Wednesday, April 8, 2009

Jakarta Trip's

Macam biasa, lagi lama pekasam, lagi sedap dimakan...


Bior le teman kongsi perjalanan musafir kami yang agak baru. Biarpun sebenonya ramai dah sampai ke Jakarta Bandung, tapi bezanya perjalanan kami diatur sendiri oleh saya dan kakak. Tanpa agensi. Macam juga masa saya ke Sarawak dengan Raja last year. Hotel dan car rent booking via website sajork.. Cuma di Jakarta kena le ambil driver, sementelah kami tak de lesen sana dong.. hehehe..

Sewa keta

Kenderaan
di sana kami sewa dari www.jatrofatrans.com/pelayanan.html .Alhamdulillah kami disediakan dengan Kijang Innova baru. sangat selesa. Supirnya pak Agung sangat setia dan sedia berkhidmat. Cuma kurang sikit pengetahuan jalan2 belakang di Bandung.. maklum dia orang Jakarta pusat.. Tapi Alhamdulillah, bisa diatasi pak..

Tapi memang best sebab tidurku dan cica tidak pernah terganggu dalam perjalanan... Ntah penyakit apa ntah menyerang saya dan Cica, asal masuk keta jer, lena kroooh...kroooh! hehehe... Mama Cica dan Raja plak hazab kena tahan bahu jadi bantal kami... ;)


Budget

Macam biasa, travel aku bersifat mesra budget. Bermula dengan tiket penerbangan, mesti dapatkan yang RM0 yeer.. Tapi cabaran utama saya ialah nak dapatkan 'visa dan kelulusan senat' daripada Raja ... hehehe.... sebab Raja memang tak berapa gemor dengan hobi saya yg satu ni.. rajin berjalan.. Payah oooo nak pujuk dia. hiks!

Saya sangat memahami Raja.. Dia kata bio ler gi haji dulu sebelum nak jalan rata2.. Alhamdulillah kami dah register haji, dapat tahun 2019. tapi i'allah kalau diizinkan Allah selepas 2 tahun mendaftar haji, kita boleh buat rayuan kan...



Hotel

Teman cari yang satu bintang. Memang murah dan ikut komen pengunjung agak selesa.. tapi my sis kata ....boleh tak cari hotel yang sediakan towel... hahaha... kena lah cari juga yg ada bintang2 sket.. Kami pilih Arcadia hotel di centre Jakarta.. Alhamdulillah selesa dan dekat banget dengan Tanah Abang.. Keluar jalan depan hotel buleh ler nampak Tanah Abang Mall tu (disebut juga sebagai Tanabeng). Dan yang penting, hotel dekat dengan restoran2 dan shoping complex (walaupun aku tak gi pung!)..

Pemilihan hotel sangat penting bagi aku.. Puncanya >>>> Raja selagi boleh elak, dia takkan makan makanan yang disediakan hotel. So, breskfast dan dinner kena cari tepat makan yang sesuai untuk Raja..

Layan makan meh...

Sebelum
bertolak, ramai dah pesan hati2 makan makanan di Indonesia. Ramai balik sakit perut.. So, Raja adalah agak tak best sebab makannya dicatu oleh Mrs Raja.. Saya kan bertindak sebagai penasihat dieting pemakanan merangkap doktor, nurse, bidan dan bomba dan sebagainya pada Raja kan. jadi menjadi kewajipan saya menanda araskan tahap pemakanan Raja a.k.a memberi peringatan warning dan mengawal pemakanannya.. fuh panjangnya!

Syarat saya pada Raja : Makanan mesti yang panas, jangan makan benda berkuah, makanan yang kering bergoreng boleh.. Saya fikir, takut2 makanan tu semua reycle atau diperangat jer... Yelah, dah lewat malam pun belana lagi banyaknya, takkan depa nak buang jer kan... mesti recycle balik... gitewww..


Meh ler layan kudapan kami di Jakarta.. sikit dulu, yang lain sambung next entri..


Turun flight, kami makan dulu di restoran Sederhana Nasi Padang. Dia ni banyak cawangan macam kedai mamak kat Malaysia..

aha! Ini goreng pisang yang sangat sedap kami temui d Puncak Tangkuban Parahu, Bandung. Panas2 lagi makcik ni goreng sedebuk gitu. Makan dengan teh manis, cuaca suram2 sejuk plak... perghhh!!

Lagi gambo..

Tepek ler jugak gambo sekerat sedongak perahu tuh...

Kesimpulannya, budget keseluruhan untuk travel ini per person seputar RM500 termasuk hotel, car rent dan flight... Sebab itu lah diluluskan oleh Raja!
thanks Raja... I love u... hehehe...

saya
berpendapat, percutian keluarga antara perkara yang boleh difikirkan dan dilaksanakan, lebih2 lagi kami perlu masa bersama yang paling kualiti. Kalau hari2 bekerja, life statik jer. kena lah cari leisure sikit... Yang penting, saya dan Raja menambah pengetahuan dan pengalaman dengan bermusafir... InsyaAllah..

Dicatat oleh isteri Raja yang comel di dalam dewan seminarnya yang boring.. hiks.


No comments: