Wednesday, April 8, 2009

DaripadaNya kita datang.. KepadaNya jua kembali..

8 April 2009 / 12 Rabiul Akhir 1430 (Rabu)

Pagi ni masa nak turun breakfast dapat call daripada officemate, ada student lelaki kolej saya meninggal. Innalillah wa inna ilaihi raji'un...

Hopefully, doa saya agar semua berjalan lancar. Orang mersing Johor, meninggal di Hospital Jitra. Jadi mcm kebiasaannya, pihak universiti aka Pusat Islam, Jabatan saya, akan menguruskan mandi, solat dan hantar jenazah ke kampung halamannya.. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya...

Sodih juga tak dapat membantu sama.. lagi2 pelajar kolej kediaman yang di felokan oleh saya.. ( mak aiihh... bahasa apa nih?)


16 Februari 2009 / 20 Safar 1430h (Isnin)

Dapat call jam 1.00pagi. Time tu baru jer nak lelapkan mata.. Ada pelajar wanita meninggal di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, pelajar daripada Kelantan.

Ikut pendapat warisnya, minta hantar terus ke kampung, tapi errmmm.. no comment lah.. So team mengurus jenazah mula operasi jam 2.00 pagi, dibantu 2 orang makcik dari kampung sebelah, Felda Bukit Tangga. tamat semua urusan jam 4.00 pagi.

didoakan arwah berada di kalangan para solehaaat.. Alhamdulillah urusan sangat lah mudah dan tenang.. saya ambil iktibar, moga2 kalau sampai masa kita, Allah akan mudahkan urusan untuk kita..

Saya tersentuh hati melihat bonda arwah, seorang ibu tunggal. Sangat tenang dan sabar... Tatkala kami bagi peluang dia menyiram jenazah, aku nampak suram dan airmatanya.. Waktu tu saya terfikir : Satu masa dulu, tangan itulah yang memandikan bayi kecil yang sekarang terbujur kaku... Allah... sedih ooo...

Then masa saya tengah bantu2 siap2kan kain kapan, saya nampak dia belek2 purse dia mengira duit. kemudian di bisik tanya pada kawan2 arwah : Berapa nak bayar semua urusan ni.. Saya yang terdengar rasa sebak jer.. Mujur budak tu pandai jawab : takpa makcik, ni semua depa urus..

Jenazah selamat dihantar diiringi pegawai dan kawan2 nya dengan sebuah bas..

Alhamdulillah... semua tu jadi pengajaran.. yang tua tak mesti dulu, yang muda tak mesti kemudian..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

see... aku mencatat lagi dari seminar room ku.. tapi auto publish petang nilah.

Ptg ni, i'allah dating ngan Raja kat Jeti Kuah, langkawi.. InsyaAllah.. Seminar tamat tghari ni.

No comments: