Wednesday, October 29, 2008

Hadiah

Cerita 1

Zaman2 bujang dedulu, selalu dengar geng mak-mak orang cerita pasal hadiah suami yang sering tak menepati citarasa penerimanya...

Dah set dah dalam kepala, ada suami KENA SELALU HARGAI DAN SYUKUR pemberian suami.. ingat...ingat...!


Tapi tu ler... selalu leka dan tak perasan bahawa ada masa memang ler tidak isteri itu menghargai pemberian suaminya..

Kali ke berapa dulu, pernah ku dihadiahkan sepasang suit baju warna pink.. kelipok-kelipok mata aku terkebil walaupun mulut ucap "terima kasih... cantik abang pilih!"

Peram baju berapa lama till kena tegur baru hantar ke tailor. Pah siap pun liat jer nak pakai... huh! dasar tidak mengenang sungguh!

Sehinggalah satu ketika, aku insaf dan berpesan dengan diri aku sendiri aku ni pakai baju ke, beli barang ke, untuk kepuasan orang lain ke, diri sendiri ke, atau untuk suami..??

Bermula di situ, mulailah aku tunjuk kesungguhan kepada segala citarasa dan pilihannya. Cuma dengan penuh teliti ku selit jugak unsur2 "pelobian'' pada perkara2 yang berkenan dihatiku, dengan harapan ianya dapat dipenuhi...

Giitulah.. nak jadi ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH bukan sesenang gitu jer.. yer dak?


Cerita 2
(Suka nau berceritanya! Bosan jangan baca ye... Moga2 cucu2 nenek nanti tak ikut perangai2 buruk. Ambil sempadan dan tauladan ye cuuuu...)

Ada satu kem yang kami anjurkan jemput sorang penceramah Pak Utih gelarannya. 5 minit je aku sempat dengar celotehnya. Ada dia cerita tentang didikannya pada isteri dan anak2 utk makan di talam.

Ada isteri yang sorang tu pulak, oleh kerana tahap kerajinannya terlalu maksima, telah beberapa kali menggunakan talam untuk berkongsi santapan makan malam le biasanya. "Jimat air bang nak cuci pinggan" gitu kekdahnya.. (padahal bil air takyah bayor pun)



Kerana keprihatinan suami, maka minggu ini Raja bagi lah hadiah sebuah TALAM a.k.a DULANG makan... uiks... bapak punya besau lah!


(Pose bersama hadiah sambil menikmati kuih raya (alas perut sebelum makan berat yea...)



Malam tu jugak kami nikmati juadah dinner di talam. Nasi goreng ngan tomyam je.. malam ni ada mesyuarat Kolej... uhuk...!

Tuesday, October 28, 2008

Tempat pengajianku...




Tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam UM
Posted by: "grad it" mailto:grad_itt@yahoo.com
Thu Oct 23, 2008 7:52 am (PDT)


Tanah runtuh di
Akademi Pengajian Islam UM
Oleh: Afandy Awang


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Hujan lebat di sekitar Lembah Kelang semalam menyebabkan berlakunya tanah runtuh di bahagian belakang bangunan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Keruntuhan ini menyebabkan dinding perpustakaan pecah dan tanah masuk menenggelamkan sebahagian besar rak-rak buku.

Menurut salah seorang pekerja yang ditemui, antara punca berlakunya tanah runtuh ini adalah disebabkan kedudukan bangunan Block C itu terlalu hampir dengan bukit. Jarak yang memisahkan hanya sekadar lebih kurang 2 meter sahaja. Ini cukup membahayakan kerana bukit yang di tarah ini akan runtuh pada bila-bila masa dan mendatangkan kemeberhayaan kepada mahasiswa APIUM sendiri.

Setakat ini, bangunan C ditutup buat sementara waktu sementara bangunan B juga masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana dkhuatiri peristiwa runtuhnya Highland Towers akan berulang kembali di sini.


uhuk..uhuk... sedisnya buku2 ittew...

Kena rajin

Aku bukan sorang sangat rajin membelek telek sesatu mende.. Jadi masalah bila aku nak membeli barang aku sendiri.. Maklum ler aku ni kan pekerja kesayangan kerajaan. Nan ado barang kat rumah aku tu yang hak milik mutlak kepunyaan aku. Kebanyakannya "Hak Kerajaan Malaysia" .. (kediaman felo nama rumahnya...(^_*) )


Nak poie satu ke satu kedai lagi ler masalah besau. Mana masanya aku nak buat semua tu. Lagi ler kat ulu banat ni, dari satu kedai letrik ke satu kedai letrik mau sehari baru sampai (ibarat aku ler nih). Kalau tersempat aku surf internet, ada yang letak harga sekali... hah... kan sonang kojo den!


Masa nak beli
kamera dan camcoder sony utk opis, rajin ler aku layan sony nyer website.. situ senang ada harga sekali. so bila beli kat kedai yang mark-up lebih2 tu, senang ler aku dengan penuh kesopanan membidas balik. Bab tawar menawar ni, kalau mood aku baik boleh dapat markah A- jugak... Hiks..

Macam
Singer pun ok. Ada letak rege sekali... Alah, layan mata kata nak seronok2 tengok mesin jahit kan... ahaks!


Tapi banyak gaks tak buh harga.. bosan...bosan!

~BIJAK MEMILIH... PILIHAN DI TANGAN ANDA ;) ~

Sunday, October 26, 2008

Cerita tentang Hidup Part 2

Kawasan Hentian Rehat & Rawat Tapah arah Utara
Mei 2008


Wah... gitu bertangguh sekali penulisan ku tentang perjalanan cuti bulan Mei lepas... Tu pasal yang ada part 1, mesti ada part 2nyer kan... tapi sebab 'rajin', gitu ler..


Kisah hari tu aku storykan kisah o.d.w ke KL yang aku bertemu makcik jual ubat di Hentian Tapah arah selatan. Kali ni perjalanan balik ke Kedah plak, aku 'ter' berhenti jugak kat Hentian Tapah arah utara.

Oleh kerana kelaparan banget2, aku bior kan Raja gi solat dulu. Musafir kan. Aku menyantap dulu... ;)

Tgh makan, datang sorang makcik dengan 2 orang anak kecil. Memang sit kosong takdak, aterr... cuti sekolah kan. Dia cuma tanya aku dok makan dgn sape, then terus jer dok sekali dengan aku. tak sempat aku nak cakap apa2... Wahh... aku sudah kepanikan..

Dalam kepala macam2 wasangka ada.. Yelah, ntah2 budak tu budak culik ke, nak pukau aku ker.. bla...bla... Ada sorang laki tu plak kulur kilir belikan ayor, nasi sgala bagai hidang kat makcik & child tu. (Mujur tak dok sekali... pheww..!)

Aku roger suami beritahu perihal keadaanku yang panik itu. dengan harapan cepat ler dia 'selamatkan' isterinya nih... hehehe...

Diringkaskan citer:

Makcik tu nenek kepada 2 kiddos tu. Mak budak tu baru dapat pindah dari Putrajaya ke kg lamannya. Ni dlm proses berangkut ler. Lelaki tu driver teksi yang selalu ulang-alik bawak nenek ni ke Putrajaya utk mengasuh dan membela cucu2 itu.. Mommy tu ibu tunggal. Berpisah dengan suaminya sewaktu si adik lahir 2 minggu.. Mom's tu aku congak2 lebih kurang sebaya umurnya dengan aku...

End of the story...
Tetiba hatiku sayu tengok 4 bijik mata yang tidak berdosa.... My Hero pun sampai... Aku beramah mesra dengan kiddos... Finish their food, berlalu meninggalkan kami dan macam2 bermain difikiranku....

Moral of the story
kalau dihitung2, kemusnahan rumahtangga bukan perkara terpencil. Dapat statistik mesti terkejut kita tgk... Tapi itulah.... Aku nak story panjang2 tapi tak banyak masa ni... Nantilah cerita lain...


~~Memperkasa rumahtangga tanggungjawab bersama!~~

Friday, October 24, 2008

Dating time!

Jumaat & Sabtu is weekend for kedah dan yang sama waktu dengannya.
So, Petang Khamis my hubby will balik ke sintok bertemu isterinya yang comei.. huhu..
And makan2 sedap time....

Ni sebenonya menu last week, sempena hari dating kami + hariraya aku (finished puasa 6 alhamdulillah..). Makan utk 2 orang ... huh...


1. Asam pedas ai prefer my MIL nyer resepi. Blend chilli+ kunyit + bwg puth & merah + aku godak tambah sendiri halba campur. The best ingredient mestilah daum kesum... wah! hirup kuah ler teman.

2. Ntah naper seminggu puasa syawal tu, aku gemor bebeno kobis masak kicap. tak pernah2 jadi feveret, tapi layan tekak orang berposa ni jadi ketagihan tegar lah pulak... hehehe...



3. Ayam lado hitam also my MIL nyer reepi. Wah... makan tak hengat! Kira jadi ler... Ayam goreng dulu. Tumis bwg merah+bwg putih + halia. Masuk kicap, tambah lada hitam yang ditumbuk. Masuk ayam + bwg beso dan chili merah yang dipotong beso2... Masak!

4. Siakap macam manis sweet pheewit! Last week memang minggu siakap. Tengah musim dia kot, belana ada kat pasar. 4 hari cuti kami masak siakap sajer.. sehari dua ekor utk 2 orang. huh! Makan selagi rezeki boleh makan dak..

So, today is Thursday... dating time. Semoga abang selamat sampai.
Ingat nak ajak somewhere.. ermmm....


~~Ingat kat mak... masak apa lah???~~