Monday, October 13, 2008

Lagi kisah tentang buku Sr. 2

Wahahaha... Raja, jangan perkecilkan isterimu yang kecil ini dengan rak kecilnya ya... itu di rumah... ni ada se lagi kat opis ni... ni... haaahhhh..!!!

Wahai teman2 sekalian, ntah ngapa tetiba mood nak membaca makin baik.. jadi Kisah Tentang buku dipaparkan untuk menunjukkan 'kekosongan' di rak2 ku agar jika ada kesudian teman2 yang nak menyumbang buku kepadaku...

hehehe.. iklan rupanya!


Rebat Tunai ku Lebur

Ni jugek kewajipan ke atas kereta2 yang dah tuo berumur yeak.. Alhamdulillah ler dalam kejadian nak balik kg raya mega tempohari, ko sambut birthdey ko yang kelima ye kereta..

Congratulation my galaxy grey atas sumbangan ko sebagai kereta yang telah berkhidmat selama 5 tahun kepada tuanmu yang comei ini.. huwahahaha...


Kali ni, 'kesakitan dalaman' keretaku agak parah.. Clutch pad/plate nyer sudah haus.. ooo.. pandai jugak ko dahaga ye kereta? Ingatkan minum minyak mahal tu jerr...



tong-teng tong-teng... lebur jugakler RM 625.00 yang Kerajaan bagi hadiah bestdey ko tu kereta (plus menda2 lain lah yeak)... pahni Jaga kesihatan sendiri yeak..


Dan Alhamdulillah... kali ni kami temui satu lagi bengkel yang agak lengkap keperluan 'doktor'nya untuk merawat kereta, milik orang Melayu Islam...


Actually, kami memang jarang serah tangan2 non muslim utk baiki kereta (selain terpaksa, terdesak dan kena rawat segera tapi kedai melayu takde). Masa tuko timing bell dulu pun, Raja pass kat sorang foreman yang baru buka bangsal bengkelnya...


Katanya nak support kedai ni bio orang lain tengok, confident nak letak kereta kat dia. Time tu, dia takde menda lengkap nak bukak segala bagai enjin dalam tu. Mostly dia buat manually ko! Alhamdulillah, lepas pada tu ramai dah melepakkan kereta depa sinun... Dan foreman tu pun cukup baik ngan Raja, asal tepon mengadu rosak jer, layannnn baik punya. Dan Alhamdulillah lah, bukan org melayu tak boleh buat, elok jer boleh jalan... dan Alhamdulillah kali ni, bengkel ni buat lebih murah dan lebih puashati than others...

Sedis tengok keadaannya cenggini... huhuhu..


Ni ler mendanya yang dah bercalar balar...

~~Alhamdulillah atas kurnia nikmat. Semoga terus digunakan untuk jalan kebaikan~~

Hasilnya..


Ni ler, hasil tawaf kidai yang ku lakukan sebelum pulang beraya. Ni ler yg ku sumbat dalam kereta kecilku.. err... tak include beg baju kami lagi yeak..

Tuesday, October 7, 2008

Bukit Kayu Hitam pulakk...

Rupa-rupanyanya....
dalam checklist barang kiriman sedara mara masih ada lagi yang tertinggal... huhulalala... Larat teman nak redah gi Padang Beso lagi? ohhh tidak...! Then teringat "Black Forest" yang tak jauh dari rumahku ini(dalam 12km kurang lebih je), yang tak pernah ku bawa Raja menjelajah.. Ada ler sekali dua gi Bukit ni, tapi gi ziarah sedara. Kata nak nyopping kat sini idok lerr...
Masa muda belia dulu, ada ler sekali, dua kali, tiga kali aku lepas ke Danok, Thailand untuk menyopping... hehehe.. syok ooo... Halal restaurant pun banyak, prostitute (betoi ke eja ni ntah...) laaaagiiiii banyaaakkk!! Tengah syok2 dok menyantap, datang ler gajah and anak gajah berkeliaran minta makan! opocot aii... lomah jantung den! Gajah betoi ni, gambo jer takdok.
Gagah gigih ler gi terjah jugak. Mudah2an barang yang dicari akan ditemui..
Imigresen Bukit Kayu Hitam..
Lani kena bagi IC walaupun nak gi Free DutyTax Zone pun
Ayam itik pulang petang.. Petang2 lori2 keluar masuk Malaysia-Thailand memang banyak dan jammed panjang. Tapi kenderaan2 ringan no hal lahh...
Welcome back to Malaysia... Ini ler tempatnya TOL PALING MAHAL DI MALAYSIA.. anugerah ni member2 lain yang bagi,aku panjangkan jer... just utk perjalanan jarak tak sampai 100 meter kena bayor RM3.60 (dulu RM3 jer, naik tol, naik sama ler dia...)



Alhamdulillah... oleh kerana aku sampai pun dah lewat petang, ada 2 gerai jer tinggal. Semua yang kuhajati di temui dan boleh tahan ler cheaper jugak...
~~TIDUR LENA~~

Pekan Rabu Soping Center..

Macam dah jadi kewajipan, nak balik kampung kena bershopping kat pekan rabu.. bukan khamis, bukan jumaat. tapi Pekan Rabu Aloq Setaq,kedah Darul Amannnn... Aku membeli belah bukan utk diri sendiri, tapi all for family di kampung...

As usual, inilah adegan yang tak suka aku lihat... jammed, orang macam cemutt... nak buat guano, nak beli barang makanan awal2 kang balik kampung rosak pulak kann..



Pemandangan dari luor bangunan..

Antara lot kidai-kidai dalam bangunan Pekan Rabu ni yea.. actually kedai2 ni pun ikut kategori. baju, food court, mknn kering dll.. Idok ler teman mau nangkap gambo semua kan.. gilo apo! malu ler jugak teman.
Cari piah... Toksah beli sini lah. Cekik betoi.. kita beli kat bazaar syawal ye Raja yeak...yeak..



Ini lah model dodol pujaanku... hehehe.. Sorry Yati, Selamat hariraya... di sinilah punca utama aku kena gi Pekan Rabu. of course dodol, Mak Bee (kuah rojak), kuih bunga Ros (goyang), muruku, kuih bangkit, karas, putu dll menjadi habuan buah tangan balik kg.. Bukan setakat raya jer, hampir setiap kali nak balik kg, ni ler kebanggaan kami untuk rakyat semua... hehehe.. Since aku datang 1st time ke kedah till le sekarang, kedai ni jgk ler aku tuju.. Glamer dah kedai ni, cuba enlarge gambo tu, nampak tak depa baru keluar paper pasai dodol... huhu.. ni tambah glamer masuk blog plak yeak... huhu...

~~...KENA BERINGAT JUGAK TIME "MEMBELAH"...~~ :)