Wednesday, July 29, 2009

Send to Back.. :)

Salam.

Balik mana mu?
Bukan balik kampung lama dah ker?

Warghhhhh...
Seriously, saya punya kesempatan yang sangat sempit untuk menulis.
Dan saya merindui teman-teman blog.

Pelik tapi benar.

Dulu pikir, macamana orang boleh bercinta hanya dengan chatting.
Aku takde ler sampai bercinta.
Tapi terasa "jauh" dengan khabar teman2 blog.
Begitu hebat kuasa blog rupanya...

Walau dalam "keciputan" masa, sekali sekala aku jengah juga blog teman2. Sekadar mengambil khabar dan merehatkan minda dari bebanan "kerja di bawah tekanan" yang amat menekan.


Kesian juga pada Raja.
terpaksa berkongsi kesibukan isterinya.
Terima kasih Raja kerana memahami...


Alhamdulillah hari ini dapat mencoret, walau hanya menyapu debu di rumah ku yang lama ditinggalkan.. Moga2 aku akan aktif mencatat..

Kerana aku sudah mula ligat merangka......


Wednesday, June 3, 2009

Gulai Batang Pisang

Bismillahi al-rahman al-rahim...
Dah jadi macam blog makanan lah pula yerr..
Variasi makanan di Kedah.
Yang ni dia buat macam lemak (rasa rendang jugak) batang pisang.
Yang ni masak "lemak" lembu dengan batang pisang..


Dedolu tak pandai le teman jamah semua ni, sekarang pandai dah..
Banyak noo kegunaan pisang ni yeak.. Last year saya buat entri pasal daun pisang, hari ni batang pisang pulak. Tapi pepatah tak kasi pisang berbuah dua kali...

Semua paparan di atas adalah hasil pembelian di kedai makan ye. Tak koser lah teman nak masak bagai.. mana reti..

InsyaAllah saya masih bercuti d Selangor. sesiap entri ni on Thurs 28 Mei 2009..





Monday, June 1, 2009

Retak Ribu?

Bismillahi ar-rahman al-rahim
Selama ni dok dengar offismate sebut masak retak ribu. Tak terbayang ler teman macamana le ghuperya retak ribu tu.
kalau ku tahu inilah yang dikatakan retak ribu.... memang ler aku dok masak jer...
So, lepas dah tau nama haiwan laut ni dalam surat beranak orang Kedah (mungkin tak semua org kedah panggil gitew kot..), saya dah makin hilang ingatan apa org kampungku panggil haiwan nan satu ini...
remis - yang paling halus
lala - mungkin ini yang ku panggil dulu..
Kepah - abang sikit daripada ni..
Kupang - pakai jaket kaler hijau tuh..

Sebenonya teman baru tau jer ini ler retak ribu sebulan yang lalu, setelah enam tahun tinggal di Kedah...
Ada satu lagi spesis gini tebal lagi rasa macam sotong, kami tangkap kat Tasik Raban, di Lenggong masa lepak rumah Fini dedolu. Mak dia masak goreng kunyit, sooodapp..!

notes: Fini is my best friend since KISAS, then kahwin dok Sabah, then suami isteri dok mengajar di Langkawi... (Kome ni fini, nak dok dekattt jer ngan kume yer...!)
Masa entri ni keluar, InsyaAllah saya nan ado di longitud Sintok yer... Kume balik Selangor dah... Doa selamat deh...
catatan on thurs 28 Mei 2009

Thursday, May 28, 2009

Harum Manis

Seriously, saya mungkin tergolong daripada kumpulan minoriti kaum hawa yang tidak suka benda masam terutamanya mangga... pelik tapi benar.


dan saya dah pass baten marathon kepada Raja yang sangat menyukai mangga a.k.a pelam a.k.a pauh (bahasa kedahnya..)..


So, musim harum manis kembali.. Mungkin dah penghujung jugak lah... Setiap minggu Raja akan bawa mangga.. Dan saya adalah yang akan mengusahakan mengupas tanpa menjamahnya.. Ada unsur-unsur terror dalam pengupasan mangga yer.. vangga!



Yang saya tahu, harum manis tidak ditanam (mungkin jugak tak dipasarkan) luar daripada Perlis. Mungkinkah? kalau benar, ntah apa-apa ntah... bagi jerlah orang tanam, pastu patternkan kalu nak nama pun kan.. Saya sajer suka-suka tayang mangga.. takde motif apa pun... Kali ni saya makan jugak sebijik sebab time tu Raja domam sakit tekak...


p/s: Today may last day kerojer... InsyaAllah sabtu 30Mei2009 saya akan pulang ke Selangor... Una, nak pi rumah...

Wednesday, May 27, 2009

Hanya perasaan


Dunia ini berputar...
Masa terus berlalu..
Nangis...

Nangis lagi...


Mujur ada yang teman...

Sedih...


Sabar...

Redha..






Perasaannya tetap sama saat ketika membaca surat tawaran penempatan..





Dalam ujian terkandung rahmat..
Dugaan tanda sayang Allah..
Dugaan tanda kasih Allah..
Bila jiwa lemah, ingatlah Allah...


TQ baby-baby semua,
yang turut mencebik mulut nangis sama-sama dengan saya...



Suatu ketika dulu, saat kunjungan saya ke Sabah, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat baik saya di Sarawak. Selama 10 minit itu saya hanya mendengar tangisannya... Saya hanya mampu memberi kata-kata semangat..


Bayangkan diri teman sedang sarat mengandung. Diri sendirian di Sarawak, bumi asing. Suami di Putrajaya. Biarpun sama Kementerian, namun manusia tanpa belas meminggir permohonan tanpa berfikir...

Sehingga anak membesar. Berulangalik meredah Laut China Selatan. Menggenggam erat tangan abinya saat pertemuan, juga saat perpisahan...


Namun Alhamdulillah... Hari ini mereka bersama di Bumi Kenyalang. Meninggalkan kampung halaman dan keluarga di Semenanjung untuk menggapai erti sebenar sebuah KELUARGA..



Tiba-tiba telefon berbunyi..
terima kasih sahabat, pantang teringat pasti sms..
Teman yang beberapa tahun lalu melefonku hanya menangis
Hari ini ceria menanti zuriat kedua..
Panjang betoi sensor ko ye aTun..


Asal saya teringat je, mesti ko yang contack i dulu... terror arrr..
Aku masih diuji... Hanya yang melalui akan mengerti...
Namun kasih sayang pada Raja terus bersemi..
Tinggi lagi kasih pada Rabbi..