Tuhan itu adil..
Dijadikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, mukmin dengan mukminat, solihin dengan solehat..
Justeru apa yang perlu dikisahkan andai diri "terasa" kurang berbanding diri orang lain. Tidakkah boleh dikelaskan sebagai salah satu ~~ujian~~ dugaan~~ challege~~ untuk meninggikan maqam diri.
Pengalaman di awal perkahwinan, sering diri diduga dengan cerita teman teman yang terlebih dahulu melayari bahtera perkahwinan. Terdetik dihati tatkala mendengar melihat kebahagian sang teman "alangkah indahnya...!" cemburu dengan orang lain. Namun saat dilamun ceritera duka dan ujian pasangan lain, hati mencemuh "Semoga aku terhindar dari kisah sedemikian"..
Namun, pasakan diri paling mudah,. sentiasa bersyukur.
Apakah kita mengira semua yang bahagia tidak menangis?
Apakah kita tahu apa di sebalik hati manusia lain?
Apakah kita tidak pernah bahagia...
.........Manakah nikmat-nikmat ALLAH yang kamu dustakan?''
SYUKUR lah wahai isteri...
habuan mu di akhirat kelak
Ketaatan dan kesabaranmu menjadi ukuran
Tenanglah wahai isteri-isteri..
Jangan diikut hawa nafsu
yang menjadikan material ukuran kebahagiaan
Jangan sampai derita di dunia,rugi di akhirat
Suamiku...
Redhakan setiap perbuatanku
Semoga hati kita sentiasa diikat dengan mawaddah wa rahmah.
No comments:
Post a Comment