Wednesday, November 12, 2008

Dua sekawan



Errmmm... cerita apa yeak? Dok sengsorang kat rumah, Raja pogram kat sekolah, layan jerlah laptop. Mujur bekal si kecik ni, boleh ler aku update blog (buat entries guna frontpage, pastu senang copy html kat blog)

Both is ours... Bahasa jawa jermannya : Loro kie kito uwong seng milik... hiks!


Yang besor mesti Raja nyer. Compact presario beli masa dia membusy assigment kat Maktab dulu.

Yang kicik... haruslah aku punya. pilihan aku? Aku suka ASUS. Cumanya, kerana bajet pun bukannya banyak, guna pun untuk kerja2 biasa, pilih lah yang paling murah dan sesuai ler dgn aku nya keperluan.

Asus eee pc. Ada web camera, SD card reader, memory sedang2, processor lebih2 kurang, oklah! Bukan aku nak buat publication bagai kan.. sesuai dan mesra untuk orang yang rajin travel bawak laptop (macam aku le tuh). Berat pun tak sampai sekilo kan, sumbat dalam beg baju pun boleh.





Aku beli masa PCFair kat Alor Setar. Mungkin harganya kat KL lagi murah kot..
Tapi aku booking jer masa tu. Sebab, masa ni jer dapat percuma external CD.


Eleh!
Sebenonya pergi PC Fair tu pun unsangkarable nak beli apa-apa pun. Lenggang Mak Limah jer, RM** je dlm purse. (lihat bintang nye ada 2 je ye!) hehehe... Mujur dia kata stok abis, booking jer dulu. Idak telan ayor liur jer lah... hehehe...


Ni, sesape yang tak pernah berkunjung ke Alor Setar (exit tol A.Setar Utara) ku tampilkan khas bangunan Souq Bukhari (of course Mokhtar Bukhary punya) sebelah Masjid al-Bukhary, Alor Malai, Alor Setar Kedah.






Last, gambo sekitar PCFair tu.. Sempat jugak ku sambar External HardDisk 160GB dengan harga RM170.


Tapi aku tau, kat KL lagi murah2.... Apakan daya... Diriku jauh di sinun...


~~RINDU KLANGTOWN MERUTOWN LAH~~~

Psssstt: Aku letak kebanyakkan barang yang dipaparkan dlm blog ni dengan harganya sekali untuk menjadi panduan orang lain yang ada hasrat membeli belah barangan yang sama. Kalau2 dapat harga lebih baik tu kira ok lah kan. -- Pesanan khidmat masyarakat--

Sunday, November 9, 2008

Mengurus Jenazah Janin

Tarikh : 6 November 2008M / 8 Zulkaedah 1429H (Khamis)


HUKUM BERKAITAN MENGURUS JENAZAH JANIN

Hukum Berkaitan mengurus Jenazah janin

Anak yang gugur dari perut ibu itu ada 2 jenis :

  1. telah dikandung selama 6 bulan atau lebih;
  2. dikandung kurang daripada 6 bulan.

Jika janin gugur ketia usia kandungan 6 bulan atau lebih, wajib diperbuat seperti orang dewasa iaitu mandi, kapan,sembahyang dan kebumi, samada keluarnya bernyawa atau tidak.

Jika gugur sebelum kandungan cukup 6 bulan, terbahagi pula kepada 3 keadaan:
  1. ada tanda menunjukkan hidup seperti bergerak atau menangis, hukumnya seperti orang dewasa;


  2. tidak menunjukkan hidup, tetapi telah berupa seperti potongan manusia, hukumnya wajib dimandikan, dikapankan dan ditanam.


  3. Tidak berupa manusia, tetapi hanya seperti daging sebuku. Hukumnya tidak wajib diperbuat apa-apa, tetapi sunat dibungkus dan ditanam.




Ceritanya kayak ginih...

Sebenarnya pagi ni ke ofis, selain nak siapkan sikit lagi kertas kerja program pejabat, nak apply cuti kecemasan.. tapi ditaqdirkan ada pengalaman baru yang bakal ditempuh.

Seorang baby 5 bulan dalam kandungan, meninggal dunia dalam keadaan ada sedikit gerakan (bernyawa) ketika keluar dari perut ibunya. (do not know how's, tak buat investigation abis2..) Kita ambil keterangan jer lah, nak tentu hukum. (tu siap2 tulis kat atas kot2 ada orang yang berdepan dengan masalah ni).

Harus aku kepanikkan sebentar mengenangkan aku tak pernah ada pengalaman, even pegang baby yang baru keluar daripada perut, apatah lagi aku sendiri belum ditaqdirkan have my own..


Dan buat aku sedikit cuak bila ada sorang makcik ni dok hingaq Eiii..makcik tak boleh buat baby ni dekat 10 kali membayangkan dia tersangat geli dan takut. Harus jugak aku cubit makcik nih! Diam2 sudah lah.. buat orang lain panik je...

Alhamdulillah, aku dan sorang lagi ustazah sempurnakan mandi dan kapan jenazah janin ni dengan sedikit bekalan pengalaman dan ilmu yang ada.. Ketaq??? wahh... memang ada sedikit kegetaran di situ! But lama2 bila pandang wajah "penghuni syurga" ni, terus ada kekuatan dan aku sedia menanggalkan kain pembalut tangan untuk ku uruskan baby ni tanpa pembalut tangan.


Baby 5 bulan dalam perut, imagine jelah macam selalu tgk scan 4D tu. Kepala pun besar perut tapak tangan aku ni jer.. Bila qiamkan macam melekat je jari ngan kulit2 badan..


~~Kita nanti macamana lah...??~~


Thursday, November 6, 2008

Nilai Lakonan

Soalan:


APA NAK DIBANGGAKAN DENGAN RANCANGAN BERBENTUK KEAGAMAAN,
JIKA PELAKONNYA HANYA SEMATA-MATA BERLAKON??
  • DEFINISI PELAKON

    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas : Pelakon adalah mereka yang melakonkan sesuatu watak di dalam sesuatu pementasan seperti bangsawan, teater, Mak Yong, Menora, atau penerbitan seperti filem, drama, lakonan, dan yang sepertinya.

    Biasanya seseorang pelakon akan melakonkan watak khayalan. Untuk kisah benar, pelakon tersebut mungkin melakonkan watak orang sebenar. Kadangkala, pelakon juga muncul sebagai diri mereka sendiri.

Ambil pulak definisi/apa nak kata taktau, dari satu blog ni:


MENGINTERPRETASI SEBUAH SKRIP : (PERTEMBUNGAN DI ANTARA WATAK LAKONAN DAN PERSONALITI PELAKON)

4.1- Di dalam menjalankan tugasnya untuk berkomunikasi selaku seorang pelakon di dalam persebuah persembahan, seorang pelakon itu memegang dua personaliti. Dia telah membahagikan dirinya kepada dua watak. Satu, dia memegang watak yang dimainkannya dan satu lagi ialah personaliti dirinya sendiri.
1 Contoh





Gambo dan pujian tentang siri Cafe Akhil Hayy aku ambil disini.

Aku pernah tertengok siri ni, rasanya isu siri tu pasal tatoo. Cuba perati bebaik, gambo couple purple tu. Actually perempuan tu ada tatoo dekat dada dia. tak kisah lah itu lukisan dan lakonan sekalipun, kenapa sampai nak letak belah tuh? Grrrrr...


LAKONANNYA .......





HAKIKATNYA............




NONNY NADIRAH, BLONDY JAPANESE
Noni AF5’s hair colour is now platinum blonde. OMG. What has happened. She’s supposed to be one of those Japanese or Korean actress look-alike. I guess she must have gotten offers from drama or movie producer in KOREA and JAPAN. Well that explains it..



Grrrr.... BENCI!

tetiba aku termasuk dalam blog ni, pasal artis2 Malaysia (betul2 tak sengaja).



My Issue today is...

Adakah ini "tarbiah" yang ingin diterapkan kepada pelakon tu?? Seorang yang BERLAKON sebagai pekerja yang bertudung, realitinya...??? Nan ado terkesan langsung dengan lakonannya. Macam mana dakwah nak sampai kepada jutaan penonton yang tengok siri ni, kalau pelakonnya cuma berlakon ajerrrr... Gambar pelakon blonde rambut ni posting on 2 November 2008... baru jer tuh!

Moral of the story

Apa yang nak dibanggakan dengan LAKONAN ISLAMIK yang banyak dipaparkan di kaca television kita? Nak bangga apa kejadahnya? faham, kononnya lihat pada mesej yang cuba nak disampaikan.

Cuma jangan lupa, SYARIAT TIDAK AKAN MENGHALALKAN APA-APA CARA SEKALIPUN, UNTUK SAMPAI KEPADA SATU-SATU MATLAMAT!!


Actually banyak lagi study case aku, bukan serangan peribadi pada rancangan ini sajer, malah banyak lagi drama, filem, siri2 yang memualkan dan menjijikkan atas nama ISLAM... aku takut2 depa ni jadi menghina ISLAM, na'uzubillahu min zalik! kafir dan murtad kalau jatuh niat nak hina Islam. Bukan main-main... harap2 depa tu tak tau perbuatan mereka tu.

Errr...

Tapi, kalau taktau kena belajar.. Lagi2 bab agama, jatuh taklif atas setiap individu. perkara aqidah, fardhu 'ain bukan boleh wakil2 orang lain jer... Ini bukan fardhu kifayah macam mandi jenazah tu, bolehlah org lain buat kita dok ngangaaaaa jerrrr....! ada faham ka aci!!??

Nak buat skrip pun kena ada ilmu.. kekadang pelik, bila pasal AGAMA ISLAM macam semua boleh jadi pakar. setakat baca buku (yang tak tau punca autoriti), nyembang dengan ustaz itu-ini (ntah betul ustaz ke tidak) dh boleh cerita dan interpretasikan kepada masyarakat..

Tapi cuba juhala'-juhala' ni di suruh cerita pasal teori-teori kimia, perubatan, molekul, haram tak berani lah pulak. Tau takut, pasal dia bukan ahli bidang tu, bukan pakar dan takde autoriti. Tapi kalau pasal agama, orang tegur kritik melenting, padahal ........ JAHIL...

Sama-samalah kita fikir. Ini pandangan aku. Semoga masing2 cari dan terima hidayah..

Allahu'alam..


~~PAKAT PIKIAQ SENDIRI...~~


**aku link semua yang berkenaan. blog pelakon tu pun aku link sama.. kot2 ada yang baru nak kenal...

Wednesday, November 5, 2008

Tips untukku, untukmu ..ISTERI...


MENYAMBUT TETAMU SEMASA KETIADAAN SUAMI


dipetik daripada buku Syurga Perkahwinan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. hlm: 192-193.



.. Sesuatu perkara KEJI yang dipandang ringan oleh kebanyakkan isteri ialah mengenai menyambut tetamu semasa ketiadaan suami. Ramai di kalangan isteri apabila rakan (lelaki) atau sahabat kepada suami datang bertamu (aku tambah - even kawan rapat kita, jiran dan saudara mara kita) sedangkan suami tiada di rumah, maka kebanyakkan para isteri mempersilakan tamu itu masuk ke rumah.

Isteri berbuat demikian kerana pada fahamannya adalah tidak sopan membiarkan tetamu tanpa di pelawa masuk ke rumah, lebih-lebih lagi orang yang berkunjung itu adalah rakan atau sahabat kepada suami. Inilah kekeliruan yang sering terjadi dalam masyarakat Melayu khususnya, kerana mereka menjadikan tradisi atau sebagai cara hidup mereka.

Sesungguhnya apabila datang tetamu lelaki seperti itu, selepas isteri berkenaan menyahut salam dari pengunjung itu, maka ia hanya perlu memberitahu kepada mereka, bahawa suaminya tiada di rumah. Tidak perlu isteri berkenaan bertutur dan menanyakan sesuatu atau bersoal jawab dengan tetamu berkenaan.
Semua itu tidak perlu dilakukan oleh isteri walaupun atas alasan untuk menjaga hati tetamu, oleh kerana syariat telah menetapkan demikian, MAKA PILIHAN UTAMA IALAH MENJAGA SYARIAT ALLAH, biarpun tindakan tersebut tidak disenangi oleh tetamu itu.
Dalam hal seperti ini, alangkah baiknya jika jiran-jiran sebelah (lelaki) turut mengambil tahhu terhadap tetamu jiran sebelah yang suaminya tiada di rumah itu. Jemputlah tetamu berkenaan supaya singgah ke rumahnya, raikan tetamu jirannya itu, sementara menunggu jirannya pulang.


Teristimewa pula jika tetamu itu datang dari jauh, maka tindakan jiran seebelah itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh tetamu berkenaan.


Selain itu, tetamu itu mestilah memahami kedudukan tersebut. Sebaik saja mengetahui ketiadaan orang yang dikunjungi itu, beredarlah meninggalkan rumah berkenaan...
Habis.

`` CARI REDHA SUAMI ``

Tuesday, November 4, 2008

Nostalgia

Di hening pagi jumaat... Menikmati roti canai di Pekan Changlun sebelum berlepas ke kelas pengajian Pondok Buluh Nipis...



Ku rakam suasana tenang, aman damai pekan kecil ini... Pekan Lama Changlun namanya... Sebab dah ada Pekan Baru Changlun pulak lani... apa akan jadi pada tahun2 depan tak dapat ku bayang lagi. Changlun hari ini tidak sama seperti aku tiba di sini 5 tahun lalu...



Nampak kedai kecil di other side signboard tuh? Kedai Gunting Rambut Wak Rashid nama manjanya. wahhh... sungguh dramatik dan nostalgiatik. nanti kutanya dulu pada Raja, boleh tak aku ceritakan... huhu...


Ops...! My man my hero muncul..

Closer....!
Dah makan cepat roti tuuh... Bell ring!!