahaja. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan memasukkan kita di dalam gooongan yang mendapatkan Rahmatnya, semoga Allah memelihara diri kita sepenuhnya supaya mampu beramal dengan baik. Semoga Allah sudi mengampunkan segala ketelanjuran kita dan sudi memasukkan kita ke dalam syurga tanpa hisab. Amiin.


23 ramadhan 1429
Dr.Nadiyah Elias
Pensyarah ( Psikologi & Kaunseling Islam)
Universiti Utara Malaysia



Wednesday, September 17, 2008

Aurat Isteri..

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN:

ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN:

RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Ulasan : Buat suami, sedarlah tanggungjawab kita besar selaku ketua rumahtangga. Aurat isteri dan anak-anak pastikan dipelihara. Kalau tidak kelak, kita bakal menanggung akibatnya di hari pembalasan.


Tuesday, September 16, 2008

Isteri..

Maaf ye, lewat kebelakangan ini blog teman ini masaalah nya kronik juga.. Letih mengedit, tak dapat nak posting plak... Ni, teman sisip titipan dari blog manfaat, pesan buat sang isteri... moga jadi panduan.

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.



Pertama, jenis ideal sepertinya isteri Nabi Musa a.s.
walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.



Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk.
Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.



Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat.
Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.



Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut.
Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.

Thursday, September 11, 2008