Monday, June 9, 2008

Pengalaman lagi

Nampak rostrum lebih tinggi jugak daripada tuan... Bateri kamera tak berapa sihat, gelap jer lah gambo..



28 Mei 2008M / 23 Jamadilawal 1429H

Present paper "Model Pembangunan Modal Insan IPT: Pengurusan dan Pembangunan Organisasi" di persidangan Peringkat Kebangsaan Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam IPTA/IPTS 2008 anjuran Pusat Islam USM.


Kisah agak tragik bilamana aku terpaksa menggantikan Pengarah aku membentangkan kertas kerjanya. Pada masa yang sama rombongan P.Islam UUM menunaikan lambaian Haramain mengerjakan ibadah umrah dan ziarah ke Mesir. Bukan rezeki aku untuk bersama Program Umrah ni (walaupun penglibatan daripada awal lagi... huhuhu) . Apapun redha itu lebih baik... Moga-moga aku dan suami diluaskan rezeki untuk mengerjakan haji pulak.. Amin.

Pembentangan petang tu bersama Dr. Ajmain Safar (Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial UTM) dan sebaris jugak bersama Prof. Madya Dr. Omar Osman, TNC (Hal Ehwal Pelajar) USM.. Moderator En. Zuridan Mohd Daud (Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang).

Si Kerdil ini terus berceloteh, bentang tahap kemampuan dan kefahaman. Aku pun tak sangka, dari mana keberanian datang, walaupun awalnya aku rasa macam nak rebah atas stage tuh.

Ada gak orang terhibur bila sesekali aku tukar mood pembentangan yang agak serius dengan jenaka nakalku.. hehehe.. Dan Alhamdulillah aku boleh jugak bagi ulasan pada soalan2 yang dikemukakan pada panel.. Semuanya base on pengalaman time ngaji kat UM dulu dan serba sedikit pengalaman kerja ku sekarang. Kalau pikir2, mana aku tak gabra, sebaris dengan aku semua ada Prof. Madya, depan aku Dr.2.. paling tidak pun pegawai2 HEP Universiti Malaya yang dah bertugas masa aku dok ngaji lagih.. huhu..

Kawan2 dari UUM datang memberi sokongan (ntah nak gelakkan aku kot...). Aku rasa macam buat show pun ada. Alhamdulillah, berjaya juga aku melepasi cabaran ni...

;)

Then, saat yang aku nantikan... Pulang bertemu ayahbonda sementelah cuti sekolah bermula! Rinndu banget sama orang kampung... hehehe... Sebelum pulang sempat menyoping di Kedai Buku di Kompleks Mara depan Masjid Tanjung Keling, Penang. Fuyyooo.. aku dah naik gila tengok buku bagai..





No comments: