Wednesday, August 6, 2008

Mengurus Jenazah

Tarikh : 22 Julai 2009 M / 24 Rejab 1429H
Lokasi : Kem PLKN Sintok
Peserta : Pelatih PLKN siri 3 / 2009M






Keterangan gambar : AKu takdek pun sikit habuk dalam gambar tu. Maklum ler pegang kamera. Sorang staf P.Islam, sorang lagi adik praktikal. Saja buat pendedahan pada depa. Mudah2an lepas ni depa pun boleh sampaikan kursus or bengkel nih.
Alhamdulillah, akhirnya aku menjejak kaki jua ke Kem PLKN untuk sekian kalinya untuk bantu kursus Pengurusan Jenazah.

Seingat aku, sepanjang berkhidmat 5 tahun ni, banyak kali dah aku menganjurkan bengkel ni. Tapi semua import tenaga penceramah dan fasi luar. Sehingga aku mengadu pada seorang ustazah ni yang aku tak confident nak uruskan jenazah. Relax je jawapan dia : Awak tu tak fokus, dok sana sini mana nak dapat pun! errrrkkk... (tersipu2 aku kena "puji" camtuh)..

Sehinggalah satu kejadian tahun lepas 2007. Aku baru menyudahkan kuliah Fiqh Wanita di sebuah kolej Kediaman ni. Kakak dari Bangi call bagitau sepupu ku agak nazak di hospital akibat penyakit saraf. Perasaan dah tak best dah, yelah sepupu yang kecik2 dulu main sama2, lani dok sakit teruk, mana tak susah hati.

Then, naik pulak number sorang pegawai HEP " siapkan persiapan mandi dan kapan. Sorang siswi kita accident depan Canselori, meninggal. Standby kat masjid, selesai urusan hospital serah untuk mandi dan kapan"

Gulppp...!! Ya ampunnn...

Alhamdulillah ALLAH bantu aku. 3 orang makcik Kampung Darat dan kawan2 jenazah terdiri daripada pelatih2 PALAPES siap sedia. Aku jadi pengarah jer lah. Apa2 pun aku keluar perintah jer time tuh.

Dalam hati siapa tau...

Dag..dig..dug.. Hati berdebar2... menggeletar.. tak tentu arah lah kata orang. Sepanjang dapat berita sampailah jenazah tiba jam 12 malam, aku dok buka, baca dan hafal bagai... Ini bukan kali pertama jenazah pelajar diuruskan di sini. Cuma kali ni bezanya, aku takleh lari. Hari minggu cuti, pegawai lain takdek. Aduss..

Insaf seketika.. Dengan seluruh rakan2 PALAPES (adalah 200 orang) berpakaian rasmi menanti penuh sabar dan istiadat, seolah2 menaruh harapan besar aku mampu uruskan.. tapi aku...??

Di situlah aku belajar lebih bersungguh. Apa2 kitab berkaitan jenazah ku beli, ku fahami dan ku hafal. Semoga menambah keyakinanku dan memberiku kekuatan untuk menyempurnakan fardhu kifayah ini...

Sesungguhnya pada mengingati kematian itu adalah peringatan diri paling berharga.

**************************************************************************

Aku tidak dapat meneka, bila pula tiba masa ku tinggalkan dunia. Bila ku kenang terasa lemah, apa bekal yang akan ku bawa...?
Raja,
Kalau saya pergi dulu, redhakan saya. Doakan saya semoga diterima di kalangan orang2 yang soleh. Amiinn...

2 comments:

Jannah Ibrahim said...

Alhamdulillah K Leen.. dapat pengalaman paling berharga.. saya teringin nk sumbang tenaga uruskan jenazah.. tapi ilmu tak dak...bestkan dapat tunaikan fardhu kifayah walaupun hanya satu perkara..subhanallah..
Hope lepas ni K Leen lebih confident.. sket2 lama2 jadik terel..tak yah dah guna buku nanti

Linz said...

TQ.. Malu jer citer. Harap2 jadi pengajaran kat org lain utk sentiasa "bersedia"..