Tuesday, October 28, 2008

Tempat pengajianku...




Tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam UM
Posted by: "grad it" mailto:grad_itt@yahoo.com
Thu Oct 23, 2008 7:52 am (PDT)


Tanah runtuh di
Akademi Pengajian Islam UM
Oleh: Afandy Awang


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Hujan lebat di sekitar Lembah Kelang semalam menyebabkan berlakunya tanah runtuh di bahagian belakang bangunan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Keruntuhan ini menyebabkan dinding perpustakaan pecah dan tanah masuk menenggelamkan sebahagian besar rak-rak buku.

Menurut salah seorang pekerja yang ditemui, antara punca berlakunya tanah runtuh ini adalah disebabkan kedudukan bangunan Block C itu terlalu hampir dengan bukit. Jarak yang memisahkan hanya sekadar lebih kurang 2 meter sahaja. Ini cukup membahayakan kerana bukit yang di tarah ini akan runtuh pada bila-bila masa dan mendatangkan kemeberhayaan kepada mahasiswa APIUM sendiri.

Setakat ini, bangunan C ditutup buat sementara waktu sementara bangunan B juga masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana dkhuatiri peristiwa runtuhnya Highland Towers akan berulang kembali di sini.


uhuk..uhuk... sedisnya buku2 ittew...

No comments: