Wednesday, November 5, 2008

Tips untukku, untukmu ..ISTERI...


MENYAMBUT TETAMU SEMASA KETIADAAN SUAMI


dipetik daripada buku Syurga Perkahwinan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. hlm: 192-193.



.. Sesuatu perkara KEJI yang dipandang ringan oleh kebanyakkan isteri ialah mengenai menyambut tetamu semasa ketiadaan suami. Ramai di kalangan isteri apabila rakan (lelaki) atau sahabat kepada suami datang bertamu (aku tambah - even kawan rapat kita, jiran dan saudara mara kita) sedangkan suami tiada di rumah, maka kebanyakkan para isteri mempersilakan tamu itu masuk ke rumah.

Isteri berbuat demikian kerana pada fahamannya adalah tidak sopan membiarkan tetamu tanpa di pelawa masuk ke rumah, lebih-lebih lagi orang yang berkunjung itu adalah rakan atau sahabat kepada suami. Inilah kekeliruan yang sering terjadi dalam masyarakat Melayu khususnya, kerana mereka menjadikan tradisi atau sebagai cara hidup mereka.

Sesungguhnya apabila datang tetamu lelaki seperti itu, selepas isteri berkenaan menyahut salam dari pengunjung itu, maka ia hanya perlu memberitahu kepada mereka, bahawa suaminya tiada di rumah. Tidak perlu isteri berkenaan bertutur dan menanyakan sesuatu atau bersoal jawab dengan tetamu berkenaan.
Semua itu tidak perlu dilakukan oleh isteri walaupun atas alasan untuk menjaga hati tetamu, oleh kerana syariat telah menetapkan demikian, MAKA PILIHAN UTAMA IALAH MENJAGA SYARIAT ALLAH, biarpun tindakan tersebut tidak disenangi oleh tetamu itu.
Dalam hal seperti ini, alangkah baiknya jika jiran-jiran sebelah (lelaki) turut mengambil tahhu terhadap tetamu jiran sebelah yang suaminya tiada di rumah itu. Jemputlah tetamu berkenaan supaya singgah ke rumahnya, raikan tetamu jirannya itu, sementara menunggu jirannya pulang.


Teristimewa pula jika tetamu itu datang dari jauh, maka tindakan jiran seebelah itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh tetamu berkenaan.


Selain itu, tetamu itu mestilah memahami kedudukan tersebut. Sebaik saja mengetahui ketiadaan orang yang dikunjungi itu, beredarlah meninggalkan rumah berkenaan...
Habis.

`` CARI REDHA SUAMI ``

No comments: