Saturday, November 29, 2008

3rd Kelas Masakan - Tepung Talam

Tarikh : 14 November 2008 / 16 Zulkaedah 1429H (Jumaat)
Kursus : Masakan Tepung Talam
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra Kedah
Yuran : RM40.00

Menu :
  • Talam Keladi

  • Talam Tokyo

  • Talam Roti

  • Apom (bonus)

Pengajar : Puan Siti Fatimah Puteh.


Proses nak ngerjakan Talam Keladi Talam Tokyo

Apom
Demo cara memakan Kuih Talam oleh kak Amy!
Alhamdulillah, berpeluang lagi mengikuti kursus masakan. Selama ni rasa "MUSTAHIL ADAT" ler aku buleh buat jenis2 kuih talam ni. Teringin dah lama dah, tapi takde saper sudi ngajor aku.. huhu..

Kali ni pergi lagi dengan Kak Hilmiyati Salleh lagi. K.amy course Farmasi masa di UM dulu. Isteri kepada Mr. Bakri Mat - x Syariah kot yer masa kat APIUM. (ya ampun k.amy, orang promosi plak k.amy nih!!)

Kali ni rasa puashati bebeno.. Ntah, rasa kepuasan skit ler.. sebab rasa mudah banget. InsyaAllah, kali ni azam nak perturun resepi. Errmm, aku syok kursus di kolej komuniti ni pasal memula cikgu akan buat demo, sambil2 layan soalan bertubi2 daripada aku. hehehe.. Pastu pecah kumpulan dan buat sendiri2.. Pastu bawak balik bukti kes tunjuk kat Raja.. hah, rasakan! hehehe...

Problem ler 2 minggu ni aku takleh nak masuk blog sendiri! tak suke tau! :/ Nanti line clear aku upload, insyaAllah....

Lepas daripada minggu buat kuih talam ni, aku join plak kursus penghasilan Roti. Kali ni pergi ngan Cikgu Farah a.k.a Kak Ah, Kak Ina (ofismate) dan Kak Amy. Akhirnya K.amy dan K.ina menjadi sahabat baik yang ketagihan tegar ikut kursus masak. Hahaha... Bagus..bagus! Depa ikut plak kursus kek, pastu kursus Tartlet dan pastri dimana ketika kejadian itu aku sudah surrender! hiks! capek toh...!


Thursday, November 27, 2008

Jeti Kuah,Langkawi


Tarikh : 8 November 2008 (Sabtu)


Tunggu Raja beli tiket feri, aku menyenap gambo.. mana ada kerojer lain? gambo...gambo... hiks! Aku dah tak berapa nak ingat ler Jeti Kuah masa aku memula sampai dolu (5 tahun lepas le tuh). Since datang dengan Mazlina dekat nak SUKMA tahun bila ek yang Kedah jadi Tuan Rumah... 2006 kot. hah... time tu ler depa pakat dok renovate jeti Kuah ni.


Cantik memang ler cantik, tapi dia menyebabkan semua harga barang di Langkawi meningkat dengan jayanya... hahaha... Terror tak aku nyer teori? Power! Penggemar dan pengumpul Corning Ware, Vision, Vantage, Luminarc dan adik beradiknya, mula gigit jari ler..


Aku?? Aku ok... mana aku pandai pakai sumer tu? :)


Choc n perfume..

Haji Ismail Group (HIG)
Aku bukan ler duta HIG, tapi mana2 drebar kat langkawi ni, kalau tanya mesti suggest ke HIG - InsyaAllah confirm masih melayu Islam lagi owner nyer. Idaman Suri India yang punyaa mar...


Kidai Jam..
Aku berdiri tepi kedai ni lah. Raja pi beli tiket.. Cian aku... huks!


Carlo Rino.
Oleh kerana aku ni pengguna tegar beg mesra alam percuma sumbangan santan M&S sebagai handbag rasmi ku (percuma masa beli santan tu), maka aku takde lah keperluan menyervey rega kat CR ni... gituuuu..


Buat tatapan penggemar2 pinggan mangkuk...
Elokler beli kaca pun. Melamine tidak baik untuk kesihatan anda sekeluarga..
ha.. tips membeli kat sini :
Oleh kerana Langkawi Zon Bebas Cukai, tapi jangan terkejut ler bila lalu pemeriksaan kastam sebelum naik feri @ flight ada barang2 (almost lah senang cakap, kecuali ceklat) akan kena cukai... Ini perkara malas mau bagi tips la.
Yang aku nak kabo, bab menawar ler kan. Aku ni kan muka ala-ala kesian sikit. Mula tu aku akan tanya banyak mana less dia. Biasanya 10%-15%. Dahtu, takkan aku nak 10% je kan, mintak ler 15%. Pahtu, agak2 rega tu boleh digenapkan, mengapa tidak anda menawar kadar seringgit dua? hehehe... kalu RM63.70, selamber jelah mintak RM60. Betulll, depa ni dahlah duty free, takkan ler takleh kurang lagi dengan customer. Aci kan? hiks!
Compare ngan luar, memang ler banyak kemurahannya di sini.
Jangan silap pulak, barang letrik memang tak murah ye kat Langkawi.

Adalah orang dapat Birthday present nya...
Happy Belated Birthday Raja!

p/s: maz, yuk jalan langkawi!

Sunday, November 16, 2008

Program Sayang Al-Qur'an Langkawi 2008

Program : Sayang al-Qur'an Langkawi 2008
Tarikh : 7-8 November 2008M / 9-10 Zulkaedah 1429H
Tempat : serentak di Pulau Tuba (Lubuk Chempedak) dan Pulau Dayang Bunting
Masjid al-Hijrah (Dewasa/ orang kampung)
Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi (Remaja)
Sekolah Rendah Selat Bagan Nyior (kanak-kanak)




Tenaga penggerak Setiausaha Persatuan Hafiz Malaysia (PAHAM) Ustaz Mukhlis



















Saturday, November 15, 2008

Isteri..


ISTERI TULIS BUKU TENTANG SUAMINYA (ALI GHUFRON)

JOHOR BAHARU : Faridah Abbas, isteri kepada Mukhlas, salah seorang daripada tiga militan Indonesia yang dihukum mati Sabtu lepas kerana terlibat dalam kejadian pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang enam tahun lepas, telah menulis sebuah buku mengenai suaminya.

Abbas Yusof, 72, bapa kepada Faridah, berkata buku berjudul "Orang Hilang Ayah Terroris" dihasilkan anaknya, seorang guru tadika Islam di sini, kerana ia amat menyanjungi suaminya yang dianggapnya mati syahid.

"Tidak ada perasaan kesal di pihaknya terhadap apa yang telah berlaku," katanya kepada Bernama dalam pertemuan eksklusif di sini, hari ini.Abbas, seorang peniaga kecil-kecilan berkata, hasil perkongsian hidup di antara allahyarham Mukhlas dengan anaknya, mereka telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan.

Pada ketika ini menurut beliau, Faridah yang ditemani oleh dua orang anaknya masih berada di Indonesia, untuk menghadiri upacara pengebumian Mukhlas di Tenggulun, Jawa Timur dua hari lepas.Pada Sabtu lepas, Mukhlas, 48, adiknya, Amrozi, 47, dan Imam Samudra, 38, telah menjalani hukuman mati oleh skuad penembak khas di Nusakambangan, sebuah pulau yang dijadikan penjara.

Mukhlas atau turut dikenali sebagai Ali Ghufron dan Amrozi telah dikebumikan di Tenggulun, manakala Imam Samudra pula disemadikan di kampung halamannya di Serang, Banten.Abbas yang kini menjadi penjaga kepada anakanak Mukhlas berkata, keenam-enam cucunya kecuali seorang yang masih terlalu kecil, mengetahui tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka."Kami menonton televisyen bersama-sama dan mereka tahu tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka. Saya tidak mahu berselindung dengan mereka tentang kejadian itu (hukuman mati Mukhlas)," katanya.

Kesemua cucunya kecuali yang sulung menurutnya, telah menerima dengan tenang pelaksanaan hukuman mati terhadap bapa mereka dan tidak menunjukkan sebarang emosi yang keterlaluan. Kebanyakan anak-anak Mukhlas masih kecil dan tidak begitu mesra dengan bapa mereka, katanya. "Tetapi saya lihat raut wajah yang sulung (anak perempuan Mukhlas) berusia 16 tahun itu berubah apabila televisyen menyiarkan berita mengenai hukuman mati bapanya."Saya biarkan dan tidak bertanya, kerana bimbang tentang emosinya," kata Abbas.

Bagi Abbas pula, pandangan peribadi tentang menantunya adalah beliau merupakan seorang bapa yang baik terhadap anakanaknya tetapi "di dalam soal perjuangan beliau adalah seorang yang tidak mempunyai sikap tolak ansur."Ditanya bagaimana titik pertemuan anaknya dengan Mukhlas, beliau berkata, mereka tidak pernah melihat atau mengenali di antara satu sama lain sebelum kedua-duanya berkahwin."Saya yang meminang Mukhlas kerana tertarik dengan ilmu (agama) yang dia ada dan sebagainya. Saya tanya kepada Mukhlas, 'Aku nak kahwinkan kau dengan anak aku, jangan kata setuju atau tidak. Aku beri kau tempoh satu minggu."

"Dia (Mukhlas) mahu melihat perempuan (Faridah) dan tidak lama selepas itu mereka bernikah," katanya.Pasangan suami isteri, Mukhlas dan Faridah menurutnya, kemudiannya menginap di sebuah madrasah di Ulu Tiram di mana warga Indonesia itu merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar selama beberapa tahun. Apabila Faridah melahirkan anak kedua mereka, kata Abbas, adik Mukhlas, Amrozi mengikut jejak abangnya dan tinggal serta belajar dengan abangnya.

Di antara tahun 2000 dan 2001 katanya, menantunya itu telah meninggalkan madrasah di Ulu Tiram untuk mengajar di sebuah madrasah di Kelantan, sebelum kembali ke Indonesia.Ditanya adakah beliau kesal kerana menjadikan Mukhlas menantunya, Abbas berkata, "Saya akan mengingati beliau (Mukhlas) sebagai seorang pejuang dan menantu yang baik terhadap keluarganya". BERNAMA
~~Suami RAJA di hati isteri~~

Friday, November 14, 2008

Wasiat

Another email received..









Sajak As-Syahid Syed Qutb
Saudara
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku
bahagialah hidupku di alam syurga
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar...

Dinasyidkan oleh : Kumpulan al-Wadi