Monday, August 4, 2008

Kerja? umpphhh..

Aku dah rasa letih..


Pagi malas nak gi kerja, tak semangat, tak tau nak buat apa... huhu.. aduhai malasnyaaaaa.....!


Teringat aku seorang sahabat karibku, My.


My berkahwin seawal tamat pengajian di Universiti dulu. Rezki My murah dikurniakan 3 orang zuriat dan sekarang bertugas di rumahtangga suami tercinta.


Pernah My melahirkan ke'cemburuan'nya padaku, punya kerjaya, bal..bla.. dan sekian lama My menyimpan cita-cita untuk mencari pekerjaan jugak seperti wanita-wanita zaman lani. Awal tahun ini pun My berjaya mendapat tawaran KPLI, tapi ditaqdirkan dia mengandung anaknya yg ke3, terpaksa ditolak. Ntah kekuatan darimana, aku nasihatkan dia kalau takde keperluan bekerja, suami mampu menyara, takyah ler kerja...

Lani, aku sebenarnya yang cemburu pada My! Aku dah syok dok rumah... buat2 kerja kat rumah.. bla...bla....bla...yada..yada.. (Banyak menda yang aku nak buat tapi tak terikat dengan waktu kerja..!)

Lagi best kalu aku dok rumah tapi gaji masyuuukk macam sekarang. geh...geh... Bertuah la badan. ;)
Bukan kata aku tak puashati dengan kerjaya aku sekarang. Syukur ALhamdulillah. Memang banyak lagi keperluan masyarakat yang boleh ku bantu untuk menegakkan agama Tuhan dengan kerjayaku ini, tapi aku tau kudrat dan upayaku...

Hwaaaa.... wawawawawwaaaaaa

Sebenarnya aku banyak cerita nak share, tapi tak dan. Kerja...kerja...kerja... huhuhuhuhu... Nanti lapang aku upload gambo percutian ke KILIM GEOPARK, Langkawi... Tunggu!

No comments: