Tuesday, October 7, 2008

Bukit Kayu Hitam pulakk...

Rupa-rupanyanya....
dalam checklist barang kiriman sedara mara masih ada lagi yang tertinggal... huhulalala... Larat teman nak redah gi Padang Beso lagi? ohhh tidak...! Then teringat "Black Forest" yang tak jauh dari rumahku ini(dalam 12km kurang lebih je), yang tak pernah ku bawa Raja menjelajah.. Ada ler sekali dua gi Bukit ni, tapi gi ziarah sedara. Kata nak nyopping kat sini idok lerr...
Masa muda belia dulu, ada ler sekali, dua kali, tiga kali aku lepas ke Danok, Thailand untuk menyopping... hehehe.. syok ooo... Halal restaurant pun banyak, prostitute (betoi ke eja ni ntah...) laaaagiiiii banyaaakkk!! Tengah syok2 dok menyantap, datang ler gajah and anak gajah berkeliaran minta makan! opocot aii... lomah jantung den! Gajah betoi ni, gambo jer takdok.
Gagah gigih ler gi terjah jugak. Mudah2an barang yang dicari akan ditemui..
Imigresen Bukit Kayu Hitam..
Lani kena bagi IC walaupun nak gi Free DutyTax Zone pun
Ayam itik pulang petang.. Petang2 lori2 keluar masuk Malaysia-Thailand memang banyak dan jammed panjang. Tapi kenderaan2 ringan no hal lahh...
Welcome back to Malaysia... Ini ler tempatnya TOL PALING MAHAL DI MALAYSIA.. anugerah ni member2 lain yang bagi,aku panjangkan jer... just utk perjalanan jarak tak sampai 100 meter kena bayor RM3.60 (dulu RM3 jer, naik tol, naik sama ler dia...)



Alhamdulillah... oleh kerana aku sampai pun dah lewat petang, ada 2 gerai jer tinggal. Semua yang kuhajati di temui dan boleh tahan ler cheaper jugak...
~~TIDUR LENA~~

No comments: