9 mac 2008 / 1 rabiulawal 1429H
Pilihanraya ke-12 Malaysia. Alhamdulillah aku dapat menjalankan tugas sebagai rakyat. Walaupun terpaksa merentas lebih 500KM daripada utara tanahair, namun akau dapat juga mengundi di DUN N42 - Meru. Parlimen : Kapar. Tempat membuang undi - SRA Pekan Meru (miss all my ustaz n ustazah. Dah 2 tahun tak berkesempatan melawat guru2 ku time raya). Kenangan zaman persekolahan tuh!
Selesai proses mengundi, aku dan suami bergegas ke LCCT - Bulan Madu ke2 kami (hehehe). Berkebetulan My birthday ikut tahun Hijriah yang makin berkurangan nilainya kat dunia ni (2 Rabiulawal) dan kira2 aci ler aku katakan bersempena 2nd annivesary kami ~~22 Rabiul Awal. Destinasi? SARAWAK Bumi Kenyalang.
Aku segan nak letak gambo2 kami yang posing ala-ala model tu. Bagi gambo yang back2 jer..
Percutian selama 4 hari 3 malam cukup bererti buat aku dan suami.
Rasanya penting jugak honeymoon nih. Sekurang2 nya bila aku dan suami mengoreksi, kami mula lebih sensitif dan optimis dalam hubungan ini. Hubby dah pandai menzahirkan perasaan setiap kali nak balik tempat permukimannya (weekend marriage katakan..). Aku macambiasa (malah lebih-lebih la pulak) drama neng Yatimah ler setiap minggu.
Bila ikut perasaan selalu aku bertanya.. kenapa kami yang dipilih untuk melaluinya, kenapa orang lain boleh hidup normal as husband and wife, dok sebumbung.. Aku dan suami terpaksa menempuh perjalanan perkahwinan yang berliku.
Kesimpulannya.. Kecik jer ujian kami nih, berbanding kawan2 yang terpaksa berjauhan merentasi laut cina selatan.. Aku setakat selat kedah ni jer.. Apapun Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan. Sekurang-kurangnya kami lebih menghargai waktu bersama. Aku semakin disiplin dengan waktu. Aku pastikan weekend masa aku bersama suami. Setiap detik sangat berharga..
Terima kasih Tuhan.. semoga rahmatMu sentiasa memayungi kami..
1 comment:
hello
--------------------------
http://www.discovery5000.com
Post a Comment