Thursday, November 27, 2008

Jeti Kuah,Langkawi


Tarikh : 8 November 2008 (Sabtu)


Tunggu Raja beli tiket feri, aku menyenap gambo.. mana ada kerojer lain? gambo...gambo... hiks! Aku dah tak berapa nak ingat ler Jeti Kuah masa aku memula sampai dolu (5 tahun lepas le tuh). Since datang dengan Mazlina dekat nak SUKMA tahun bila ek yang Kedah jadi Tuan Rumah... 2006 kot. hah... time tu ler depa pakat dok renovate jeti Kuah ni.


Cantik memang ler cantik, tapi dia menyebabkan semua harga barang di Langkawi meningkat dengan jayanya... hahaha... Terror tak aku nyer teori? Power! Penggemar dan pengumpul Corning Ware, Vision, Vantage, Luminarc dan adik beradiknya, mula gigit jari ler..


Aku?? Aku ok... mana aku pandai pakai sumer tu? :)


Choc n perfume..

Haji Ismail Group (HIG)
Aku bukan ler duta HIG, tapi mana2 drebar kat langkawi ni, kalau tanya mesti suggest ke HIG - InsyaAllah confirm masih melayu Islam lagi owner nyer. Idaman Suri India yang punyaa mar...


Kidai Jam..
Aku berdiri tepi kedai ni lah. Raja pi beli tiket.. Cian aku... huks!


Carlo Rino.
Oleh kerana aku ni pengguna tegar beg mesra alam percuma sumbangan santan M&S sebagai handbag rasmi ku (percuma masa beli santan tu), maka aku takde lah keperluan menyervey rega kat CR ni... gituuuu..


Buat tatapan penggemar2 pinggan mangkuk...
Elokler beli kaca pun. Melamine tidak baik untuk kesihatan anda sekeluarga..
ha.. tips membeli kat sini :
Oleh kerana Langkawi Zon Bebas Cukai, tapi jangan terkejut ler bila lalu pemeriksaan kastam sebelum naik feri @ flight ada barang2 (almost lah senang cakap, kecuali ceklat) akan kena cukai... Ini perkara malas mau bagi tips la.
Yang aku nak kabo, bab menawar ler kan. Aku ni kan muka ala-ala kesian sikit. Mula tu aku akan tanya banyak mana less dia. Biasanya 10%-15%. Dahtu, takkan aku nak 10% je kan, mintak ler 15%. Pahtu, agak2 rega tu boleh digenapkan, mengapa tidak anda menawar kadar seringgit dua? hehehe... kalu RM63.70, selamber jelah mintak RM60. Betulll, depa ni dahlah duty free, takkan ler takleh kurang lagi dengan customer. Aci kan? hiks!
Compare ngan luar, memang ler banyak kemurahannya di sini.
Jangan silap pulak, barang letrik memang tak murah ye kat Langkawi.

Adalah orang dapat Birthday present nya...
Happy Belated Birthday Raja!

p/s: maz, yuk jalan langkawi!

1 comment:

Jannah Ibrahim said...

K Leen.. saya ni belum pun pernah jejak ke langkawi ni..adoi..!!!bila pun tak tau..