Thursday, January 29, 2009

Khas buat diriku... untuk dikongsi buat semua teman-teman
BERLAWAK JENAKA


Etika melawak dan bergelak ketawa.

1. Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

2. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata Baginda s.a.w maksudnya: “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda s.a.w menjawab maksudnya : “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda bermaksud : “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman bermaksud “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”
(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

3. Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab : نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

4. Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi saw bersabda : ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له. Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : Surah al-Hujurat)

Nabi saw bersabda: بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain. Aisyah ra berkata maksudnya “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:ما أحب أني حكيت أحدا Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda: ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt maksudnya:“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : Surah an-Najm)


Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata:“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”

Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarhasSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi watTarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

Posted by akhisalman

Wednesday, January 14, 2009

Sambal Goreng Kering


Aku kan lapaq nasi (bahasa kedah, kalau bahasa aku teringin lama dah..) nak makan lauk2 kenduri kendara stail jawa kan..

Till ler sebelum raya haji tu, my mom minta hantaq pi makan kenduri sepupu mak. Kiranya anak sepupu mak ni kupu-kupu lah bagi aku... hehehe.. 2 pupu ler gitew...


So...
Amik... makan kenyang2...
Alhamdulillah....

Tuesday, January 13, 2009

Mee Udang Sungai Dua, Penang



Tarikh : 4 Disember 2008/ Zulhijjah 1429H

Kuor dewan majlis tauliah, mula persafiran pulang ke Kuala Lumpur. Singgah sat ke Pekan Rabu, dah tak gado nak parking2. Aku order jer kat yati apa aku nak, siap dia tunggu tepi jalan. Sonang kerojer den... terus membelah lebuhraya....


Harus ler aku kelaparan kan.. tghari dah nih... Nampak signboard Sungai Dua, teringat cerita-ceriti kawan, termasuk cebisan rencana di paper tentang mee udang Sungai Dua... Raja, jom terai jom...

Dari arah utara or selatan, amik exit Sungai Dua, Bagan Ajam.. Ada simpang 4 amik arah Sg. 2. tepi juction tu pun dah nampak deret2 kedai makanan... pilih jerlah...


Aku benti kat kedai Aziz ni hah... Jangan terkujat dengan price dia. Dah kata pun nak terai kan... jom makan!!

Udoh2 ler raja... moh ler kita makan...

Ni ler dia mee nya.. Ikhlas daripada tekak dan perutku, takder lah sedap bebeno. so-so jer... Aku minat lagi mee rebus kat jitra yang setambun makan kenyang sehari tuh...
4 ekor udang + mee biasa = RM6..

Ingat perut nasik ku kenyang? oh tidak sama sekali... Berapa banyak kami berhenti lagi pastu untuk memenuhi tuntutan perut.... hikks!



Monday, January 12, 2009

Kisah Rajaku...


Tarikh : 4 Disember 2008m/ 6 Zulhijjah 1429H (Khamis)

Emmm... aku mula bercuti utk balik kampung... raya haji kan... Sebelum bertolak balik ke KL nun, kami singgah menghadiri jemputan penyampaian Watikah Tauliah Mengajar (Pengajian Islam BM) bagi Negeri Kedah Darul Aman di Kediaman Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon. Merasalah masuk kediaman rasmi MB sementelah MB daripada pakatan rakyat nih... huhu...

Tapi macam biasalah... Rombongan cik kiah mana pernah cepat... berangkai-rangkai ler ngemas tak sudah. udohnya, pendaftaran pukul 8.30am, kami sampai 10.00am...

Adalah calon penerima tauliah kena dk belakang dewan... ala...cian...cian... Jangan sedis yer raja... Tapi tak lama kemudian, orang pejabat mufti panggil ke seat nya... hehehe... Allah mengadun, dapat jugek Raja naik pentas jumpa Datuk Seri Azizan Abdul Razak, MB Kedah.

Dalam dewan...

Jejak kasihan lagi...
Orang kuat dan berat Pejabat Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Ustazah Faizah Mustaffa... Faizah x-UM course economy. Dok di Asrama Pantai Puri (APP) zaman2 reform dulu.. (hiks! tingat plak...) juga bekas KISAS 1996 form 4-5. Adik kepada kak UmiKalsom Mustafa (KISAS batch aku form 6 tahun 1996-1997)... Sori ye dik.. promo plak. Jejak kasih, kot2 ada kawan2 yang cari... Single but not available yer...

huh... jumpa jugak akhirnya pince dan princessnya..
Raja orang 1st naik terima tauliah... Dapat 2-3 orang, raja selinap kuor dewan...
Panjang lagi perjalanan kami ke KL nun... ni baru dok Aloq Staq on 1200pm... fuhhh!!

haa... ini gambo Januari 2008 masa Raja terima tauliah Mengajar (Tajwid) untuk Negeri Kedah Darul Aman tahun 2007...Masa ni kami decide tak hadir sebab kami sayang nak tinggal ngaji pondok hari sabtu tuh.. o.d.w balik pondok lalu Darul Aman Country ni, singgah ler. orang dah bungkus dah... sempat ler jugak ambil sijil tauliah belakang dewan. Tengok Raja... pakai kain pelikat jer...!! Orang bersiap bersongket bagai, deme pakai kain jer... isk..isk...

Tauliah Mengajar ni dianugerahkan oleh KDYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. diurus selia oleh Pejabat Mufti Negeri Kedah Darul Aman.

Jom! balik kampung pulak...


Sunday, January 11, 2009

4th Kelas Masakan - roti

Tarikh : 21 November 2008/ 23 Zulkaedah 1429H
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah
Kursus : Penghasilan roti
  • Roti Sandwich
  • Roti Susu
  • Pizza
Salam...

Rasanya (memang dah pun) ini ler kursus terakhir yang mampu aku join setakat tahun 2008... Makcik lotih lorr... hahaha... Lagipun feeling tengah tak best time nih(time tuh ler... lani okkk...) Ada satu adunan pun terpaksa di tongsampahkan kerana aku salah sukat.. wahahaha...


Mesin godang ni nama apa huh? Bread maker ke apa ntah... sonang ja keje dengan mesin ni. Sambil2 pejam mata tido pun siap roti ko kak oii... ;)
Ni... geng bas sekolah yang tak pernah putus asa.. Sebelah cikgu Salmi (tudung merah), Kak Ah a.k.a Farah, Kak Amy dan kak Ina....

Demo by Cikgu...
kesian cikgu ni, lain yang diajor nya, lain yang aku buat... Belasah ler cikgu yeak... Nanti saya buat ler elok2... kui..kui...
Tara.... Sandwich roti siap enak di makan begitu sajaaa...ooo

uikkss... tetiba muncul seseorang dalam kelas kami... seperti pernah ku kenal... tapi di mana yaaa? Kak Bie robiatul Adawiyah Ohn menziarahi kami "orang2 utara" mai dahhh....

Usah ditanya adakah aku telah menerai pelajaran2 ku ini... hehehe... Ada ler sekali aku terai buat roti ni haaah... Teringin makan bun coklat. Kebetulan bahan semua ade.. Bersekang mata sampai lewat malam ler... Bau, adunan, rasa, semua cukup! body dia?? yaaa ampun... rupa dia sebijik cekodok pisang aku tuh... hehehe... Raja suka tau perli2 aku... eiii bau umah ni macam kedai roti ler...


Wednesday, January 7, 2009

Isi ler diariku...

Assalamu'alaikum wrh...

Yuhu...

Lama bebenor diari catatanku ini tak berisi... Terlalu banyak (tak ler banyak sangat, perasan sendiri banyak ler..) perkara dilalui, ditempuhi dan dijalani sepanjang sesi pertapaanku... Dilalui dengan pelbagai perasaan dan cabaran. Ada kelat, ada manis, ada sukeeee... ada so-so.. hiks! Semakin lama ditempuhi, semakin kuat rasanya jiwa.. semakin yakin dengan janjiNya..

Dan lebih bersyukur, sepanjang menempuh cabaran sepanjang tempoh tu, Raja bersamaku... Beberapa hari tidurku terganggu.. Jam 3 pagi ku kejut Raja hanya untuk meluahkan pendapat dan emosiku... hehehe.. cian Raja yang cukup sabar meladeniku..

Alhamdulillah, segalanya telah ditempuhi dengan baik. Cuma aku risau jugak pada diri sendiri. Mulut aku ni agak nakal sikit. Takut2 aku terungkit2 cerita pasal orang... Ya Allah, lindungi aku ya Allah... Na'uzubillah...

Satu lagi, wiFi yang selama ni buta2 aku boleh access waima dari dapur rumahku terganggu... wahahaha... tension betoi... tu takleh layan blog dah.. pastu banyak lak kursus, kerja luar. Tapi yang paling banyak sepanjang disember ialah ..... CUTI!!!!........ i likeeee... i likeeee it...

Raja... bila caye nak benti keje ek...?? hehehe...