Thursday, March 5, 2009

Bubur Asyura Utara

Dimulakan dengan Bismillah....
dengan doa dan harapan tiada ada orang yang akan ngences ( terjemahan: terliur).
Program Bubur Asyura 1430H dimulakan dengan sarapan pagi orang utara..
Pulut ikan masin dengan nyioq..
Ikan masin aku nyer... yummylicious!
Pulut mimi punyer...
aku akan hilang daya tahan mengantuk kalau layan pulut pepagi.. tak biasa.

Hari ni projek menghasilkan 11 kawah bubur asyura stail orang utara. Kalau orang Pantai timur, Asyuranya ada daging dan rasa rempah2, di utara Asyura manis bersantan dan pelbagai kekacang... Aku kat Selangor Asyura tu = Bubur Lambuk.Jagung, pisang.

Keledek

kekacang.. kacang Merah, Kacang Hijau dan kacang kuda
Kekdahnya....
Gula merah bancuh sesiap. masak atas api dengan daun pandan. Masuk keledek
Masuk santan dan gula
Masuk tepung beras yang dah dibancuh dengan air sesiap. masuk kekacang
Kacau sekederat tenaga... Extra perasa pun ada >>> DURIAN<<<<>
Bubur ni yang guna gula pasir sahaja akan berwarna agak cerah.
Yang masuk gula merah... gelap ler sikit...

Makan panas-panas... wah! best banget!


Bahan-bahan untuk sekawah:


3 Kilogram Ubi Keledek
3 Kilogram pisang
18 tingkol jagung segar
4-5 kilogram santan
7 kilogram (bungkus) tepung beras/tepung jawi
2 kilo gula gula merah
1 kilogram kacang meah - direbus dahulu
5 kilogram gula putih
kekacang lain
garam secukup rasa (+- 100gram)


Masa sibuk2 melayan kemeriahan bubur Asyura ni, ribut kedengaran suara2 mengatakan Bubur Asyura ni Bida'ah... emmmm benda makanpun jadi bid'aah??? Dahtu, kalau raya yang orang dok buat ketupat lemang pun bid'aah jugak tak?? Tanya nih... hiks!

No comments: