Monday, September 14, 2009

Sahaja aku...

Salam.

InsyaAllah hujung minggu ni, saya dan suami akan menempuh perjalanan lebih 500km untuk mengunjungi ibubapa kami.. Perancangan balik kampung akan menyebabkan saya agak "tidak keruan" memikirkan keletihan dan kebosanan menempuh masa yang panjang..

Namun, berbekal niat ingin bertemu ayahbonda tercinta, biasanya semangat akan mengatasi segala perasaan yang tak best. untuk Menjadikan perjalanan berdua-dua dengan suami menjadi menarik, terpaksa lah saya dan Raja sentiasa 'refresh' beraneka aktiviti yang bersesuaian untuk menghilangkan kebosanan..


Ada masa Raja mengulang hafazan Al-Qur'an, dan saya menyemak bacaannya...


Kadang2 saya kumpul segala teka-teki dan saling berbalas...


Pantun biasanya memulai perjalanan... Yang paling saya tak tahan gelak bila Raja kata:
"Orang Arab pakai eegal,
Sapa lambat dia tinggal..."


Apalagi... balas ler saya..

"Orang Arab pakai eegal,
owwwhh.. ada hati nak tinggal....???"


Dan bekal perjalanan, selain minyak kenderaan yang mencukupi, jangan lupa top-up touch n' go tol anda..

Teringat peristiwa di Tol Sg Dua Penang, lewat musafir lalu, Raja memecah kesunyian bila tiba-tiba membaca sesuatu yang saya kurang pasti butir bicaranya semasa hendak mengetik kad tol... Yang kedengaran hanya "Sahaja aku...."

Bila saya tanyakan apa yang dibaca, Raja pun cakap:

"Sebenarnya tol-tol kat Malaysia ni pun macam Islamik.. terutamanya lorong touch n' go ni lah..." Naper pulak? "ermmm... sebab depa siap2 dah papan tanda peringatan minta niat bila nak bayar tol.. Sahaja aku ...

Hahaha... Mana ada.... Tu dia kata Touch n' go sahaja lah yang... hehehe...

Layankan jerlah lawak Raja ni. So, setiap kali nak hampiri pondok tol, saya pesan, jangan lupa niat!

Lastly, yang nak balik menempuh perjalanan jauh, berhati-hati di jalanraya. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik. pandu cermat jiwa selamat... Ingat orang tersayang... Niat kerana Allah ta'ala... moga musafir menyuburkan jiwa.. Melihat keagungan dan kebesaran Allah..

Ilal liqa'...



Catatan dari sekeping hati,

Tuesday, September 8, 2009

Slip-parrr



Salam..

Bila dah jadi pekasam, sangat lah susah untuk mencairkan kepala, menggerakkan tangan untuk mencatat. Hasilnya, jadilah blog suam-suam kuku yang hampir membeku.

So, hari ni pun sangat bizi. Saya cuba untuk menggerakkan jemari mengetuk keyboard, tanpa sebarang editing. Mudah2an berjaya memposting barang sepatah dua ayat...

Dalam draft gambo pun banyak, dalam kepala pun banyak idea... Banyak sangat sampai tu ler jadinya... tak tau mula mana dulu. tipu!!!!


Cerita dulu lah pasai selipar. Macam hodoh pelik jer tajuk yang dipilih kan... ahaks!


Kisah bermula.

Beberapa bulan lepas, sajer masukkan sekali dalam bajet bulanan, dan rajin macamana ntah berkenan beli selipar murah2. Bukan satu, dua, tiga, tapi banyakkk... tak ler sampai sedozen pulak. termasuk ler selipar2 Raja untuk sembahyang jumaat. Satu letak dalam kereta saya, satu kereta Raja, satu tinggal kat rumah.

Kat rumah baru di Changlun pun semua saya siapkan selipar. Pintu depan, pintu belakang, toilet atas, bawah, tepi, tengah... Bila kami nak tinggalkan rumah Changlun tu (ermmm... kami tak tinggal lagi di Changlun, masih sayang Sintok lagi, hari minggu jer lepak kat Changlun..) antara kerja saya ialah simpan selipar belakang masuk dalam rumah..

Nampak macam orang kedekut jer kan... tapi saya bilang pada Raja ... "walaupun selipar ni cuma sehengget lapan ploh seng sahaja, tapi kalau hilang pening kepala ooo... bila lagi kita nak gi pekan, nak kena singgah kedai, nak kena beratur bayar kat kaunter...." Alasan orang malas keluar shopping gitew ler... :)

Tapi syok bila Raja kata : Elok sebenonya orang pompuan terutamanya Isteri ni bersifat dengan kedekut. Kan kewajipan isteri jaga harta suami..."

Hehehe... Raja, awak nampak tak hidung saya dah kembang nih.... i likeeee...! puji2 lagi ekkk..


Sehingga ler kemuncak cerita berlaku minggu lepas...

Kami janji nak keluar buat urusan rasmi lepas jumaat.
2.30 pm... tak balik lagi. Sabar. Mungkin student2 datang jumpa tanya persoalan agama kot..
3.00 pm... tak muncul lagik
3.15 pm... 3.30 pm... uiksss! lambat dah abe nih...


Saya dah kulu kilir:
- juadah boka posa ikan bakar prepared!
- Spaggheti siap!
- tebas rumput, petik daun kunyit, petik limau, main kucing, semua buat dah sementara tunggu Raja balik sembahyang jumaat. kelibat tak muncul jugak.

3.45 pm baru muncul... Saya takmo guna mortar dan peluru, muka limau purut dan cuka masam semua sorok siap2. Saya sambut dengan senyum paling manis di Nusantara nih... hehehe... Kiranya masih terkawal lagi ler...

Cepat2 raja mulakan perbualan : "Isteri, Jangan marah saya tau! Memula student2 tu jumpa saya... Macam2 masalah depa tanya kat saya. Antaranya depa tanya macamana nak ubati hati bila hilang benda yang paling disayangi... (saya dah mula dapat meneka..!!)

"Bila saya keluar masjid SELIPAR saya BERTUKAR"..... (dibaca dengan hilang lagi...)

Kepala saya mula mencongak...
3 selipar yang dibekalkan :

1. Hilang di pondok masa pengajian
2. Hilang masa sembahyang jumaat di Masjid Lembah Keriang
3. ni hilang lagi pulak kat Masjid Sultan Badlishah..


Abess dah selipar dia. Raja ni kalau selipar atau barang dia bertukar atau hilang, dia takkan ambil orang lain punya, walaupun sah2 itu jer selipar yang iras2 dia punya yang tinggal.

Tapi Raja pesan : Ini juga temasuk dalam takdir Qada' dan Qadar ketentuan Allah... ditakdirkan dia hilang hari ni. dan saya kena sabar dan tunjuk contoh pada adik2 kita ni. Saya berkaki ayam. Berkaki ayam ni sebenarnya satu benda yang hina, tapi saya buat. Saya pinjam selipar salah seorang adik tu untuk ambil kereta. Mudah2an depa ambil pengajaran. Allah Maha mengetahui..."


Tetiba saya pun macam insaf... betul lah kan. Mujur saya tak marah2 Raja... Cian dia... Tapi saya sempat melawak ke dia... :Raja, saya ingat minggu depan awak kena buat gini ler kat selipar awak:





Hahaha... raja gelak... Ceria semula.

Walaupun dengan selipar, saya dapat pengajaran bahawa:

1. Kena sabar, redha dengan sekecil2 kehilangan atau sebesar2 perkara dalam hidup kita. Suhanallah, Maha suci Allah, Demi Allah, manusia itu tiada daya usaha walau sekecil zarrah menghalang atau menentukan takdirnya sendiri, kecuali semata-mata dengan kudrat dan iradat Allah s.w.t jua...

2. Saya bukan kedekut, tapi jaga harta suami... hehehe...


Sekian coretan ku kali ini. Layankan jer lah.....

Ilal liqa'...

Assalamu'alaikum wrh. wbt...

Wednesday, August 26, 2009

Pekasam

Salam...

dah namanya pekasam kan, makin lama makin sodap!

Tak pasei-pasei dok posa tayang pekasam ape ke heinya...

Sebenonya, ni gambo 'souvenier' saya untuk sedara mara masa cuti hari tu.. tak syok lah, balik jejauh berlenggeng jer, tapi kepala kepupusan idea, apa lagi nak jadikan hadiah..

So, teringat ler pekasam yang sodap nih... hehehe...






Actually dedolu tak suka tak kenai pun pekasam ni. Ziarah rumah sahabat, dia hidang pekasam kebil-kebil ler mata teman.. Pahtu ada satu potluck dengan kawan2 opis, dia buat pekasam ni goreng hancur2, pastu buh bawang, halia dan cili kering racik halus...

bermulalah episod pekasamania... ahai!

Selamba jer boleh order sebalang pekasam dari jiran yang diimport khas dari Selama, Perak.


Di Kedah, pekasam sonang jer nak cari... Kalau petang2 musim tak hujan, biasa nampak orang dok mengail kat taliair padang (ohoh... orang kedah panggil bendang sawah tu, padang... Saya ingat padang tu padang bola!)... Cari ikan sepat, ikan bla..bla..bla... saya tak tau nama apantah.... semua ikan ayor tawar... update: ingat dah, antara yang saya suka ikan lampam!


sahur lagi best dapat nasik panas2 dengan lauk pekasam...

Tapi saya takler selalu bebeno masak pekasam... saya kan pakar pemakanan Raja, kang dia kena darah tinggi macamana.???? Akakkkk jugak yang susah...

Selamat berpuasa semua...!



Sunday, August 9, 2009

Minggu Suaikenal 2009..

Salam.

Minggu orientasi disebut Minggu Suaikenal. Berlangsung pada 28 Jun - 2 Julai 2009. Masuk 3 semester saya diberi amanah menjalankan program kerohanian sempena kemasukkan pelajar2 baru. Idea asal daripada Pegawai Agama senior kami untuk diadakan Ujian Penilaian Fardhu Ain kepada semua pelajar muslim yang mendaftar di Kampus Sintok nih.


Bermula jam 4.30 pagi pelajar baru semua kena bangkit dah. Bersiap, 5.30 pagi yang muslim bertolak ke Masjid, yang belum Islam dikumpulkan ikut Dewan Penginapan Pelajar (DPP) masing masing, ada kuliah moral.

Just imagine, muslim ada dekat 4,000 orang. Saya atur di 3 lokasi, Masjid utama untuk 8 DPP, Masjid Bukit Kachi (lebih 3km daripada kampus utama) utk 2 DPP ada dekat seribu org, dan dua kolej lagi buat di court tennis laluan C melibatkan dekat seribu lebih pelajar baru.


Inilah hasilnya... kami buat SDG (Self Development Group) - konsep yang sama dengan usrah sebenarnya... dengan ada fasilitator dilantik Pusat Islam...
DPP Bank Muamalat (semua pompuan) dan DPP Yayasan Al-Bukhary dikumpulkan di Padang Tenis nan permai... Subuh pun di sini yer..

Yang ma'zurah letak kat wakaf2 luar masjid. Tidak terlepas untuk ujian penilaian.


Tasmi' bacaan fatihah, pemahaman dasar Aqidah dan beberapa persoalan ibadah yang saya dah sediakan silibus beserta jawapannya kepada para fasi. Siswa pun kena yer... jangan nak mengelat! Abaikan yang ketiduran, biasalah waktu subuh.... lepas ni nak kena bebel pulak dengan senior2...

dan sebelah malamnya, saya susun jadual para ustaz untuk sampaikan kuliah maghrib di 3 lokasi sama... ohoh! Bukan senang nak tengok masjid penuh selain bulan Ramadhan tau...

kerna itulah bateri energiku kong sepanjang minggu tu. 4.30am aku bertugas di padang tennis tu, malam melepak di Masjid Utama... Jam 10 malam baru home sweet home... lotih!


Biarpun penat, saya tetap bersyukur. Allahamdulillah... segala puji-pujian untuk ALLAH... terima kasih UUM kerana terbuka menerima idea ini. Semoga budak2 baru masuk ni ada sensitiviti tentang agama... biar mereka turut merasai bahawa ada pihak yang mengambil berat persoalan agama mereka dan menghidupkan iklim beragama dalam kampus ini...

Allahumma bariklana Ya Allah....

Wednesday, July 29, 2009

Send to Back.. :)

Salam.

Balik mana mu?
Bukan balik kampung lama dah ker?

Warghhhhh...
Seriously, saya punya kesempatan yang sangat sempit untuk menulis.
Dan saya merindui teman-teman blog.

Pelik tapi benar.

Dulu pikir, macamana orang boleh bercinta hanya dengan chatting.
Aku takde ler sampai bercinta.
Tapi terasa "jauh" dengan khabar teman2 blog.
Begitu hebat kuasa blog rupanya...

Walau dalam "keciputan" masa, sekali sekala aku jengah juga blog teman2. Sekadar mengambil khabar dan merehatkan minda dari bebanan "kerja di bawah tekanan" yang amat menekan.


Kesian juga pada Raja.
terpaksa berkongsi kesibukan isterinya.
Terima kasih Raja kerana memahami...


Alhamdulillah hari ini dapat mencoret, walau hanya menyapu debu di rumah ku yang lama ditinggalkan.. Moga2 aku akan aktif mencatat..

Kerana aku sudah mula ligat merangka......