Monday, October 13, 2008

Pekan-pekan kolonial



Aku tau... musti tanya mana gambo raya kan?? hehe.. eksklusif utk tatapan sendili maa... nanti2 lah ku upload kan ye. Ni tengah asyik nak cerita merapu jer dolu... Aterr.. lama tak apdet. Ni cerita lapuk pun, lapuklah...



Kali ni terpaksa ku singkatkan percutian raya coz sekolah Zon A mula on raya ke5. Aterr dah gitu ceritanya, takkan nak dok sajer... Raja dah kena masuk Langkawi of course ler raya ke4. Dahtu??? Raya ke3 kami dah bertolak balik ke Kodah... huhuhu...



That dey, hari Jumaat. Bertolak pun dah pkl 11ooam. Sempat beraya nyinggah mana yg wajib jer.. Then exit Tapah, susur ke Kampar berhenti untuk solat Jumaat... Aku? Menyantap makan tengahari... geh..geh.. Depan Masjid Kampar, sempat menyoping. Bukan buleh Raja nengok sajer kaset, CD ceramah or ngaji...
Ni kat Kampar lagi. Suka nengok bas2 klasik yang masih banyak kat Perak nih.. Dan aku snap ni pun nak tunjuk, betapalah TESCO tumbuh melata di mana2. Actually kalu ku himpun signboard TESCO sepanjang jalan, meriah ko! tu ler modal Yahudi...



Entri kali ni aku nak show pekan2 di Perak yang macam kembar... Nampak nak seiras jerr... Sajer susur jalan lama ke utara tanah Semenanjung Malaysia nih.



Dalam sejarah Melayu kan Bandar2 di Perak antara yang awal membangun dengan acuan kolonial yek?? eh... gaya cakap tu mcm nk bagi fakta, rupanya tanya korang yeak... hehehe...



Ni Pekan mati kat... ermmm... katne yeak? tak record lah.. Gopeng kot. Haa... struktur nak sama dengan tadi kan?
Ni dekat2 nak masuk Ipoh..



Ini... Kuala Kangsar yang jammed!Ha.. macamana? Betoi tak aku kata Pekan2 kat Perak ni kira Twin-City ler kan.. Sama jer sampai aku dah tak hengat kat mana.. kui..kui.. Lepas daripada Kuala Kangsar, kami masuk balik highway... penat weii... kali ni perjalanan lebih 12 jam! kenapa??? mesti ada cerita di sebalik kejadian 12 jam tu kannnn...

~~Alhamdulillah selamat~~

No comments: