Wednesday, March 4, 2009

Pulau Pinang

Masih lagi diari Disember..

Ada lawatan kerja di Pusat Islam USM.
Bawak sekali ibubapa mertuaku..
Then selang 2 hari kursus di Penang lagi.
Mujur Raja cuti sekolah, jadi aku rasa macam Penang tu dokek bonar lah dgn rumah den..

Sebab....
Aku takyah drive..
ZzzZzzz jooo sit belakang Raja...
hiks!

Masuk Penang guna Jambatan Pulau Pinang, exit Perai. Tol Penang Bridge masih maintain RM7.
Keluar Penang kalu, mami suuuuka naik feri nooo..exit Butterworth. Free..


Ni gambo Jeti apantahlupanama kat belah lebuh-lebuh tu ler..
(hantam labu! bukan masuk exam pun)
Feri penumpang yang juga bawak kenderaan penumpang...
Pernah sekali tu aku naik berdua ngan Raja. Biasanya Feri ni ambil masa dlm 20 minit utk sampai ke Jeti Butterworth. Tapi dia dok lencong sana, lencong sini lebih setengah jam tak sampai2.. Sebenonya aku takder lah marah pun sebab aku suka jalan2 atas laut tu lama2 sikit... Syok ooo...
Bonda dan Ayahanda kepada suamiku..
kondisinya di dalam feri nya ya dong..
Hajatnya nak bawak makpak jalan2 ronda Penang. tapi aku dan raja ni kan paling tak suka sesak barat penuh sesak susah nak parking dan sebagainya di Penang tuh.. Ingat nak jengokm kedai kitab di bazar MARA depan Masjid Kapitan, Tanjung Keling tu... Tapi ya ampun! Parking cucah betoi yaaa....


Oleh kerana makpak pun tak kisah, maka kami ke tanah besar Penang, berhenti rehat di Hentian Rehat Bagan Ajam menikmati minum petang (mesti pekena pasemboq, laksa penang, Yong Tau Fu dll) dan panorama indah laut Penang tu.. So, my FIL layan feeling tengok feri di pelabuhan sepi....

Jejak kasihan lagi...

To Kak Inda, Ma, K.Zuna dan kawan2 di Kolej Pertama (ASTAR) Universiti Malaya yang sewaktu denganku.. kenal lagi tak adik kita nih? Noriyana Sidek.. Junior kita kat 1st college tuh.. Yana asal dari Nogori Sombilan, suami dia pun orang nogori. Lani dah bermukim di Changlun Kedah. Yana J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok and her husband kijo kat Bukit Kayu Hitam. Anak baru 2 orang... Yana x-Nilam Puri dan ambil Syariah di APIUM, UMKL.. Sahabat PMIUM juga macam Faizah... kami dah 5 tahun di dok Changlun, ini ler kali pertama bersua muka di pasar changlun nan permai..

Abih dah kot entry disember?? Orang dah masuk bulan Mac dah ni...
Ermmm... macam belummm jer lagik...

1 comment:

ummi nazihah said...

jangan risau mek lin, budak yana ni k.zuna ingat sampai bila-bila. ada peristiwa hari ini dalam sejarah berlaku kat nilam puri dengan dia dan kawannya si azian budak 4th college dulu. lepas makan tengahari kat bilik depa malas nak ambik tudung nak gi basuh tangan kat tandas so depa basuh kat tingkap. jadi kebetulan masa depa duk syok basuh tangan tu ada hamba Allah yang bertuah ni lalu bawah tu. basah lenjun la dengan air hujan bau nasi n ikan n bla bla bla. Tapi orang tu dah maafkan depa. Depa budak baik cuma 'MALAS" ckit ka ka ka