Monday, November 15, 2010

Suram hati

Assalamu'alaikum wrh..

Hari ini 15 Nov 2010 bersamaan 8 Zulhijjah...
Para tetamu Allah di Haramain telah memulakan perjalanan ke 'Arafah..
Hati saya sayu merindui Baitullahil Haram... Mudah2an rezeki kami segera dapat menjadi tetamuNya pula InsyaAllah...

Hari ni, cuaca hati agak suram...
Saya belum dapat mengubati penyakit STONE saya itu walaupun berbagai langkah telah diambil.. hahahaha... statement tak berapa betul namanya tuh!
Khamis lepas saya bercuti kerja... Pergi ke Langkawi menjemput Raja ku sambil merayau2 di Haji Ismail... kekeke... terapi dengan membeli... (apo2 jolah wei..)

Tahun ini, Aidiladha saya dan suami di sambut di tempat kerja saya kerana hambatan tugas..
Hari ni dah berasa bahang sedihnya tak dapat balik beraya.. sob..sob..
Then tambah sedih permohonan tahun kke-4 tetap juga ditolak... Sedih sangat!

Oleh kerana sedih sangat, saya terus merayau2 menjelajah seluruh pelusuk donia maya.
Akhirnya saya berhenti disini, walaupun belum muktamad, wuquf sebentar sebagai formality.. selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah jua...

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui... KepadaMu aku berserah, kepadaMu aku bermohon.. Limpahi kami dengan rahmatMu Tuhan... Engkau Mengetahui apa yang ada di dalam hati ini..
Mudah-mudahan... Amin Ya rabb..

1 comment:

ummi nazihah said...

assalamualaikum lin, sebenarnya k.zuna tak nampak apa yang copy dari web page USM tu he he he. Mata mak ni dah kelabu gamaknya...apa pasal hati suram? dengar lagu dari stone temple pilot mungkin boleh merawat kot sebagai alternative...gurau je. agaknya kumpulan ni pun hari ni baru 1st time dengar kan?

raja kan tengah cuti sekarang, suram juga ka??? ajak dia jogging la lin