Wednesday, September 24, 2008

Duit Raya jadikan ibadah


Sori deh.. dok dang ler nak memblog. Ni ku panjangkan msg daripada sahabat pensyarah sini. Dok dang nak ngedit, bace ler dulu deh..



Artikel : Psikologi Islam

Duit Raya: Bagaimana mengelakkan ia menjadi pembaziran dan menjadikannya satu ibadat.


Amalan pemberian dan penerimaan duit raya boleh menjadi pembaziran, tetapi ianya boleh kita ubahsuaikan supaya menjadi amalan sedekah dan hadiah yang diterima oleh Allah dan membawa keberkatan.

Ketidaksesuaian sedia ada di dalam amalan kebiasaan sekarang:

1) Terdapat pihak yang mungkin menghadapi tekanan masyarakat untuk mengeluarkan wang raya, takut dikatakan kedekut. Adakah seseorang akan mendapat pahala bila mengeluarkan belanja hanya kerana tekanan luar?

2) Terdapat golongan kanak-kanak (walau pun tidak ramai) yang telah dibudayakan untuk berjalan dari rumah ke rumah mengutip duit raya. Aktiviti ini tidak dikawal oleh ibubapa mereka sehingga terdapat kanak-kanak yang berani mengeluarkan kata-kata seperti “tuan rumah kedekut”; “ eleh duit syiling”. Ini bukan hanya menimbulkan budaya tidak sopan, malah menimbulkan perasaan tidak senang hati di pihak pemberi duit raya.

3) Selepas hari raya, kedai kedai bukan Islam akan menyediakan pameran mainan yang menggalakkan pembaziran. Ibu bapa selalunya malu untuk memantau duit raya kanak-kanak kerana takut dikatakan penganaiyaan kepada kanak-kanak. Akibatnya, terdapat sejumlah wang umat Islam yang terbazir melalui amalan ini di mana kita boleh melihat, orang dewasa agak ‘miskin’ selepas raya sementara kanak-kanak menjadi orang kaya baru. Sila lihat pameran jualan di gedung bukan Islam. Mereka tahu kuasa membeli telah berpindah dari dewasa kepada kanak-kanak pada bulan selepas hari raya.


Bagaimana boleh kita baiki amalan sedia ada:

Di pihak Ibubapa:

1) Didik anak-anda sebelum hari raya lagi bahawa duit raya adalah duit sedekah. Ia adalah amanah dari Allah. Anak anda sebagai orang Islam diperhatikan Allah mengenai bagaimana ia membelanjakan wang tersebut. Galakkan anak anda membuat perjanjian dengan diri sendiri ( bukan nazar) berapa peratus akan disedekahkan kembali kepada masjid atau tempat amal. ( bagi anak yang terlalu berminat dengan duit, beritahu anak anda, dia tidak pasti berapa rezekinya, mungkin dengan meniatkan sebahagian kepada sedekah, ia akan mendapat rezeki yang lebih banyak)

2) Beritahu anak anda, bahawa anda sebagai ibubapa akan memantau perbelanjaan wang tersebut. Anda boleh tetapkan jumlah yang sedikit untuk mainan, dan yang selebihnya untuk kegunaan peribadi mereka akan datang seperti pakaian dan lain lain pilihan mereka. Anda boleh buka akaun anak dengan anda – (namanya bank umi atau bank ibu) sediakan buku akaun. Anak anda boleh mengeluarkan wang tersebut untuk membeli barang-barang munasabah di masa akan datang. Ini lebih mudah dari simpanan di tabung haji dll. Namun bagi jumlah wang yang banyak, galakkan anak menyimpan di tabung haji atau bank yang mengikut syariat.

3) Galakkan anak anda biasa memberi duit raya kepada orang. Dia boleh memberi duit raya kepada, adik adik yang lebih kecil. Ini tidak perlu dalam jumlah yang banyak; cukup setakt RM 1 dan kepada dua atau tiga orang sahaja. Didik anak anak untuk mengalamai perasaan seronok memberi dari sekecil yang mungkin.

4) Selepas raya.
Adakan tempoh “cooling period” anak anda. Secara psikoloig, individu yang baru mendapat jumlah wang yang banyak secara mendadak akan teruja untuk membeli tanpa pertimbangan wajar. Fenomena ini telah lama diekspoitasi oleh penjual. Contohnya di kawasan petani Kedah, kita boleh melihat fenomena “gatal tangan” yang berlaku apabila petani mendapat duit padi. Maka penjual sring mengadakan pesta jualan yang sama waktu dengan datangnya duit padi. Bagi anak yang ingin membeli, biarkan mereka meninjau dahulu beberapa kedai dan balik berbincang dengan ibubapa dahulu. Barangan boleh dibeli sebulan kemudian jika masih difikirkan diperlukan. Ini bukan hanya menanam tabiat berbelanja dengan berhemah, malah menanamkan sikap “delay of gratification” ( penundaan keseronokan segera) Ia termasuk dalam komponen sabar dan tenang yang amat digalakkan dalam Islam.



Dari pihak penderma:

1) Ubah niat dari kata –kata “duit raya” kepada sedekah sempena aidil fitri. Ini akan mengingatkan kita bahawa semua amalan adalah kerana Allah dan tidak kerana faktor lain.

1) Jika difikirkan memberi kepada kanak-kanak yang datang akan meningkatkan kasih sayang, ia dikategorikan sebagi hadiah. Ini juga amalan yang digalakkan oleh rasulullah SAW. melalui hadith yang bermafhum; ”Saling menghadiahkan antara kamu, akan timbul kasih sayang antara kamu”.

2) Jika difikirkan kanak-kanak yang hadir termasuk dalam budaya meminta-minta dan budaya samseng; tidak perlu berikan apa-apa. Anggaplah penerimaan kata-kata tak sopandari kanak-kanak tersebut; “kedekut” sebagai jihad.

3) Semasa perancangan wang raya, pastikan nisbah sedekah kepada orang dewasa melebihi hadiah suka-suka untuk kanak-kanak. RM 100 sudah memadai untuk seratus kanak-kanak jika niat adalah untuk menggembirakan mereka atau meningkatkan kasih sayang, sedangkan anda mungkin boleh mengalokasikan RM 500 atau RM 1000 untuk orang dewasa yang memerlukan.

Jumlah yang lebih tinggi boleh diberikan kepada:

Remaja di sekolah menengah dari golongan saudara kita yang susah, yang anda pasti akan membelanjakan dengan berhemah. (Yang tak pasti tak payah beri)

Orang tua di kampung yang mempunyai hubungan dengan kita. Jumlah RM 10 – RM 50 kepada jiran, di kampung, orang tua di pondok dan lain-lain.

Antara golongan yang sering dilupakan adalah guru agama dari sekolah persendirian. Mereka bergaji kecil dan berkorban mendidik anak-anak kita. Sepatutnya kita menghimpun wang dan menggunakan masa ini untuk memberikan sampul raya sebagai tanda penghargaan. Ibubapa selalu malu untuk memberikan RM10 kerana nampak terlalu sedikit, tetapi berat untuk memberikan RM 50. Namun jika telah menjadi budaya kita memberikan sampul raya kepda guru agama, jumlah yang terkumpul pasti akan membantu. Cuma yang perlu diingatkan disini, cara pemberian dari ibubapa kepada guru mestilah betul dan bersopan kerana pemberian yang sedikit diiringi dengan penghormatan adalah jauh lebih berharga dari sedekah yang disampaikan dengan cara yang tidak menghormati. Penyerahan sampul raya kepada guru mestilah disampaikan dalam suasana “hadiah penghormatan” dan bukan “sedekah kasihan.”

Saya memohon maaf jika terdapat ketelanjuran. Manafaatkanlah ide yang boleh mendekatkan saudara kepada Allah, yang selainnya boleh dilupakan sahaja. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan memasukkan kita di dalam gooongan yang mendapatkan Rahmatnya, semoga Allah memelihara diri kita sepenuhnya supaya mampu beramal dengan baik. Semoga Allah sudi mengampunkan segala ketelanjuran kita dan sudi memasukkan kita ke dalam syurga tanpa hisab. Amiin.


23 ramadhan 1429
Dr.Nadiyah Elias
Pensyarah ( Psikologi & Kaunseling Islam)
Universiti Utara Malaysia



Wednesday, September 17, 2008

Aurat Isteri..

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN:

ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN:

RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Ulasan : Buat suami, sedarlah tanggungjawab kita besar selaku ketua rumahtangga. Aurat isteri dan anak-anak pastikan dipelihara. Kalau tidak kelak, kita bakal menanggung akibatnya di hari pembalasan.


Tuesday, September 16, 2008

Isteri..

Maaf ye, lewat kebelakangan ini blog teman ini masaalah nya kronik juga.. Letih mengedit, tak dapat nak posting plak... Ni, teman sisip titipan dari blog manfaat, pesan buat sang isteri... moga jadi panduan.

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.



Pertama, jenis ideal sepertinya isteri Nabi Musa a.s.
walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.



Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk.
Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.



Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat.
Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.



Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut.
Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.

Thursday, September 11, 2008

Tazkirah


Baiti Jannati

"Rumah tidak semestinya besar dan indah,
yang penting kita BAHAGIA didalamnya...."

Ini buat tatapan anak cucu nanti.. kot2 terjumpa blog nenek ni ha, ni ler perkembangan projek yang membebankan slip gaji nenek hingga saat pencennya... Oleh itu cucu-cucu sekalian, hindarilah hutang!






~~BUAT REKOD~~

Padang Beso Soping Center

Hasrat teman teringin bebeno ler nak bawak balik buah tangan untuk sanak sedara di hari lebaran yang mulia nanti.. Jadi hasrat teman tu kena selaras ler dengan kudrat yang ada. Kalu buleh takmo ler ganggu bulan ramadhan nanti. Gagah gigih ler gi ngan Raja jelajah ke Padang Besar yang jauhnya dalam 40minit perjalanan normal 80km/j daripada Sintok tempat permukimanku..
Felda Chuping, Arau Paris... err... Perlis. Nice view kan. SubhanAllah... Gambo tak secantik realiti ler, ater dah nangkap lam keta kan. Nampak debu cermin keretaku clear lagi gituh..
Unit Pencegah Penyeludupan.. Ala2 seram ler jugek masa nak lalu.. Ni highway baru jalan rentas Chupping-Padang Besar. Highway tanpa tol ye kawan2...
Ni die gambo tebu yang akan dijadikan gula makan kita tuh.. Tak sama dengan tebu buat ayor ye.. Agak2 nak tuai, depa bako jer ladang tuh. Pahtu ada lori i called "Lori Perempuan Gila" akan bawak tebu2 ni ke kilang gula. Lama dah tak nampaklori perempuan gila tu since ladang Chuping ni dah diupgrade kepada ladang getah.. Kira ni generasi yang pupus jugek ler.. Nanti aku jumpa lori tu aku snap gambo ok..

Ni aku rasa signage baru rasanya.. ke aku yang lama tak gi sini.
Umang aiihh... orang macam cemut.
Cuti merdeka + cuti awal ramadhan = orang ramai ya hamat!
Aku ni cepat melugai pening nampak semak samun gini. Soping sekadarnya jer...
Home Sweet Home.. Tunggu bajet 2009! kui..







Kelas Kek ku yang pertama..

Tarikh : 29 Ogos 2008/ 28 Sya'aban 1429H
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra
Kursus: Pembuatan kek..


Gigih la ambo yang jahil sudip ni nak blaja gak buat kek.. Sejak kicik memang le kegemaran ambo pada pemakanan kek ni memang tinggi.. diulang... pemakanan ye kawan-kawan. Bukan pemasakan.. loni kena amik tau ler jugak.. aterr.. larat nak membeli jer. Cina wat lak tuh.. adusss..

Tapi memang ler memalukan bila ambo ni, nampak bebeno tak pandei nyer.. huhu.. Alah! namanya pun belajar kan, dah pandai bukan nama belajar pulak...kan jenet kan..?kan..? betul..betul..





The menu? nenanti ler ku upload kan. nak memblog pun malas, nikan pulak nak menaip recipe kann...



Thursday, September 4, 2008

Tak kira..

Kesian aku ni...

Niat dan minat ku untuk belajar menjahit ni muncul since a very2 long time ago... tapi malangnya tak kesampaian. Banyak juga kisah2 sadisku nak blaja menjahit. Tambah2 plak tailor faveret aku yang dah bertahun2 pun dah mula 'menyempitkan dompetku' lately ni. kui..kui... Sakit dado den!..huhu...

Till last 2 weeks aku nyembang2 ngan makcik cleaner yang banyak berjasa membersihkan bilik pejabatku..

Akhirnya, aku 'paksa' jugak sikit masa rehat untuk blaja menjahit ngan makcik sarah.. about half an hour jer per day..

1st day... buat plan baju.. Makcik Sarah bertudung putih.. Taraf guru jgk makcik ni dah..

Oleh kerana aku yg nangkap gambo, logik ler kan makcik yang pegang tali tape kan..! :)
2nd dey, potong kain. Oleh kerana makcikni dah berbelas tahun menjahit baju, 15 minit jer dia ngajo aku potong kain.. Suka, suka...! aku maleh nak blaja yang payah2.. hehehe...

err.. luper nak kabo kain aku ni orang bagi. My best pren gitu.. Kira ni kalu jadik baju ni, special ler sebab hand make tangan aku sindili maaa.. ;)


3d dey.. buat badan dan leher. Dah start menjahit. Jahit tangan gitu dow.. ikut skill makcik masa dia blajar dedolu..
Ini ler hasil jahitan tangannku sebelah depan dan belakang. Rupa tu macam rail ketapi jugak ada.. huhu.. Takper lah, aku kan baru blaja... Ambil galah tolong ajarkan...

So, now.. i'm searching for sewing machine.. Ada yang nak sponsor? wah buleh tanya gitu?? :)hehe.. Cian alin... Kena bukak tabung kilat plak ler ni.


Semoga bajuku siap gak...

~~ILMU~~