Friday, October 31, 2008

Cinta hati

Surrender... takde kidai melayu jual hot plate dan claypot area Alor Setaq. Ada HPA nyer periuk tanah, besau buat rebus akar kayu adalah...

Balik kelas masak, apalagi... melobi Raja belikan hot plate dan claypot utk kami berdua (baru dua... hehehe..). Tokey tu sibuk menanya Aji mau beli apa? Aji... lagi aji...??


Aku rasa dia suspect, bersangka-sangkaan bahawa pakcik ni (Raja) bawak awek (aku le tuh) carik barang kot...

Aku kata bagi hotplate 1, claypot tu 1 selamba jeer dia kata .. Cinta hati you suruh beli 2 la mooii... banyak la ko tokey..

Aku Jeling Raja, dia angguk.. Angkat arrr tokey!



Hot Plate - RM 23
Claypot besau (Raja nyer) - RM 9
Claypot kicik (aku nyer) - RM 6

Setiap set amik 2 pairs. Yg satu tak celus masuk kamera.. hiks!

Periuk tanah (claypot) ni depa dok merenyam membebel ke saya katanya bagus utk kesihatan dan menambah sedapkan makanan. Setakat saya tulis ni, sumer lauk ku panaskan dalam claypot ni ha...

Amoi, ini ha saya kasi petua. Balik you rendam ini periuk sama air 2 hari. Then you rebus air dalam ini periuk aaa, kasi keluar itu pasiaq-pasiaq! Itu macam aaa, lama pun tahan ooo...


``iYOLAH...iYOLAH...``

Psssstt: Aku letak kebanyakkan barang yang dipaparkan dlm blog ni dengan harganya sekali untuk menjadi panduan orang lain yang ada hasrat membeli belah barangan yang sama. Kalau2 dapat harga lebih baik tu kira ok lah kan.

-- Pesanan khidmat masyarakat--

Thursday, October 30, 2008

2nd Kelas Memasak

Tarikh : 24 Oktober 2008 / 24 Syawal 1429H (Jumaat)
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.
Kursus : Penyediaan Makanan Selera Sizzling dan Claypot
Yuran : RM40 (include jamuan, sijil, fail, masakan bawa balik, 3 resepi + 1 bonus)

Alhamdulillah, kali ni Raja izin lagi gi belajor memasak, walaupun terpaksa mengorbankan kelas pengajian di Pondok Buluh Nipis hari tu....

Mmmm... dah isteri buta sudip gitu ler... Kena usaha lebih sikit. Lagipun, InsyaAllah panjang usia, nak masak untuk suami dan keluarga kan panjang lagi... Orang lain mungkin ada kenalan, sedara mara dan of course the best chef in the world ...... mestilah OUR OWN MOMMY ada dok dekat2... Aku ni segala jauh...

Saya ni setakat baca resepi, gaya2 nampak kelabu asap jer.. kalau berguru tu confident banyak untuk buat sendiri + suka hati nak godak sendiri (bertuah punya anak murid!!) Kekadang ada gak call mak tanya itu ini.

Itu pentingnya berguru.



Kelas hari ni moderat dia Puan Siti Fatimah.
Belajor 3 jenis masakan + 1 bonus



1. Moi (Bubur) Claypot Special
Time ni Belajor nak buat :

  • Moi nasi
  • Stok Ayam & Sup
  • Cili Jeruk
  • Halia Jeruk
  • Minyak Bawang putih
  • Sambal Kicap
  • Lobak Masin goreng
  • Kangkung Goreng Belacan.



2. Sizzling Mee Wantan



3. Bihun Kung Fu



4.
Nying Nyong

Semua likes Chinese Food sikit.. Kira pasni Raja Boleh order from the kitchen jelah yeak.. huhu... Sedap tak sedap belakang kira, yang penting gaya ada! uhuk!


Honestly, saya memang tak malu belajar mana2 resepi dengan mana2 orang, walaupun benda tu simple jer... Pernah singgah rumah kak Nurul Firdaus kat KKB dia masak ayam merah dan telur thousand island. Walaupun benda biasa, tapi style orang lain2. So balik rumah terus aku try style resepi kak Nurul masak tu.

Style orang Kedah masak kari manakan sama dengan Style Mak HaLimah (Bondaku orang Jawa) dan mak Norsiah (MIL ku orang Perak) masak.. echeh! macam nak berpantun pulak!

Ni, kawan2... kalau saya sampai rumah tu, reti2 ler ajak saya masuk dapur tau.


~Tambat Perut, Tambat Hati~


Wednesday, October 29, 2008

Hadiah

Cerita 1

Zaman2 bujang dedulu, selalu dengar geng mak-mak orang cerita pasal hadiah suami yang sering tak menepati citarasa penerimanya...

Dah set dah dalam kepala, ada suami KENA SELALU HARGAI DAN SYUKUR pemberian suami.. ingat...ingat...!


