2004
KPM, Pusat Bandar Damansara. KL.
*****************************************
Awal pagi
menjenguk ke pantry ofis
Terlihat makanan bermacam bagai..
Berbual bersama tuan masak
*******************************************
Aku : Kak Teh masak semua ni ker?
Kak Teh : Ha'ah..
Aku : Rajin nyer kak Teh, sempat lak tuh.
Kak Teh : Alah dik... Orang lain ada suami. masak sikit untuk suami. Pahala dapat beribu kali ganda. Akak masak untuk diri sendiri.. kena ibadah lebih sikit, kena cari pahala jamu kawan2..
Aku :Isk.. nape cakap camtu kak Teh? Sedih saya dengar..
Kak Teh : Lorr.. apa nak sedihnya. Awak percaya pada taqdir tak?
Kak Teh : Lorr.. apa nak sedihnya. Awak percaya pada taqdir tak?
Aku :Percaya..
Kak Teh : Tuu... Kalau Allah taqdirkan kak Teh jumpa pasangan kak Teh hari ni, esok jugak kak Teh kahwin. Kalau taqdir tuhan kata esok kak Teh mati, kak Teh tak kawin juga.. semua tu kan kerja tuhan. Kita hamba ni kena sentiasa beringat...
Secebis memoir bersama seorang yang terdengar2 butir bicaranya di telinga...
Kak Teh seorang senior di tempat kerjaku waktu itu. Umurnya ku kira lewat 40-an. Beliau seorang yang tabah, ceria, berani dan rajin. Kesihatannya seringkali terganggu kerana athma.
Inilah juga nasihat yang sering diperdengarkan dalam bual bicaraku bersama adik2 junior yang baru mengenal erti kehidupan. Sekelumit pengajaran sebagai iktibar dan panduan.
Aku sendiri tidak kekok dan malu untuk berkongsi pengalaman.
Bersendirian pada usia yang menghampiri lebih suku abad amat mencemaskan bagi sesetengah wanita. Apatah lagi di akhir zaman ini nisbah wanita itu lebih tinggi berbanding si pria.. Perasaan rendah diri, gundah gulana, kurang keyakinan, sedih, pedih, pastinya mencuit emosi di pojokan diri. Lebih-lebih lagilah saat dihimpit soalan2 cepumas yang tiada jawapan yang sesuai untuk dilontarkan. Saat teman lain berpacaran, saat teman lain melangkah ke gerbang perkahwinan, lanjutnya saat teman lain mula membilang2 anak dengan angka2, saat itu diri masih keseorangan...
Bagi diriku, kesabaran dan keimanan adalah aset yang paling penting saat ini. Alhamdulillah, dengan petunjuk daripada Allah, dengan kasih dan rahmatNya, aku mampu menempuh ujian itu sebaiknya.. Aku jarang membenarkan hati dan fikiran terfokus ke arah itu. Dengan segala kekurangan diri, ku tempuh hari2 sebijaknya..
Kata2 kak Teh antara yang terngiang2 di telinga.. Aku merasakan amat penting aku menghargai masa kehidupanku sebaiknya. Aku takut kalau2 saat aku mengeluh, saat aku mencabar keadilan nikmat Tuhan, saat itu ditarik nyawa dan segala nikmat kehidupan, tidakkah aku termasuk orang yang rugi di dunia, rugi di akhirat?? wa'ilyau min zalik.
Pernah juga terlintas di fikiranku, mungkin juga aku akan terus sendiri hingga ke penghujung nanti.. Mana lagi ada Putera yang akan mencariku di lembah ini, tempat yang terasing, jauh dari saudara mara dan rakan taulan, pastinya aku akan lagi sukar di temui..
Namun taqdir tertulis. Sang Putera bertemu Puterinya hanya melalui perantara saudara.. jeng..jeng..jeng... Kasut cinderella telah ditemui!
Manusia secara adatnya pasti sukar memikir dan menerima:
Dua insan : Lelaki dan Wanita, sendirian,
Berada di bawah bumbung yang sama ,
Satu Universiti,
Satu Akademi,
Satu Fakulti,
Satu Jabatan,
Sama para Pensyarahya
Sama kebanyakkan temannya
Tapi saling tidak mengenali..
Terus sendirian..
terpisah membawa haluan sendiri lebih 5 tahun lamanya
Seorang di Utara, seorang di Ibu Kota
Sekali-kali tidak mustahil untuk ALLAH mengatur jodoh
KALAU SUDAH JODOH, TAK KEMANA...
Tertulis jodohku seusai 28 tahun.
Tanpa bercinta dan tanpa menunggu tempoh yang lama, akhirnya ijab dan qabul termetri jua.
Tanggal 22 Rabiulawal diabadikan dalam satu hubungan sebagai bukti kebesaran Yang Maha Esa. sempena bulan berkat kelahiran Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan bersempena bulan kelahiranku.
Abadilah cinta buat Raja hatiku..
Bukti Tuhan sudah nyata. Hari2 baru menyemai cinta selepas perkahwinan lebih bererti..
Duhai teman... apa lagi mahu dicurigai. Buat teman2, adik2 dan sesiapa saja yang sedang menempuh ujian ini, sabar itu indah. Allah itu adil, maka berlaku adillah pada diri sendiri. Pandanglah sesuatu dengan pandangan mata hati.. Yang paling penting perlu diingat, kita tak punya siapa hanya Tuhan yang Esa.. namun kita dibekal dengan usaha tiada tolok bandingnya... DOA .. percayalah... Doa penuh yakin dan tawadhu' beserta dengan iman dan ilmu.
Buat Raja..
Terima kasih kerana sudi hadir dalam kamus hidupku. Terima kasih kerana terus-terus membimbingku.. Terima kasih kerana menyayangiku.. Terima kasih kerana selalu meredhakan ku.. terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buatku... Semoga kasih kita berkekalan hingga ke akhirat nanti.. Aminn...
1 comment:
wah ..wah .. kak leen ..penuh bermakna coretan kali ni..rajin-rajinlah tulis yek.
Post a Comment