Sunday, June 29, 2008

Ingat nih..

BATAS PERGAULAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988 (NO. 9 1998) MEMPERUNTUKKAN KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN , ANTARANYA SEPERTI BERIKUT:

SEKSYEN 5 : Kesalahan melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam.Contoh: * Berdua-duaan dan ada sentuhan spt belai – membelai dsb di taman bunga/ pantai dll. * Duduk bersentuhan di bangku * Berpegangan tangan sambil berpelukan ketika berjalan.

Hukuman: Denda RM 1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 9 : Khalwat : Bersekediaman, bersekedudukan , berkurung , bersembunyi atau bersama dengan wanita bukan isteri atau mahram di mana-mana tempat , tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai samada di waktu siang atau malam. Bilangan tidak disyaratkan , mungkin seorang dengan seorang atau secara ramai.Contoh: * Bersama-sama di hotel , rumah , mana-mana bilik. * Berduaan di dalam kereta di tempat sunyi waktu malam atau siang. * Di taman rekreasi yang tersorok atau jauh dari pandangan ramai.

Hukuman: Denda RM 2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama 3 tahun.

SEKSYEN 11: Zina atau persetubuhan haram walaupun suka sama suka.
Hukuman: Denda RM 5,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 12 & 13: Muqaddimah zina: Iaitu perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa kepada melakukan perzinaan seperti berpelukan , berciuman , tidur sekali sama ada dengan berpakaian atau tidak berpakaian.

Hukuman: Denda Rm 3,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 16 : Hamil atau melahirkan anak luar nikah.
Hukuman: Denda RM 3,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


SEKSYEN 20 : Melari atau memujuk perempuan lari daripada ibubapa atau penjaganya. Termasuk memujuk untuk meninggalkan wali untuk berkahwin. Hukuman: Denda RM 2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. PONDAN: Mana-mana lelaki yang berlagak dengan pakaian dan fesyen , tingkah-laku , gerak-geri , solekan dan suara seperti wanita.Hukuman: Denda RM 1,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

PERINGATAN: MANA-MANA PELAJAR UUM YANG DISABITKAN DENGAN MANA-MANA ENAKMEN TERSEBUT, BOLEH DISINGKIRKAN DARIPADA UNIVERSITI (mengikut Akta 30, AUKU pindaan 1974).

Sekian, diwartakan...

No comments: