Sunday, August 29, 2010

Labu

Assalamu'alaikum wrh...

Ntah bila punya zaman daa saya karang entri ni... hari ni check dalam draft ada ler plak pasal citer ni... layankan jerlah... Saya ingat ni dah lebih setahun yg lalu punya cerita sebab kisah labu dari Pulau Tuba Langkawi tu setahun punya sejarah... hehehe...


Kisah Benar.

"Raja, singgah kedai boleh? Saya sms barang pesanan yer..."

"Ok.."

"Ayam seekor, sayur sawi seikat, carrot 1, santan, cili merah 5, bawang besar 5 labu, bawang putih 3, bla...bla...


Menjadi kebiasaan saya mengirim pesanan khidmat ringkas pada suami untuk mengirim barang pesanan kalau Raja berdekatan dengan lokasi kedai..


"Isteri, semua saya dapat beli kecuali LABU..."

"Raja, Errr... awak bergurau ker serius?"

Raja cuak... "Sori lah, isteri teringin sangat ke Labu tu? Kalau nak saya keluar pi carik.."

"Errr... dak, maksud saya, bilamasa saya pesan labu?"

"Tulah abang pelik, awak nak buat kenduri ke Labu sampai 5 biji.."


Wahahaha... Raja...Raja, itukan penjodoh bilangan kepada si bawang merah tu. Yang isteri pun lurus bendul sangat bagi sms kat suami guna bahasa baku... kui..kui..




so, minggu depan tu Raja bawa balik Labu dari Langkawi. Serius sedap sebab ofismate saya pun puji kesedapan labu tu.. (ekeke... ke saya masak sedap?)


So, veri the simple dimple nyer resepi:

Labu - potong sesuka hati
Santan - agak2 ler
Gula - Ikut tahap gula dalam darah masing2

Ayo - kata bubur bagi ler ayer sikit
Daun pandan - buat2 wangi gitu
sagu - bagi sedap dan pekatkan kuah (beshht)
Garam sikit


Rebus Labu ngan ayo, agak2 nak lembut skit masuk ler santan ngan gula ngan daun pandan. Lama sikit tu boh ler sagu... udah... senang beno tinggal makan jer...

Sekian adanya...




Catatan dari sekeping hati,




Tuesday, August 17, 2010

Al-Awwal..

Assalamu'alaikum wrh. wbt...

Syukur Alhamdulillah saya masih mampu bernafas dengan nikmat Iman dan Islam...

Apa lagi kalimah yg lebih mulia selain menzahirkan rasa kesyukuran atas sebanyak2 nikmat yg masih dikecapi, selain menzahirkan I'M STILL ALIVE...! hehehe... Alhamdulillah...

Ekceli saya rasa itu ler muqaddimah yg lebih sesuai selain ayat skeptikal yg selalu digunakan :"blog ku sudah bersawang"... "lama rasanya tak menjengah blogku"... "Banyak yg saya nak tulis dalam blog tapi semuanya ada dlm draft minda saja"... "Macamana nak mulakan menulis setelah sekian lama saya meninggalkannya"... hehehe... ok menjawab semua sekali kan..

ya... saya masih terkesan dengan kehilangan Bapak saya. Setiap kali saya buka blog, terpandang wajahnya buat saya bersedih. Ermmm... saya pun tak sangka begitu rupanya perasaan kehilangan seorang yang paling hampir dengan kita... InsyaAllah saya tidak akan putus daripada mendoakan kesejahteraannya di sana dan mudah2an rohnya ditempatkan bersma golongan yang beriman... AMin.

Sekadar muqaddimah... :)

Sekian.



Catatan dari sekeping hati,

Tuesday, January 26, 2010

Dia dihati...

Dear... u want to know something?

Apadia?

Masa saya dok sekolah rendah, saya mesti score no 1-3 utk sekolah agama... abang know why...?

Kenapa?

Sebab hadiah utk no 1 -3 sekolah agama akan dapat buku tulis 10 naskah... so saya boleh kurangkan belanja bapak utk bayar yuran dan beli buku sekolah saya....

Bapak saya cuma seorang jaga sekolah... Anak dia ada 9 orang yang hidup. Mak tak kerja... dengan gaji serendah RM318 bapak membesarkan kami. Tak cukup berjaga sepanjang malam mengawasi Sekolah kebangsaan Kapar, siang hari bapak akan mula mencari peluang menambah pendapatan.. Kalau musim rambutan di tepi rumah saya, dia akan membawa satu raga besar di belakang motor Honda Cup nya menjual di pasar pagi Kapar... Bila tiba hari perayaan, bapak ambil upah menjual ayam...

Satu cerita yang baru terungkai di malam kenduri arwahnya, Kak Ani (kakak keduaku) mula bercerita dengan linangan airmata betapa dia menangis di Tingkat 4 sekolah menengah (SMTIS) bila terpandang di tempat letak kereta guru, bapak sedang mengambil upah mencuci kereta dengan bayaran RM2...

Bapak lelaki hebat... Dilahirkan hanya 2 beradik dengan jarak berbelas tahun umur dengan abangnya (Arwah Khalid bin Hj. Masros) tapi bapak seorang ayah yang penyayang...

Saya sangat mengagumi bapak... Bagaimana dia membesarkan kami 8 orang anak perempuannya dan seorang anak lelaki... Bukankah orang sering mengulas membesarkan anak perempuan itu lebih sukar berbanding anak lelaki... Alhamdulillah, hari ini anak2 bapak semua berjaya menjadi manusia yang berguna... Dalam ketegasannya penuh kasih sayang...

Ya.. saya masih tetap mengalirkan airmata ketika menulis catatan ini... Biarpun duka dapat saya pendam, namun kasih sayang dan pengorbanan bapak takkan terpadam... Setiap detik teringatkan allahyarham saya seboleh2nya tidak akan lupa menghadiahkan Al-Fatihah kepadanya...




Catatan dari sekeping hati,

Thursday, November 12, 2009

Panduan Hilang Kad TnG

Assalamu'alaikum dan salam satu Malaysia... (uhuk..uhuk...)


Kali ni gagah nak mencatat pasal panduan penting bagi pengembara seperti saya ini.. (pengembara sangat lah katanya...!!). Sebenonya kisahnya dah jadi jeruk limau pekasam, tapi tak sempatlah nak tepek kat blog.. errmmm... alasan biasalah tu kan..

Rasanya macam kena 'tulah dan daulat' sebelum balik raya aidilfitri tempohari ada cerita pasal touch n'go kan.. (yang sebenarnya Ditaqdirkan belaka..)


Senang cerita, balik raya hari tu kami kehilangan kad touch n' go selepas melalui beberapa tol gate.. Perasan kat Tapah kad yilek pocik nehi babuji doohhh...


Setelah melakukan post-mortem, didapati antara asbab berlakunya kehilangan kad tersebut adalah:
  1. Keletihan dlm perjalanan. Exit dari tol Alor Setar Selatan lewat pukul 1.30 tengahari.. Banyak kena settle urusan sebelum balik raya katanya.. Memula Raja ngantuk. Benti rehat solat, ZzzZzz... Saya ok, mata buntang jer lagik... Saya nak drive tak kasik.. Sebabnya Raja "takmo percaya" pada saya untuk drive di highway.. ----- errmmm, bukan kes besau pun.. Puncanya beberapa kali saya ganti drive dulu2 bila Raja mengantuk, saya kata next RnR saya akan kejutkan dia (lebih kurang jarak 30 minit perjalanan..) tapi saya pederaih pecut lepas 3-4 RnR sebab kesian nak gerak dia. Ada sekali saya kata akan pulangkan stering kereta kat Hentian Bukit Gantang, tapi sedo2 jaga saya dah menyusur terowong Menora (Bukit Perak) nak turun Jelapang dah... Bingit gak kena sound macam cikgu sekolah memandu bagi arahan kat student lagaknya... Kat Simpang Pulai baru saya .....bertukar!!!! Ada sekali tu pulak, dari Bukit Merah sampai exit Alor Setar baru saya gerak dia... Tobat lepas tu Raja tak kasik saya drive. demikian kisah panjang sebab no. 1 ye anak-anak semua....
  2. Sebab no.2 ialah dah 3-4 jam berjalanan, sayala pulak mengantuk kan... Posa katanya... Dah tak bagi orang drive, saya pulak ler kroooh..kroooh... Selalunya tugas saya sebagai co-pilot ialah tekan punat window dan hulur kad TnGo pada Raja... Ni dah tido, terkial2 ler Raja buat urusan sendiri..
  3. Dan sobab terakhirlah gamaknya... Alhamdulillah, rezeki tahun ni, pulang beraya dengan Raja nyer new car... So tak familiar lagi nak letak kad tu kat mana... sat kat gearbox, sat kat dashboard... Cupboard jerlah takdok...

Kami pun tak pecut laju sebab hujan lebat sepanjang lebuhraya... 6.30pm berhenti di Tapah utk tapau juadah berbuka puasa.. Rasanya kad tu cicir kat Tapah ni. Saya mula sedar kad yilek pocik... waduh... Dobar jugak ler.. Berhenti di Hentian Jejantas Sungai Buluh meredah hujan menyelongkar kereta mencari kad talian nyawa kereta tuh... Pasrah! kad non-adooo....


oKeylah semua... terus kepada panduan apabila kad hilang:


Pertama : Buat2 terkejut, kalut2 geledah ler kenderaan anda carik sampai tak jumpa... Tak jumpa kalu, go to next step... (hohoho... ini idea Raja nih...)


Kedua: Anda kena exit di laluan Tunai... Anda akan dikenakan panelti mengikut jarak terjauh atau termahal, mana yang lebih melampau (ayat saya ni... PLUS, jgn marah ekkk..). Oleh kerana saya exit Jalan Duta, so depa charge saya ; samada daripada Skudai (RM49++) atau daripada Juru (RM44++) sah-sah ler kena charge harga dari Skudai kan... Pasrah ler kopak duit hengget anda..


Ketiga : Kalu time tu office-hour, dan berasa tak kaya, sayang kad tu ada banyak RM lagi, sudi2lah terminate card tu dengan menalipon talian hayat PlusCare: 03-762805115. Ikut ler arahan tertera. Tekan 1 utk Bahasa, Tekan 2 for English... bla...bla... Kalau tak ikut arahan gerenti tak dapek ler nak cakap ngan operator dia kan... Baki balance dlm kad tu akan dipulangkan dalam bentuk cheque dlm tempoh sebulan daripada report (tapi saya dpt refund tak sampai 2 minggu... Alhamdulillah..) . Peringatan: Pastikan anda menyimpan resit top-up touch n'go anda, sebab kat situ ada no PlusCare tu selain dia akan minta no. mfg yg tertera kat resit tu... dan pastikan masa beli kad tn'g tu anda mendaftarkan diri. Tapi lani memang semua kad tn'g register kan.. sekian...





Tapi kan... ini ada satu tips yang tak boleh pakai punyalah...

Masa exit Jalan Duta tu, Raja sua resit top-up ni dengan note RM50. Tau2lah waktu puncak di Jalan Duta, bukan sikit2 punya kereta... Kami berdebor sebab bimbang malu dan kesian org baris panjang kat belakang kereta. Tapi sebaliknya pulak berlaku, sikit punya gabralah adik Tollgate tu nak settlekan urusan kami..

Minit2 berikutnya saya kata kat Raja " cuba awak gedik2kan tangan kat luar tingkap tu, nampak ler kita lama tunggu dia buat. Takde lah orang kata kita yg tak bagi duit kan..." dengan melawaknya Raja pun ikut ler idea kureng bernas saya tu... Geh...geh... dan hasilnya, pengawal menara kat Jalan Duta tu minta kami dilepaskan tanpa penalti, mungkin sebab kenderaan makin banyak... Ini juga membawa pengertian bahawa perjalanan kami hari itu ditaja oleh PLUS Highway.. huhu... Rasa nak menangis jer time tu... Alhamdulillah... terima kasih PLUS, saya ni pun bukan sapa dengan PLUS ni, pengguna tegar apa... hiks!



Jangan tiru aksi ini yer anak-anak semua... kah..kah..kah... Belum tentu anda menerima kebertuahan sebegitu rupa..




Sekian, coretan utk kali ini... Wasallam...


Thursday, October 29, 2009

Habibi



Salam..


Bertamu lagi Ulangtahun kelahiran Suami hamba..
Tahun ni tak sempat nak buat cooking2 airtangan isteri dengan penuh kasih sayang...
Yang ada kek yang dibeli dengan penuh kasih sayang... hehehe...
Kenapa kek kaler hijau putih?

Sebab saya suka warna hijau, Raja suka warna putih...

Raja menduga "Apa maksud 'Sanah Hilwah ya Habibi"...?
Saya jawab " Sebenarnya kan, saya taktau nak tulis apa atas kek tu... Adik tu tunggu lama saya fikir... saya hantam saja sebab dah malu..."


2007M/ 1428H
Last 2 year ada ler juga buat kek utk Raja...

"Raja, saya buat kek coklat dengan penuh kasih sayang... suka tak?"
"Suka... (senyum sambil mata melilau mencari sesuatu)... Errr... lepas makan kek ni, boleh tak abang nak makan nasi...?"


2008M/ 1429H

Tahun sudah saya atur majlis kesyukuran serba sederhana sempena ulangtahun kelahirannya. Kebetulan dengan Ramadhan, dapatlah jemput student dan beberapa kenalan berbuka puasa dirumah, makan nasi berlaukkan ketam segar dari Langkawi dan hidangan lauk2 lain, tanpa kek... plus percubaan pertama saya buat pulut kuning dengan rendang ayam..

2009M / 1430H

Sambutan hanya berdua kerana saya dan Raja kedemaman... Kali ni juga saya hidang nasi dengan menyelitkan kek sebagai hidangan atas meja... Sah! Raja cuma nampak nasi tanpa perasan wujudnya kek atas meja....

Ermmm... seperti suami2 lain.. saya ingat menu istimewa Raja saya cuma nak nasi, nasi dan nasi sahaja...!

Takper lah Raja... asalkan anak mak mertua saya ni membesar dengan sihat, Alhamdulillah....

Cuma Raja pesan, jgn letak lilin kerana menyerupai peristiwa kaum Nasrani (ada detailnya dlm MASTIKA dulu, nanti saya carik semula) asalkan kek tu tak menyamai mana2 peristiwa agama selain daripada Islam, lulus dengan izin..
Sekian adanya...



Catatan dari sekeping hati,