5 Mac 2008 :
Hati girang seolah baru mengenal dunia. Melihat kelebihan orang tidak boleh tidak, hati agak terusik. Segala kelebihan mahu dalam genggaman. Biar diri sedar, kudrat dan upaya hanya secebis. Tuhan, campakkan dalam hatiku kecintaan yang tidak berbelah bagi padaMu.
"....Tuhan...
Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku..
Kerana disitu tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cinta Mu ku harap tumbuh
Membajai bangkai dunia yang ku bunuh...."
Suamiku...
Maafkan aku sekiranya kiranya kau terasa kekosongan dalam kehidupan
Justeru kerana kita masih berdua
Adakala hati diulit juga perasaan
Namun
Atas iman dan ilmu yang kau didik dalam diri ini
Aku relakan..
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku
Semoga bahagia membawa kita ke Syurga di Akhirat nanti
No comments:
Post a Comment