Thursday, November 12, 2009

Panduan Hilang Kad TnG

Assalamu'alaikum dan salam satu Malaysia... (uhuk..uhuk...)


Kali ni gagah nak mencatat pasal panduan penting bagi pengembara seperti saya ini.. (pengembara sangat lah katanya...!!). Sebenonya kisahnya dah jadi jeruk limau pekasam, tapi tak sempatlah nak tepek kat blog.. errmmm... alasan biasalah tu kan..

Rasanya macam kena 'tulah dan daulat' sebelum balik raya aidilfitri tempohari ada cerita pasal touch n'go kan.. (yang sebenarnya Ditaqdirkan belaka..)


Senang cerita, balik raya hari tu kami kehilangan kad touch n' go selepas melalui beberapa tol gate.. Perasan kat Tapah kad yilek pocik nehi babuji doohhh...


Setelah melakukan post-mortem, didapati antara asbab berlakunya kehilangan kad tersebut adalah:
  1. Keletihan dlm perjalanan. Exit dari tol Alor Setar Selatan lewat pukul 1.30 tengahari.. Banyak kena settle urusan sebelum balik raya katanya.. Memula Raja ngantuk. Benti rehat solat, ZzzZzz... Saya ok, mata buntang jer lagik... Saya nak drive tak kasik.. Sebabnya Raja "takmo percaya" pada saya untuk drive di highway.. ----- errmmm, bukan kes besau pun.. Puncanya beberapa kali saya ganti drive dulu2 bila Raja mengantuk, saya kata next RnR saya akan kejutkan dia (lebih kurang jarak 30 minit perjalanan..) tapi saya pederaih pecut lepas 3-4 RnR sebab kesian nak gerak dia. Ada sekali saya kata akan pulangkan stering kereta kat Hentian Bukit Gantang, tapi sedo2 jaga saya dah menyusur terowong Menora (Bukit Perak) nak turun Jelapang dah... Bingit gak kena sound macam cikgu sekolah memandu bagi arahan kat student lagaknya... Kat Simpang Pulai baru saya .....bertukar!!!! Ada sekali tu pulak, dari Bukit Merah sampai exit Alor Setar baru saya gerak dia... Tobat lepas tu Raja tak kasik saya drive. demikian kisah panjang sebab no. 1 ye anak-anak semua....
  2. Sebab no.2 ialah dah 3-4 jam berjalanan, sayala pulak mengantuk kan... Posa katanya... Dah tak bagi orang drive, saya pulak ler kroooh..kroooh... Selalunya tugas saya sebagai co-pilot ialah tekan punat window dan hulur kad TnGo pada Raja... Ni dah tido, terkial2 ler Raja buat urusan sendiri..
  3. Dan sobab terakhirlah gamaknya... Alhamdulillah, rezeki tahun ni, pulang beraya dengan Raja nyer new car... So tak familiar lagi nak letak kad tu kat mana... sat kat gearbox, sat kat dashboard... Cupboard jerlah takdok...

Kami pun tak pecut laju sebab hujan lebat sepanjang lebuhraya... 6.30pm berhenti di Tapah utk tapau juadah berbuka puasa.. Rasanya kad tu cicir kat Tapah ni. Saya mula sedar kad yilek pocik... waduh... Dobar jugak ler.. Berhenti di Hentian Jejantas Sungai Buluh meredah hujan menyelongkar kereta mencari kad talian nyawa kereta tuh... Pasrah! kad non-adooo....


oKeylah semua... terus kepada panduan apabila kad hilang:


Pertama : Buat2 terkejut, kalut2 geledah ler kenderaan anda carik sampai tak jumpa... Tak jumpa kalu, go to next step... (hohoho... ini idea Raja nih...)


Kedua: Anda kena exit di laluan Tunai... Anda akan dikenakan panelti mengikut jarak terjauh atau termahal, mana yang lebih melampau (ayat saya ni... PLUS, jgn marah ekkk..). Oleh kerana saya exit Jalan Duta, so depa charge saya ; samada daripada Skudai (RM49++) atau daripada Juru (RM44++) sah-sah ler kena charge harga dari Skudai kan... Pasrah ler kopak duit hengget anda..


Ketiga : Kalu time tu office-hour, dan berasa tak kaya, sayang kad tu ada banyak RM lagi, sudi2lah terminate card tu dengan menalipon talian hayat PlusCare: 03-762805115. Ikut ler arahan tertera. Tekan 1 utk Bahasa, Tekan 2 for English... bla...bla... Kalau tak ikut arahan gerenti tak dapek ler nak cakap ngan operator dia kan... Baki balance dlm kad tu akan dipulangkan dalam bentuk cheque dlm tempoh sebulan daripada report (tapi saya dpt refund tak sampai 2 minggu... Alhamdulillah..) . Peringatan: Pastikan anda menyimpan resit top-up touch n'go anda, sebab kat situ ada no PlusCare tu selain dia akan minta no. mfg yg tertera kat resit tu... dan pastikan masa beli kad tn'g tu anda mendaftarkan diri. Tapi lani memang semua kad tn'g register kan.. sekian...





Tapi kan... ini ada satu tips yang tak boleh pakai punyalah...

Masa exit Jalan Duta tu, Raja sua resit top-up ni dengan note RM50. Tau2lah waktu puncak di Jalan Duta, bukan sikit2 punya kereta... Kami berdebor sebab bimbang malu dan kesian org baris panjang kat belakang kereta. Tapi sebaliknya pulak berlaku, sikit punya gabralah adik Tollgate tu nak settlekan urusan kami..

Minit2 berikutnya saya kata kat Raja " cuba awak gedik2kan tangan kat luar tingkap tu, nampak ler kita lama tunggu dia buat. Takde lah orang kata kita yg tak bagi duit kan..." dengan melawaknya Raja pun ikut ler idea kureng bernas saya tu... Geh...geh... dan hasilnya, pengawal menara kat Jalan Duta tu minta kami dilepaskan tanpa penalti, mungkin sebab kenderaan makin banyak... Ini juga membawa pengertian bahawa perjalanan kami hari itu ditaja oleh PLUS Highway.. huhu... Rasa nak menangis jer time tu... Alhamdulillah... terima kasih PLUS, saya ni pun bukan sapa dengan PLUS ni, pengguna tegar apa... hiks!



Jangan tiru aksi ini yer anak-anak semua... kah..kah..kah... Belum tentu anda menerima kebertuahan sebegitu rupa..




Sekian, coretan utk kali ini... Wasallam...


Thursday, October 29, 2009

Habibi



Salam..


Bertamu lagi Ulangtahun kelahiran Suami hamba..
Tahun ni tak sempat nak buat cooking2 airtangan isteri dengan penuh kasih sayang...
Yang ada kek yang dibeli dengan penuh kasih sayang... hehehe...
Kenapa kek kaler hijau putih?

Sebab saya suka warna hijau, Raja suka warna putih...

Raja menduga "Apa maksud 'Sanah Hilwah ya Habibi"...?
Saya jawab " Sebenarnya kan, saya taktau nak tulis apa atas kek tu... Adik tu tunggu lama saya fikir... saya hantam saja sebab dah malu..."


2007M/ 1428H
Last 2 year ada ler juga buat kek utk Raja...

"Raja, saya buat kek coklat dengan penuh kasih sayang... suka tak?"
"Suka... (senyum sambil mata melilau mencari sesuatu)... Errr... lepas makan kek ni, boleh tak abang nak makan nasi...?"


2008M/ 1429H

Tahun sudah saya atur majlis kesyukuran serba sederhana sempena ulangtahun kelahirannya. Kebetulan dengan Ramadhan, dapatlah jemput student dan beberapa kenalan berbuka puasa dirumah, makan nasi berlaukkan ketam segar dari Langkawi dan hidangan lauk2 lain, tanpa kek... plus percubaan pertama saya buat pulut kuning dengan rendang ayam..

2009M / 1430H

Sambutan hanya berdua kerana saya dan Raja kedemaman... Kali ni juga saya hidang nasi dengan menyelitkan kek sebagai hidangan atas meja... Sah! Raja cuma nampak nasi tanpa perasan wujudnya kek atas meja....

Ermmm... seperti suami2 lain.. saya ingat menu istimewa Raja saya cuma nak nasi, nasi dan nasi sahaja...!

Takper lah Raja... asalkan anak mak mertua saya ni membesar dengan sihat, Alhamdulillah....

Cuma Raja pesan, jgn letak lilin kerana menyerupai peristiwa kaum Nasrani (ada detailnya dlm MASTIKA dulu, nanti saya carik semula) asalkan kek tu tak menyamai mana2 peristiwa agama selain daripada Islam, lulus dengan izin..
Sekian adanya...



Catatan dari sekeping hati,



Thursday, October 22, 2009

Alor Setar Langgar Kangar!



Isk lah... kemalasan tahap maksima di alam maya pada...
Alangkan nak menepek gambar ni pun berjangguit ler...

Sekadar mengisi kekosongan di blog usang.

Papan tanda yang bila dibunyikan : Alor Setar Langgar Kanggar.

Ada satu tempat pulak : Gajah Mati Langgar Pokok Sena

Sekian dulu. Mudah2an dilembutkan jari untuk mencatat... Sarat idea dalam kepala nih...
Catatan dari sekeping hati,




Wednesday, October 7, 2009

Hadiah dr YB Meru

Salam..

Suatu ketika dulu, saat Bapak punya upaya dan kudrat fizikal, Bapak antara penggerak parti kapal layar timbang kati kilo di bahagian Meru Barat... Bila anak2 membesar, menantu bertambah, bapak selalu 'disakat' oleh anak menantu... Sajer nak uji dia... semuanya sambil santai dan melawak... Ermm... Bapak memang sensitif pasal parti2 politik. Dapat kain pelikat setiap tahun tulah yang diungkit pada anak2... Kami apa lagi... sakat lagi!





Balik raya baru ni, nampak ada kerusi roda baru. Uiks, YB Meru bagi hadiah lah... Raja tanya pada Bapak : YB dolu2 bagi apa pak? Relaks jer Bapak jawab : Bagi angin!

Hehehe... But still donno Bapak undi apa sekarang nih... misteri. hehehe.. Undi Anda adalah Rahsia. Pilihan ditangan anda, pilihlah dengan bijak!


Assalamu'alaikum YB Meru.. Terima kasih! Mudah2an dapat menjalankan amanah dengan baik. Moga2 mendapat ganjaran yang tidak sedikit pun kurang daripada Allah s.w.t..


p/s : owwhhh... Syukur saya dapat balik mengundi di Meru, diantara masa sampai dari utara pagi tu dan terpaksa berlari2 anak untuk ke Sarawak jugak tengahari tu, sampaikan Raja yang kena mengundi di Serdang, tak dapat mengundi... hehehe... Sori Raja...!

Sekian adanya....

Catatan dari sekeping hati,

Tuesday, September 29, 2009

Dari Sisi Matahatiku : Eid Mubarak 1430H /2009M



Harap2 tak terlambat untuk saya dan suami mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin... Mohon kemaafan sekiranya ada tersalah kata, tersentuh hati samaada di alam nyata, atau maya cyber... samada perbuatan lahir atau yang lahir dari hujung jari yang menekan keyboard.. Maafkan kami..



Bagi yang ganas sikit...


Sedih saya bila malam saat Ramadhan meninggalkan kita, langit di Meru dihujani dengan percikan meriam dan bom... Umpama bedilan roket, mortar dan peluru berpandu..Saya bersangka baik, mungkin ini persediaan diri kalau2 saya berada di medan peperangan sebenar... tapi hatiku tetap menolaknya...


Saya bukanlah anti sosial tak menghargai 'kemeriahan' menyambut syawal dengan gegak gempita mcm tu... cumanya, jangan ler keterlaluan...

Setiap tahun, mortar buluh dan yang sama waktu dengannya berkumandang tanpa henti... SEPANJANG MALAM sehingga saat Takbir Pertama Solat Aidilfitri... Bukankah lebih elok malam itu dipenuhi dengan puji-pujian kepada ALLAH... Syukurlah, hayat kita masih bernadi sehingga saat itu... Ramai dikalangan kita tidak sempat menjamah kemanisan Ramadhan bila nyawa bercerai dari badan.

Tahun ini saya perasan yang saya terlebih sensitif kepada masalah budaya masyarakat kita menyambut hariraya.. Mungkin saya sudah semakin tua..


Bila terbaca kisah budak umur 2 tahun lebur jemari akibat terpegang mercun bola, sana sini tangan putus, jari hilang, saya terfikir macamana nasib mereka bila besar nanti menjadi "orang yang tidak sempurna a.k.a cacat anggotanya"... Kalau berpunca dari perbuatan dan kelalaian sendiri, tergamak ker mereka bercerita kepada anak cucu mereka nanti "ni tangan atuk kudung sebab atuk main mercun"... Atau sudikah mereka keluar iklan anti mercun dengan dialog "Kalaulah saya tidak bermain mercun...." sambil merenung jari yang hilang....

Yang paling saya tak boleh terima adat (lucu pun ada), kisah benar yang berlaku. Akibat daripada meriam buluh ini, beberapa individu melibatkan ibu ayah bermasam muka, dua keluarga tidak bersapa.. akhirnya terputus silaturrahmi antara 2 saudara setahun lamanya... Syawal tahun berikutnya baru ala-ala pulih. Tapi adakah sama kejernihan silaturrahmi yang telah dicemari dengan maki hamun dan bermasam muka sebelumnya dengan silaturrahmi yang dituntut oleh syara'...?


Saya ingat beberapa tahun lalu, ketika anak kakak2 saya masih kecil, jelas kedengaran meriam dihalakan tepat ke rumah kami jam 2-3 pagi... Anak2 kecil terjaga dan menangis! Sampai kemuncak, kami menghubungi Polis. Jawapan yang diterima malam itu sahaja mereka menerima terlalu banyak aduan sama, tetapi tidak dapat mengambil tindakan kerana hanya ada 2 orang polis sahaja yang bertugas menjaga balai...

itulah rintihan saya... Mungkin tidak salah menzahirkan kegembiraan, cuma jangan sampai jadi HARAM kerana banyak sebab antaranya:

  1. Duit yang digunakan untuk membakarnya adalah bukan tujuan fisabilillah, bukan tujuan kebajikan dan dikira membazir. Layakkah orang yang nak letupkan meriam berniat : Sahaja aku meletupkan karbaid ini, ikhlas fisabillah kerana Allah Ta'ala.. Mana boleh kan..?
  2. Bila terlalu gembira menyambut Syawal, seolah2nya menggambarkan gembira bebenolah nak tinggalkan RAMADHAN. seolah2 Ramadhan tu kesedihan... Mafhum muhalafahnya (antonim) begitu lah kan ? Sedangkan ALLAH memuliakan Ramadhan, menjadikan Ramadhan bulan barakah, dilimpahi rahmat dan keampunanNya.. Bulan yang dijanjikan ada satu malam yang terlebih baik dari 1,000 malam, LailatuQadr... Bulan diturunkan Al-Qur'an. Bulan yang ditunggu2 oleh orang2 yang soleh.. Allahu Akbar..

Semata-mata sisi mata hatiku sahaja.. Mungkin kawan2 lain punya pandangan tersendiri... Wallahua'lam...



Catatan dari sekeping hati,