Monday, July 28, 2008

Cerita tentang Hidup Part 1

Lokasi : Hentian R&R Tapah arah Selatan
29 Mei 2008
**************************************

Perjalanan pulang ke IbuKota memang meletihkan. Berhenti rehat sekadar melepas lelah. Alang2 berhenti, pekena secawan teh tarik dikongsi bersama suami.

Datang seorang perempuan tua duduk betul berdepan dengan suami. Terus mengeluarkan minyak panas pelbagai jenis. Hatiku gusar, sekarang ini manusia bermacam ragam. Sukar diduga rupa insan sebenarnya. Suami lantas saja mengeluarkan duitnya membeli barang yang aku pasti tidak akan digunakan.

Hatiku curiga. Namun belas juga melihat makcik itu seperti keletihan. Dalam usia setua itu aku memikir bermacam perkara.. Bukankah lebih enak makcik ini bersantai bersama anak cucu di rumah daripada menempuh ribuan manusia sementelah minggu ini adalah minggu cuti persekolahan..

Laju sajer mulutku melontar persoalan bila ku offer minum pun dia menolak..
(aiyyokk... cerita lagi!!.. kalau boring terus sajer ke kesimpulan... geh..geh..)

Aku : Ejen ke hantar makcik ni?
Makcik : a'a

Aku : Ramai kot makcik?
Makcik : Ada 6 orang semua sekampung. Kami dok rumah ejen sedia kat Ipoh ni.

Ku belek alamat ubat..

Aku : Ni produk Kg. Lat Seribu kat Perlis ni makcik. Dekat dgn tempat kerja saya. Jual2 ni dapat komisen ke makcik..?
Makcik : a'a... orang kampung makcik buat. Kalau dapat jual RM100, makcik dapatlah RM30.

Diringkaskan perbualan edisi siasatku...

Makcik : Makcik turun rumah hari tu, makcik niat nak kumpul baki kurang lagi RM 2,000 nak cukupkan duit haji. Cuti sekolah hari tu makcik dapat komisen RM800 terus makcik simpan dalam tabung haji. Ni memang niat makcik dapat duit ni nak terus simpan dalam tabung haji.. Pakcik 8 tahun dah meninggal.. Dok kat hentian ni boleh lah gagah. Dulu makcik jual dari rumah ke rumah depa takmau bukak pintu...

Hatiku diruntun sayu.. insaf seketika. Betapa susah si tua ini mengumpul duit yang bagi sesetengah orang ibarat celah taik gigi jer...

Syukur lah wahai diri... Tuhan, ampuni aku...



2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum...
pekabo lin, kemarin gi umah k.inda. 1st time gi umah dia drive kancil buruk sendiri. Pagi-pagi lagi mintak izin darling, dia izinkan dengan nasihat 'drive carefully'

sampai umah k.inda rasa dengki kat dia, sebab dia buleh duduk kat umah.kita plak kije 9 jam sehari, balik kena qadha' tanggungjawab rumah yang terbengkalai 9 jam tuh.

kalu tak beres keluar la teguran-teguran dan nasihat yang menyakitkan telinga kita. tapi sabar juga yang jadi ubat penenang kita.

ntah la lin sejak kawin ni banyak perangai-perangai pelik yang keluar. Nak cari keserasian dengan suami tercinta tu payah juga rupanya.bercinta selepas kawin everyday is a brand new day.

apa-apa pun, la yukallifuLLah nafsan illa wus'aha. itu sahaja azimat yang ada

wasalam jumpa lagi

Linz said...

Wa'alaikum salam wrh..

Terbaca blog member yg dah lama menempuh r/tangga, kadangkala pasangan makin lupa "menjaga" hubungan bila usia r/tangga bertambah..

Tu selalu lin pesan pada adik2 studen yg baru menikah, Jadi seorang isteri ni kalau ada ego tu umpama segelas air, kena buang kosong walau setitik air pun dalam cawan tu..

Actually yg lin ingat ini pesan kak zuna bila bicara lewat sikap individu dalam menggerakkan jemaah...

Ingat tak? betul..betul! :)

Lin pun baru jer jadi jagung.. hehehe..

Hanya kita yang tahu "tune, channel" untuk mencorak kahidupan berpasangan ni. kui..kui..

Semoga bahagia hinggan ke syurga!