Wednesday, April 30, 2008

Kota Singa Singapura 2007



7 Disember 2007


Lawatan ke Singapura..



2007 - Kali ni office bergerak ke selatan tanah air. Bersama aku mestilah My Raja, hubby aku skali..



Alhamdulillah selamat juga sampai ke Kota Singa, Singapura. Tuju terus ke Masjid As-Syakirin, Yung An Road. Longitud tak berapa nak pasti. Perjalanan Rombongan cik Kiah terlalu lah panjangnya... Bayangkan daripada bahagian paling utara kat semenanjung Malaysia, sampai paling selatan... Kira2 matematiknya hampir 700km gitu. Kalau jamak2 tu kira boleh jamak semua sekali lah... hehehe... fuh...! Serik tu boleh cecah tahap gaban ler..

Dah gelap baru teringat nak bergambo.. Muka tak berapa nak manis dah ler..


Pertemuan lebih kepada bertukar pendapat dan belajar sistem orang lain. Tengok persempadanan kawasan iktikaf masjid dengan pejabat, sistem pendidikan Islam dia (kemas beb!) dan most important nak aktiviti yang nak tarik croud. Kutipan Jumaat setiap minggu mencecah SD3 ribu. Program yang dianjurkan memang mendapat penglibatan masyarakat Islam setempat. Terfikir juga aku ni, dalam masyarakat minoriti, mereka boleh menjadi lebih kuat. Semoga terus istiqamah..

Yang istimewa (biasanya orang bercerita pasai singapore ni) mestilah tandasnya... hehe.. Memang ler cantik nak banding dengan toilet masjid kat Malaysia. Kena tiru ler jugak.. Biar sedap mata memandang..


Makan time.. orang hidang, makan!


Banyak lagi nak stori, tapi mata tak larat dah.. esok kerja day... huhuhu..

Selamat malam.. Semoga esok terlebih baik daripada hari ini.. Nanti sambung cerita lain..




...sambung pulak...




Singgah Tangkak, dok buak gapo, ngango jah..




Jalan Bandar Melaka, family menghiburkan anak2..



Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka

No comments: