Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.
Kursus : Penyediaan Makanan Selera Sizzling dan Claypot
Yuran : RM40 (include jamuan, sijil, fail, masakan bawa balik, 3 resepi + 1 bonus)
Alhamdulillah, kali ni Raja izin lagi gi belajor memasak, walaupun terpaksa mengorbankan kelas pengajian di Pondok Buluh Nipis hari tu....
Mmmm... dah isteri buta sudip gitu ler... Kena usaha lebih sikit. Lagipun, InsyaAllah panjang usia, nak masak untuk suami dan keluarga kan panjang lagi... Orang lain mungkin ada kenalan, sedara mara dan of course the best chef in the world ...... mestilah OUR OWN MOMMY ada dok dekat2... Aku ni segala jauh...
Saya ni setakat baca resepi, gaya2 nampak kelabu asap jer.. kalau berguru tu confident banyak untuk buat sendiri + suka hati nak godak sendiri (bertuah punya anak murid!!) Kekadang ada gak call mak tanya itu ini.
Itu pentingnya berguru.
Kelas hari ni moderat dia Puan Siti Fatimah.
Belajor 3 jenis masakan + 1 bonus
1. Moi (Bubur) Claypot Special
Time ni Belajor nak buat :
- Moi nasi
- Stok Ayam & Sup
- Cili Jeruk
- Halia Jeruk
- Minyak Bawang putih
- Sambal Kicap
- Lobak Masin goreng
- Kangkung Goreng Belacan.
2. Sizzling Mee Wantan
3. Bihun Kung Fu
4. Nying Nyong
Semua likes Chinese Food sikit.. Kira pasni Raja Boleh order from the kitchen jelah yeak.. huhu... Sedap tak sedap belakang kira, yang penting gaya ada! uhuk!
Honestly, saya memang tak malu belajar mana2 resepi dengan mana2 orang, walaupun benda tu simple jer... Pernah singgah rumah kak Nurul Firdaus kat KKB dia masak ayam merah dan telur thousand island. Walaupun benda biasa, tapi style orang lain2. So balik rumah terus aku try style resepi kak Nurul masak tu.
Style orang Kedah masak kari manakan sama dengan Style Mak HaLimah (Bondaku orang Jawa) dan mak Norsiah (MIL ku orang Perak) masak.. echeh! macam nak berpantun pulak!
Ni, kawan2... kalau saya sampai rumah tu, reti2 ler ajak saya masuk dapur tau.
~Tambat Perut, Tambat Hati~
1 comment:
K leen... letak le resipi sket2... huhuhu ke kena byr nk berguru ngan k leen ni.huhuuh
Post a Comment