Kawasan Hentian Rehat & Rawat Tapah arah Utara
Mei 2008
Wah... gitu bertangguh sekali penulisan ku tentang perjalanan cuti bulan Mei lepas... Tu pasal yang ada part 1, mesti ada part 2nyer kan... tapi sebab 'rajin', gitu ler..
Kisah hari tu aku storykan kisah o.d.w ke KL yang aku bertemu makcik jual ubat di Hentian Tapah arah selatan. Kali ni perjalanan balik ke Kedah plak, aku 'ter' berhenti jugak kat Hentian Tapah arah utara.
Oleh kerana kelaparan banget2, aku bior kan Raja gi solat dulu. Musafir kan. Aku menyantap dulu... ;)
Tgh makan, datang sorang makcik dengan 2 orang anak kecil. Memang sit kosong takdak, aterr... cuti sekolah kan. Dia cuma tanya aku dok makan dgn sape, then terus jer dok sekali dengan aku. tak sempat aku nak cakap apa2... Wahh... aku sudah kepanikan..
Dalam kepala macam2 wasangka ada.. Yelah, ntah2 budak tu budak culik ke, nak pukau aku ker.. bla...bla... Ada sorang laki tu plak kulur kilir belikan ayor, nasi sgala bagai hidang kat makcik & child tu. (Mujur tak dok sekali... pheww..!)
Aku roger suami beritahu perihal keadaanku yang panik itu. dengan harapan cepat ler dia 'selamatkan' isterinya nih... hehehe...
Diringkaskan citer:
Makcik tu nenek kepada 2 kiddos tu. Mak budak tu baru dapat pindah dari Putrajaya ke kg lamannya. Ni dlm proses berangkut ler. Lelaki tu driver teksi yang selalu ulang-alik bawak nenek ni ke Putrajaya utk mengasuh dan membela cucu2 itu.. Mommy tu ibu tunggal. Berpisah dengan suaminya sewaktu si adik lahir 2 minggu.. Mom's tu aku congak2 lebih kurang sebaya umurnya dengan aku...
End of the story...
Tetiba hatiku sayu tengok 4 bijik mata yang tidak berdosa.... My Hero pun sampai... Aku beramah mesra dengan kiddos... Finish their food, berlalu meninggalkan kami dan macam2 bermain difikiranku....
Moral of the story
kalau dihitung2, kemusnahan rumahtangga bukan perkara terpencil. Dapat statistik mesti terkejut kita tgk... Tapi itulah.... Aku nak story panjang2 tapi tak banyak masa ni... Nantilah cerita lain...
~~Memperkasa rumahtangga tanggungjawab bersama!~~
No comments:
Post a Comment