Tapi tu ler... selalu leka dan tak perasan bahawa ada masa memang ler tidak isteri itu menghargai pemberian suaminya..

Kali ke berapa dulu, pernah ku dihadiahkan sepasang suit baju warna pink.. kelipok-kelipok mata aku terkebil walaupun mulut ucap "terima kasih... cantik abang pilih!"

Peram baju berapa lama till kena tegur baru hantar ke tailor. Pah siap pun liat jer nak pakai... huh! dasar tidak mengenang sungguh!

Sehinggalah satu ketika, aku insaf dan berpesan dengan diri aku sendiri aku ni pakai baju ke, beli barang ke, untuk kepuasan orang lain ke, diri sendiri ke, atau untuk suami..??

Bermula di situ, mulailah aku tunjuk kesungguhan kepada segala citarasa dan pilihannya. Cuma dengan penuh teliti ku selit jugak unsur2 "pelobian'' pada perkara2 yang berkenan dihatiku, dengan harapan ianya dapat dipenuhi...

Giitulah.. nak jadi ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH bukan sesenang gitu jer.. yer dak?


Cerita 2
(Suka nau berceritanya! Bosan jangan baca ye... Moga2 cucu2 nenek nanti tak ikut perangai2 buruk. Ambil sempadan dan tauladan ye cuuuu...)

Ada satu kem yang kami anjurkan jemput sorang penceramah Pak Utih gelarannya. 5 minit je aku sempat dengar celotehnya. Ada dia cerita tentang didikannya pada isteri dan anak2 utk makan di talam.

Ada isteri yang sorang tu pulak, oleh kerana tahap kerajinannya terlalu maksima, telah beberapa kali menggunakan talam untuk berkongsi santapan makan malam le biasanya. "Jimat air bang nak cuci pinggan" gitu kekdahnya.. (padahal bil air takyah bayor pun)



Kerana keprihatinan suami, maka minggu ini Raja bagi lah hadiah sebuah TALAM a.k.a DULANG makan... uiks... bapak punya besau lah!


(Pose bersama hadiah sambil menikmati kuih raya (alas perut sebelum makan berat yea...)



Malam tu jugak kami nikmati juadah dinner di talam. Nasi goreng ngan tomyam je.. malam ni ada mesyuarat Kolej... uhuk...!

Tuesday, October 28, 2008

Tempat pengajianku...




Tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam UM
Posted by: "grad it" mailto:grad_itt@yahoo.com
Thu Oct 23, 2008 7:52 am (PDT)


Tanah runtuh di
Akademi Pengajian Islam UM
Oleh: Afandy Awang


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Hujan lebat di sekitar Lembah Kelang semalam menyebabkan berlakunya tanah runtuh di bahagian belakang bangunan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Keruntuhan ini menyebabkan dinding perpustakaan pecah dan tanah masuk menenggelamkan sebahagian besar rak-rak buku.

Menurut salah seorang pekerja yang ditemui, antara punca berlakunya tanah runtuh ini adalah disebabkan kedudukan bangunan Block C itu terlalu hampir dengan bukit. Jarak yang memisahkan hanya sekadar lebih kurang 2 meter sahaja. Ini cukup membahayakan kerana bukit yang di tarah ini akan runtuh pada bila-bila masa dan mendatangkan kemeberhayaan kepada mahasiswa APIUM sendiri.

Setakat ini, bangunan C ditutup buat sementara waktu sementara bangunan B juga masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana dkhuatiri peristiwa runtuhnya Highland Towers akan berulang kembali di sini.


uhuk..uhuk... sedisnya buku2 ittew...

Kena rajin

Aku bukan sorang sangat rajin membelek telek sesatu mende.. Jadi masalah bila aku nak membeli barang aku sendiri.. Maklum ler aku ni kan pekerja kesayangan kerajaan. Nan ado barang kat rumah aku tu yang hak milik mutlak kepunyaan aku. Kebanyakannya "Hak Kerajaan Malaysia" .. (kediaman felo nama rumahnya...(^_*) )


Nak poie satu ke satu kedai lagi ler masalah besau. Mana masanya aku nak buat semua tu. Lagi ler kat ulu banat ni, dari satu kedai letrik ke satu kedai letrik mau sehari baru sampai (ibarat aku ler nih). Kalau tersempat aku surf internet, ada yang letak harga sekali... hah... kan sonang kojo den!


Masa nak beli
kamera dan camcoder sony utk opis, rajin ler aku layan sony nyer website.. situ senang ada harga sekali. so bila beli kat kedai yang mark-up lebih2 tu, senang ler aku dengan penuh kesopanan membidas balik. Bab tawar menawar ni, kalau mood aku baik boleh dapat markah A- jugak... Hiks..

Macam
Singer pun ok. Ada letak rege sekali... Alah, layan mata kata nak seronok2 tengok mesin jahit kan... ahaks!


Tapi banyak gaks tak buh harga.. bosan...bosan!

~BIJAK MEMILIH... PILIHAN DI TANGAN ANDA ;) ~