Tuesday, October 7, 2008

Pekan Rabu Soping Center..

Macam dah jadi kewajipan, nak balik kampung kena bershopping kat pekan rabu.. bukan khamis, bukan jumaat. tapi Pekan Rabu Aloq Setaq,kedah Darul Amannnn... Aku membeli belah bukan utk diri sendiri, tapi all for family di kampung...

As usual, inilah adegan yang tak suka aku lihat... jammed, orang macam cemutt... nak buat guano, nak beli barang makanan awal2 kang balik kampung rosak pulak kann..



Pemandangan dari luor bangunan..

Antara lot kidai-kidai dalam bangunan Pekan Rabu ni yea.. actually kedai2 ni pun ikut kategori. baju, food court, mknn kering dll.. Idok ler teman mau nangkap gambo semua kan.. gilo apo! malu ler jugak teman.
Cari piah... Toksah beli sini lah. Cekik betoi.. kita beli kat bazaar syawal ye Raja yeak...yeak..



Ini lah model dodol pujaanku... hehehe.. Sorry Yati, Selamat hariraya... di sinilah punca utama aku kena gi Pekan Rabu. of course dodol, Mak Bee (kuah rojak), kuih bunga Ros (goyang), muruku, kuih bangkit, karas, putu dll menjadi habuan buah tangan balik kg.. Bukan setakat raya jer, hampir setiap kali nak balik kg, ni ler kebanggaan kami untuk rakyat semua... hehehe.. Since aku datang 1st time ke kedah till le sekarang, kedai ni jgk ler aku tuju.. Glamer dah kedai ni, cuba enlarge gambo tu, nampak tak depa baru keluar paper pasai dodol... huhu.. ni tambah glamer masuk blog plak yeak... huhu...

~~...KENA BERINGAT JUGAK TIME "MEMBELAH"...~~ :)

Monday, October 6, 2008

Masih nak buat maksiat???

Diulang-ulang sebagai renungan dan refresh kehidupan..
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan yang keempat, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah."
~~ USIA BUKAN BERTAMBAH, TAPI MAKIN BERKURANG!!~~

Ayam tergolek

Ini sebenonya eksperimen pertama dalam menyelesaikan misi teringin ayam golek sesuka hati kedebaboo... Dapat jugalah jadi juadah buka posa kami.. Alhamdulillah Raja suka, tak panggung kepala sampai ayam tinggal sebelah baru berhenti... hehehe..
Bahan :
Ayam sekor - cuci bersih2 dan suci yeak! Buang segala isi perut.
2 tsp lada putih - tumbuk ( i guna serbuk jer)
2 sudu besau lada hitam -tumbuk kasor2..
1 labu bawang putih - belah 2 xyah buang kulit ( i guna sebanyak sesuka hati je.. 8 biji cukup ler)
Chicken seasoning - aku tuko dengan garam jer..
sikit Madu buat simbah2 last tu..
Aku sumbat perut ayam dgn apple hijau + kentang potong dadu+ lado hitam.. yummy!
Perap sejam kaa... seharian lagi sodap!
Bakor suhu 205' gituh.. setengah jam bako, kena kalih kot belakang plak yeak..

Ni le dio hasil eksperimen ku...


Traditional English Gravy

1 liter air

6 biji stok ayam

2 tsp lado hitam - tumbuk halus

sikit cuka makan (jgn ko guna cuka gotah, mampuih nanti!)

2 sudu bosa tepung gandum bancuh ngan sikit air.

Method:

ekau robus ja air sampai mendidih, masuk stok ayam kacau sebatikan dan mendidih lagi, pastu masukkan lado hitam, cuka dan last sekali bancuhan tepung gandum. Actually aku tak ikut actual bahan dia, sebab aku buat utk mkn 2 person jer kan.. pepandai le hangpa nak ejas lagu mana yeee...

Siap ler set ayam dengan sosnya... hidang dengan french fries, mix vege dan sodap lagi dengan cheese makaroni..


Nasi ayam aku belasah jer..


Aku suka tumis kat luar periuk nasi, lebih selamat dan mengelak nasi mentah ke, apakan... orang tak teror gitew ler...


Orang tak makan ayam golek tu dengan nasi, tapi sebab kami ni perut orang melayu jati, terpaksa jugak ler layan ayam golek tu dgn nasi... sekian adanya....

Sunday, October 5, 2008

Cerita tentang Buku

Pada suatu hari, Istri cerdik yang solehah mengutarakan idea bernasnya kepada suami tersayang....
Isteri : Abang, setiap bulan kita spend duit beli buku2 nak? Syiok la kalu ada library kat rumah kita ni...
Suami : lorr.. memang abang dok buat lani.. awak tak perasan ker.. Tiap2 bulan abang beli kitab baru...
Isteri : Errrr.... Perasannnn... ermmm..
Abang, buku abang tak cukup rak ler... Sepah2..
Suami : Mana tak sepah nyer... Barang sapa yang do nyelit2 celah buku2 abang tu?
Isteri: Lorr... Bio ler barang saya, tumpang pun tak boleh! dekuttt... ;(
(Sila baca dengan nada rendah ye... dosa tinggi sora dengan laki ye anak-anak.... hehehe..)

Isteri : Ni tak tau nak letak mana dah... Kita beli rak lagi nak tak? Satu utk abang, satu untuk saya... kita lawan rak sapa yang penuh buku dulu...


Suami : Boleh... abang setuju! Tapi rak awak yang kecik cinonet ni pun tak berapa nak ada buku lagi... Kalau fill in the blank rak ni dulu nak tak? nak..?


Isteri: Warrghhh.. asyik orang jer kalah!

Perhimpunan Bulanan

Macamana agaknya aku buleh nangkap gambar ni? Jawapannya... sebab aku datang lambat! huwahahahaha... Ater... dalam terhegeh2 aku merayap masuk dalam line Jabatan aku, dapat jugek ler aku snap gambo...
Pada aku, Takde apa ler yang istimewa bebeno dalam perhimpunan ni.. Dah sebab jadi wajib kena hadir kan.. haruslah aku attend jugak. kui..kui... Jgn aku kena surcaj di bawah Akta Badan Berkanun udahh...
wah..wah... bunyi macam bagus, haram PTK aras 3 jugak... makcik tension nih! Aku jadi tak paham jugak pasal PTK ni.. Lunyai dah nota2 ku telan, idak jugak lepas aras 4 tu.. Setakat ni aku berazam tak mau ambik lagi PTK.. 5 tahun aku dok mengulang kertas umum tu... aku nak ikut jejak langkah "cikgi Farah" yang tak pernah gatai apply exam PTK.. hehehe..


~~EMOSI!!~~